Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu, Mama, Ummi, Mummy, Mak

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
 
 
yer, itu lah dia. IBU, MAK, UMMI, MUMMY mahupun MAMA. walo apa pon gelaran yang dipanggil, maksud panggilan itu tetap sama. nama yang akan dibinkan kita bila mati nanti. terutamanya anak lelaki, ingatlah untuk mendapat lesen ke syurga, para ibu perlu dihormati, dan kepada anak perempuan pula, sila harus sedar diri, kalo berkahwin, anda tiada hak ke atas suami anda kerana dia masih hak ibunya.
 
ape aku merepek nih.
 
 
 
sebenarnya just nak wish Happy Mothers Day kepada mak. aku sayang mak. sayang teramat sangat. terlalu banyak pengorbanan mak dah buat kepada 'keluarga' kami, antara kami sedar atau tidak. kadang rasa adakah kalau aku berada ditempat mak, aku berdaya menghadapi semua dugaan yang dia lalui selama ni. mak aku cuma seorang surirumah, tak berkerjaya seperti aku, tetapi aku mampu membesar menjadi seorang insan hasil dari belaian dan didikan mak selama ini. walopon mak x perfect pada pandangan orang lain, tapi bagi aku mak aku adalah segala galanya. kalau ditakdirkan mati hidup semula, aku masih nak mak aku yang sekarang juga. errrppp, jangan cakap semua orang akan cakap macamtu. x. aku pernah jumpa orang nak ibunya orang lain. dan aku terkedu bila mendengarnya. indirectly dalam hati aku terus bersyukur kerana aku mempunyai mak yang boleh membuatkan aku berbangga mempunyai mak seperti itu. masa sekolah dulu pernah ada seorang datang beri ceramah tentang kecantikan dan orang tu memang cantik. one of my friend cakap 'dia tu cantik. dah tua pon still cantik. mesti anak dia bangga ada mak macam tu'. kalo korang ade dalam situasi masa tu, pasti korang mengiyakan kan? tapi aku terus dalam hati (macam biaser lar kan aku, cakap kat dalam ati jers) 'aku pon bangga dengan mak aku. mak aku x perlu bermekap berdandan bagai. mak aku tetap cantik walopon baru bangun dari tido.' huuhuu.
 
 
 
pengorbanan mak sangat besar. untuk membesarkan kami, mak jadi baby sitter untuk anak2 pakcikku. dari anak sulongnya hinggalah anaknyer yang no. 7. yer, sila jangan x percaya. dengan keadaan rumah kami yang kecil, dengan keadaan kami yang nak membesar, mak jaga ramai sekali budak2. aku yang belom kawen ni pon plan nak anak 2 jers. muwahahaha. mak bangun pagi, buat sarapan siapkan keperluan kami nak pergi sekolah. kalau pagi2 mak solat subuh mesti susah nak khusyuk sebab asek teringat aku yang susah nak bangun. selalu aku tengok dia ulang2 solat. lepas tu, siap sediakan kismis yang cikgu ajar. 7 bijik kismis embunkan. sebab tu lar aku pandai sikit (sikit jers) sebab semua yang mak buat. kalo ikut aku yang benak ni, maybe semua exam aku failed. muwahahaha. mak akan buat apa saja untuk anak2 dia gembira. kalau ayah marah bibah, mak juga lar yang akan backing bibah sampai gaduh2 mak ngan ayah. kasih mak memang x dapat dibayangkan. masa aku belajar dulu pon, mak lar yang bertungkus lumus minta tolong saudara maranya sana sini. sebab tu, bila dah sekarang dah boleh bernafas sikit, aku memang nak bahagiakan mak. dan kepada individu yang tiba2 muncul dalam hidup kami setelah kami dapat bernafas, sedangkan selama kami susah x nampak batang hidung, sila blah dari kehidupan kami. (eh eh boleh terselit gaks. hahaha).
 
aku pernah terbaca email jangan jadikan ibu bapa kita sebagai liabiliti. oh tidak. sekalipon x pernah aku anggap mak sebagai liabiliti. malahan aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa dapat memenuhi permintaan mak walopon selalunya failed (kikiki).
 
rasanya banyak lagi nak cakap tapi kepala otakku yang x bersusun nih dah macam terbantut. so, daripada aku merepek baik aku stop.
 
 
 
I LOVE U MAK FOREVER
 
lupe nak scan gambo lama mak. kalau tengok gambo2 lama, aku sangat sedih. dulu mak gemuk, tapi sekarang mak sangat kurus. kalo dulu aku x pernah kisah mak gemuk ke kurus, tapi sekarang aku suke mak masa dia gemuk. bila dah kurus aku macam rasa kami telah menyiksa mak sampai kurus sebab nak besarkan kami + aku dah x dapat nak rembat baju2 mak. cuma bibah jer yang muat. aku sangat jeles sebab dulu aku selalu rembat baju2 mak. oh mak harap dapat maapkan anakmu ini. hahahaha. sangat rindu nak balik kampung jumpa mak. hujung bulan ni aku balik kampung lama sikit lar. cik dayah sila roger kalo nak follo.

1 comment:

hied said...

i love wak milah jugak!! ;p