Wednesday, March 31, 2010

'Teamwork' @ 'Keakuan'

keadaan aku skang ~giler apo?

Semalam ada cerita kelakar ... eh? tadi cakap geram, sekarang cakap kelakar plak? Yer, aku neh memang kepala mengong. Kejap cakap lain kejap cakap lain. Sebenarnya apa yang aku dapat dari peristiwa ni, kalau kite cool dan bersabar tunggu hari esok, maybe sesuatu yang buruk akan jadi cantik, yang jelik jadi indah, yang huduh jadi cantik, yang masam jadik masin, yang kelat jadik manis. Eh eh? Ayat motibasi plak haku pepagi nie.


Actually, nak cerita pasal opis. Setiap orang ada misi dan niat tersendiri apabila bangun pagi, mandi wajib, solat, start enjin kete dan redah ’jem’ demi mencari sesuap nasi. Selama nie aku rase semua orang mempunyai nawaitu yang sama untuk pergi kerja. Tapi bile ada sesetengah (yer, bukan semua) yang suke gaduh2 bile nak buat kerja, aku terus terfikir. Apa yang dia nak sebenarnya? Sama jugak kalau ade orang gi opis tapi nak ngumpat2 citer pasal orang. Apa yang dia nak sebenarnya? Anyway, xde kene mengena ngan citer umpat umpatan. Lalalala.

Ok. Straight to da point jer lar.

Aku selalu faham, kita bekerja nawaitu lillahi taala (chewah!! Tiru ayat boss nampakkkk) aku rase dah banyak kali kot aku cakap macam nak bodek boss aku walopon dia x bace blog aku nie. Yer, aku bertuah dapat masuk unit yang kurang kontroversi dari unit2 lain. Maybe sebab group kami kepalanyer adalah lelaki kot. Walopon ayat Nampak ‘cliché’ tapi ni adalah hakikat. Perempuan memang x boleh jadik ketua. Yerlar, emo memanjang n then demdam. Kalo period emo, kalau salah sikit emo, kalau x dapat malam tadi pone mo. Heisshh.

Semalam ade sorang ‘senior’ kat opis emo x tentu pasal n aku memang confirm malam sebelumnya dia merengek2 mintak kat hubby tapi x dapat  :)  … hihihi. Macam unit IT kat opis ni, samer lar macam tempat lainkan, ade unit development, ada unit administrator. Unit2 nie walopon Nampak macam unit berlainan sebab jobscope yang berbeda, namun pada hakikatnya, kami bekerja sama2 untuk memenuhi tuntutan kerja dan bersama2 selesaikan kerja dan ‘masalah’. Aku sentiasa berpegang, dalam alam pekerjaan, kita sentiasa tolong menolong dan memerlukan. X kire lar walo ‘bijak’ tahap maha dewata kayangan Pluto sekali pon, kita still memerlukan orang lain untuk membantu kita.

Sampai sekarang aku x faham kenapa developer sangat sakit hati ngan orang technical. Maybe sebab derang rase kami xde kerja n kerja kami senang x payah berfikir (yerla2 ko jer yang kene fikir sampai pening2 kepala). Derang juga sangat excited untuk tukar ke unit kami. Cerita paling lawak aku dengar nak masuk unit kami sebab kami banyak outstation, kekekeke. Hallo, bukan semua yer. Memang ada yang selalu tapi tengok pada kerja lar. Kang kalo dah joint nanti baru tau hazabnyer. Lagi lar ngan pangai korang yang x boley lebeh kurang. Boleh ker korang outstation selalu, tinggalkan hubby, anak2 korang? Boleh ker korang betul2 faham proses2 technical walopon Nampak macam xde kerja sangat dekat kami? Sangat suke pada ayat2 Chan (vendor kami) pada mereka2 ini yang ghairah sangat nak masuk unit kami dengan beranggapan kerja kami senang a.k.a orang2 buduh jer dok unit nie. Chan cakap ‘you jangan ingat you masuk technical you boleh bawak yer, kalau technical masuk developer, derang boleh cepat belajar sebab derang tahu specific about technical, tapi developer masuk technical belum tentu you boleh faham terms2 technical yang complicated. Technical bukan kerja senang’. Haa. Amek ko. terus tersenyap dan tersentap. Kuikuikui.


gambo neh macam x sesuwai jer haku nak tunjuk betapa aku raser 'perangai' derang tue

Situasi sangat panas semalam okeh!! Tuela akibatnye kalau kite asek rase kita sorang jer pandai orang lain bodoh. Aku memang suke bekerja dengan orang yang ‘betul2 pandai’ atau, bodoh tapi sedia belajar dari oaring yang memang bodoh tapi berlagak pandai. Lepas tu asek nak gaduh. Kalo gaduh ape kijer pon siap. Bukan ke lebih cantik dan manis, problem tue, kita atasi sama2 dari dok carik kesalahan orang dan keluarkan fakta tentang piagam lar, memo lar, bla bla bla etc. apa ko ingat ko belaja ober da sea ko paling pandai ke? Nonsense!! Sangat tertarik dengan ayat boss lagi satu, ‘orang bodoh x payah layan’. Hehehe. Bagi aku plak, kalo anjing menyalak, kita pon menyalak, kita sama lar macam anjing tue. N akunyer ayat paling best ‘derang nie, nak gaduh2, carik pasal, bukan dapat bonus setahun pon’ lalalala. Ayat bonus tue musti ade. dan ayat default aku 'orang x lawa memang camtue'. Kikiki.


anjeng neh lagiiiiikkkk chomel ...


Apa yang pasti semalam dan harini (kisah nih masih berlanjutan dari mereka) aku bangga dengan diri aku sebab kalau dulu aku memang dah baran dah, tapi aku boleh cool dan anggap small matters dan anggap benda ni lawak. Ker sebab aku memang dah tau derang tahap aperkan, so aku pon malas nak layan. Rilex arr. Oo baru tingat maybe sebab aku dah rajen bersenam, setiap khamis aerobics, selasa men badminton, tue yang adrenalin aku dah cool. Yer, aku dah ala2 orang yang Berjaya meditate diri sendiri. Tapi yang sebenarnya personal prob aku lagik berat dan sesakkan kepala sebenarnya tu yang buat setakat masalah nie aku rase not worth it to aku layan….



Daaaaaa….

Terapi Warna

semalam merupakan hari yang sakit ati tapi entah kenapa lately ni aku bleh rilex, malah aku rasekan kejadian tu adalah amat lawaks .. nanti2 aku cerita .. lepas tu received 1 email from one of my x-classmate .. interesting ... sangat suker info neh ... lepas nie aku nak follo jerlar mende nie .. xyah susah2 iron baju pastu nak susun2 nak asing follo kaler ... follo nie jer macam senang ...

Isnin.
Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH.

Selasa.
Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari Selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian warna Ungu, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta-merta dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata. Adalah disarankan agar anggota bomba & pasukan penyelamat perlu menukar pakaian ke warna Ungu sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah / aktif yang berlebihan) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.

Rabu.
Warna Biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.
Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis.
Warna Kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna Oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.
Kemuncak warna Kuning ialah pada sepanjang waktu siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya (barangkali ini antara salah satu asbab+hikmah, kita yakni umat Muhammad, digalakkan Berpuasa Sunat pada setiap hari Isnin & KHAMIS). Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.
Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Warna Oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat.
Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-Paru.
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah Solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan yang menakjubkan berbanding pada hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu Solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-Paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu.
Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna Merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah, Otot, Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ berwarna Merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasai kesakitan dalam proses penyembuhan, berbanding jika dimulakan sesi rawatan pada hari Sabtu (kesakitan yang dirasai jauh lebih ringan).

Ahad.
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah pergerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Pergerakan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.
Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh, tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana (keseluruhan) bahagian tubuh.
Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh.
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyelerakan zarah yang tidak stabil (tidak menentu), pakaian berwarna Hitam pada hari Ahad adalah paling sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudharatkan. Para Pengamal Seni Pertahanan Diri (lazimnya Seni Persilatan) yang mengenakan tali pinggang Hitam dan pakaian Hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Defisini Resonan Warna Hari.
Resonan bermaksud "Match" sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.
Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna yang dominan pada hari yang tertentu itu.
Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi pada hari tersebut.



Hari Isnin sebaiknya berpakaian warna Putih.

Hari Selasa sebaiknya berpakaian warna Ungu atau Pink.

Hari Rabu sebaiknya berpakaian warna Biru.

Hari Khamis sebaiknya berpakaian warna Kuning atau Oren.

Hari Jumaat sebaiknya berpakaian warna Hijau.

Hari Sabtu sebaiknya berpakaian warna Merah.

Hari Ahad sebaiknya berpakaian warna Hitam.

Pakaian tidak semestinya perlu pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan pelbagai warna mengikut citarasa sendiri, tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

best x? best x? bagi orang yang sekali iron baju untuk sebulan 2 nih, info nih bagi haku sangat senang untuk aku susun baju2 supaya x nampak warna yang sama satu minggu ... lalalala ...

Monday, March 29, 2010

Vacation

this year aku memang kene pi bercuti. rasernyer last year xder pi mane2 pon kecuali candat yang merupakan xtvt tahunan aku. macam rase dah lama sangat x bercuti ngan family.

so this year plan aku nak gi memancing di kelong. ada banyak kelong. yang dekat ngan kl kelong paradise, kalo dekat ngan johor kl acheh, tapi yang best macam acheh, kim pon suggest acheh. dia cakap dia nak follo kalo pi kelong acheh, siap ngaku 'i kan your extended family'. cet!!. hehehe.  yang aku plak nak pi mancing macam lar terel sangat memancing. hihihi. sebenarnya tujuan utama adalah nak bawak mak ayah pi bercuti. ayah ajak memancing. memandangkan kalau mancing ke laut maybe aku akan takut, so aku prefer gi kelong jer lepas tu bleh feeling2 ala2 romantic d amoure.

alermak ... tengah sedap2 menaip tetiba opismate bace aku tengah taip pasal memancing. abes lar blog haku lepas neh kene jejak oleh mereka2 ini. adusss!!!

plan ngan kengkawan (tumpang rombongan cik kiah opis mimie n sikin) nak pi phuket sudah terkubur. xper, maybe ade plan lain lagik nanti.

so, meh cuci mate sementara nak nunggu haku pi kelong acheh tue.






*pic credit to web kelong acheh*

http://www.kelongacheh.com


pakejnyer pulak ...


Basic Package for 2 days 1 night (Duration 24 hrs)


Penginapan Kelong - Pakej Asas untuk 2 hari 1 malam - 24 jam

Package / Pakej Prices / Harga

This includes 3 meal + 2 snack times, boat transfer and lodging

(Termasuk 3 masa makan + 2 masa makanan ringan , bot pergi balek dan penginapan RM 150.00/pax nett onwards

*Children between the ages of 7yrs to 12yrs discount 30%.

*Kanak-kanak antara 7thn-12thn diskaun 30%.

**Children between the ages of 3yrs to 6yrs plus RM 40.00/pax

**Kanak-kanak antara 3thn-6thn lebih RM 40.00/seorang


Basic Package 3 days 2 nights

Pakej Asas 3 hari 2 malam di kelong

Package / Pakej Prices / Harga

This includes 10 meals, boat transfer and lodging

Termasuk 10 masa makan, bot pergi balek dan penginapan RM 260.00/pax nett onwards

*Children between the ages 7yrs to 12yrs discount 30%.

*Kanak-kanak antara 7thn-12thn diskaun 30%.

**Children between the ages 3yrs to 6yrs plus RM 80.00/pax

**Kanak-kanak antara 3thn-6thn lebih RM 80.00/seorang

# Additional night from then on plus RM100/pax per night.

#for group above 50pax, special packages can be arranged to suit.


ohohoho sangat menarik ati. aim sekarang adalah menunggu cik BON** yang entah biler nak gugurnyer dari langit untuk bawak family pi vacation. insya Allah, apabila gugur sajer inchik BON** tue, haku terus zappp pi sane, n kalo raser dah gelojoh sangat nak sambung pi tioman plak. asek pi terengganu jerkan, sampai tempat sendiri ade best pon x penah pi lagie. hihihi ....






daaaa ...

New Hair Style

cerita yang agak lapuk. macam dah berkulat jugak tapi sebab belum update kat blog, nak jugak update. dah lama sebenarnya aku x potong rambut. rase rimas giler dan huduh giler sebab malas nak lawa2 kan rambut walopon haku memang dah lawa. huuhu.

ok masa nak balik kg aritu aku memang dah plan nak potong rambut pendek sebab cuaca sekang amat panas dan juga nak jimat shampoo. so, aku merajenkan diri menyervey (cett!!!) mane2 stylo yg sesuwai dengan bentuk mukerku yang maha bulat ini.

inilah2 pilihan2 ku :


budak salon tu siap gelak aku tunjuk gambar through phones lagik, x tengok pon magazines dia, musti aku 1st customer camnie kot. memang yang nih akunyer pilihan no 1. tapi budak salon tu cakap potong nih cume potong biase, cume kene rajen blow rambut baru bleh jadik mcm nie (ker budak tu yg xtau nak buat) so, dia cadangkan ikut style binik tom kurus nie ... tapi aku memang minat yang nie sebab dia ala2 bob posh beckam tapi versi panjang sikit.



so, pilihannyer adalah follo neh


nih samer lar ngan kat atas cumer panjang sket



lepas tu aku mintak budak kedai buat fringe kat depan macam nie, dia kata x sesuwai ngan muker haku. lagik sekali aku rase macam nak bagik penampar kat budak tu, tapi disebabkan aku sedor tentang bentuk mukaku yg sungguh 'bumi' ni, aku pon ok jer ...



nih akunyer backup kalo x sesuwai jugak ...



then
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tada .....






hehehe ... buleh kot tunjuk gambo yang kecik neh ...

memula aku tengok sangat x cantek, ayah cakap x elok n makusu pon cakap nampak muke maken bulat. tapi lepas hari demi hari kat opis neh ade jer yang cakap ok. sebab memula dia xder volume sebab rebondingkan, tapi bile dia dah ade volume baru nampak ok, n ade jugak vendor tanye potong kat mana, dia cakap cantik arr. uiisshhh ... aku hanya senyum puas ati ... walopon x sama macam retis2 tue, tapi aku sesuai dengan potongan neh ...

daaa....

Sunday, March 28, 2010

Brontophobia

hihihi .. hehehe ...

arini bace paper baru tau, penyakit haku nih normal. baru tau nama dia brontophobia. yer, penyakit phobia haku same ngan madonna. nampak kami macam ganaz kan, tapi yer, haku memang amat takut kalo ujan. dulu x teruk macam ni, sekarang jer. maybe sebab sekarang ni dok umah sensorang + apt haku tue bebtul tepi roundabout, so bunyi angin n kilat petir sangat kuat kalau nak hujan + umur makin banyak, so banyak sangat dosa, takut x sempat taubat. selalu kalau malam bunyi tue sumer start, aku memang x boley tido. aku akan duduk sambil tutup telinga sebab takut sambil pikir kalau bangunan nih runtuh, nanti orang akan carik mayat haku macam cerita2 kat tv.





nih info pasal ni (thanx to wikipedia) :

Astraphobia

Astraphobia, also known as brontophobia, keraunophobia, or tonitrophobia, is an abnormal fear of thunder and lightning, a type of specific phobia.

Symptoms
A person with astraphobia will often feel anxious during a thunderstorm even when they understand that the threat to them is minimal. Some symptoms are those accompanied with many phobias, such as trembling, crying, sweating, panic attacks, the feeling of dread, and rapid heartbeat. However, there are some reactions that are unique to astraphobia. For instance, reassurance from other people is usually sought, and symptoms worsen when alone. Many people who have astraphobia will look for extra shelter from the storm.[1] They might hide underneath a bed, under the covers, in a closet, in a basement, or any other space where they feel safer. Efforts are usually made to smother the sound of the thunder; the person may cover their ears or curtain the windows. A sign that someone has astraphobia is a very heightened interest in weather forecasts. An astraphobic person will be alert for news of incoming storms. They may watch the weather on television constantly during rainy bouts and may even track thunderstorms online. This can become severe enough that the person may not go outside without checking the weather first. In very extreme cases, astraphobia can lead to agoraphobia, the fear of leaving the home.



selalu kalo nak ujan haku akan cube pujuk cici supaya jangan takut padehal haku yang takut!!! cet!!! ... musti cici n jojo gelak dalam ati setiap kali aku pujuk derang. tapi sekarang nih cuaca plak makin teruk, so makin teruklar phobia aku nih. dan saat paling teruk haritu siap bawak cici n jojo sekalik keluar umah sebab haku macam raser bangunan tu nak runtuh. padehal kalo ikutkan naek kete lagik bahaya. buleh???

daaaaa ...

Lawak yang X Berapa Nak Antarabangsa



apa pendapat korang biler bace mende nih?




no rujukan cukai dirahsiakan, sebab kalo aku letak jugak maunyer page nih bleh jadik glamer dalam sekelip mate, n kalau aku nak buat duit pasti bleh jadik kayer. tapi memandangkan blog aku nih merupakan private blog, xmau kecoh2 so, aku share ngan kengkawan yang tau jer.

mamat yang masih 'mentah' nie baru berumur 26 tahun. so, aku terpanggil untuk menjawab kepada 'ayat-ayat semanis rase' dia nih. bukan nak backing LHDN @ menegakkan benang yang basah. just my sincere opinion.

first sekali, tentang tax payer. untuk makluman, mereka2 yang dikenakan tax hanyalah mereka2 yang bergaji2 tertentu, bukan semua orang kene peras bayar tax. dan untuk makluman jugak, tiada orang susah yang kene tax. kalau ko memang orang susah, sendiri makan pakai x cukup dengan ekonomi yang ko cerita ni, confirm ko x kene tax. anyway, dalam umur 26 tahun kalau kene tax tu, dah kire beruntung dan bersyukur lar sebab ko dah dikategorikan berpendapatan 'lumayan'. sebab kengkawan saya pon ade lagi yang terpinga2 bile cerita pasal tax, tu tanda derang xkene tax lagi.

tentang halal haram, saya rase mamat ni belajar tinggi2 tapi mempunyai otak yang terlalu 'pandai'. dia ingat selama ni, LHDN kutip duit lepas tu, staff dia makan duit tu ker? untuk pengetahuan, semua duit kutipan akan diserahkan kepada KERA JAAN. gaji yang staff LHDN dapat adalah dari KERA JAAN, sama seperti badan2 berkanun yang lain. kalau company mamat ni, sendiri untung sendiri dapat, tapi staff LHDN hanya mampu melihat kutipan2 tu jer. lagipun staff LHDN pon x dapat lari dari kene tax. agaknye mamat ni ingat orang LHDN x payah bayar tax kot. yang menindas rakyat adalah KERA JAAN, bukan LHDN. LHDN hanyalah salah satu badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai untuk PEMBANGUNAN NEGARA. nampaknyer, usaha2 yang telah diambil untuk menyedarkan kepentingan tax ni still x sampai pada mamat neh. musti dia terlalu bz sebab bergaji 'lumayan' sampai x tengok iklan2 kat tv kot. dia ingat ni macam zaman cerita zaman2 pemerintahan dahulu kala yang amek hasil rakyat tapi x bagunkan ape2 kot. yer, saya admit pembangunan disertai 'politikus', 'agenda sendiri', 'kronisme' etc. tapi ade juga pembangunankan? kalo xde tax langsung xde ape buleh buat. yang cerita belakang2 tu, saya reserved comment. dia x sedar ke, kaum keluarga dia pon gune hospital yang serba kekurangan tu, unless dia selalu pi private hospital sebab gaji dia 'lumayan' kan, family dia jugak gune jalan raya yang berlobang2, gali sana gali sini, lalu highway yang kene bayo tol, hantar anak pi sekolah dengan yuran ntah hapa2, unless dia hantar anak dia pi private school sebab gaji dia 'lumayan'. nak mintak subsidi tu. subsidi ni. bagi yang bergantung pada projek2 KERA JAAN, staff dia pon dapat gaji dari boss2 yang amek projek KERA JAAN. agaknyer service2 seperti hospital, bomba, pak polisi gerak khas tu sumer dapat gaji dari KERA JAAN dari duit yang turun dari langit macam ayah PIN kot dia fikir.

dan ayat yang paling lawak adalah x menghalalkan duit tax dia n nak mintak staff LHDN beratur diakhirat nanti mintak dia halalkan duit dia. yang ni pada pendapat saya, staff LHDN x perlu bimbang (memang x bimbang pon) tentang kehalalan duit dia sebab duit tue nanti akan rolling untuk kegunaan rakyat jugak, indirectly dia sendiri pon akan gune duit tu jugak termasuk kaum kuarga dan sedara mara dia. dan ayat paling lawak kak ida "ala, nak soh orang cari dia kat akhirat, ntah2 kita dah masuk syurga, dia still kat neraka. xde mase nak carik dia" keh keh keh ...

lastly, orang yang bijak akan memaximakan pelepasannyer. banyak care bleh buat. kalo raser beban sangat pi kawen buat anak ramai2 confirm xyah bayar tax. kikiki......

daaaaa ...


Home Sweet Home ~ Pindah Rumah & Kenduri Kesyukuran semasa CNY

ermmm sebenarnya event neh dah lama. dah sebulan. tapi sebab dah upload gambar, so masukkan jer lar since haku rajen yg melampau arinihkan + network amat ok, so harini gue hari mengupload photo sedonia. event nih dalam waktu yang berlainan, cume haku yang memang terkenal dengan kemalasan + otakku yang x tersusun neh kan, so haku campur adukkan sajer. rasernye kami pindah januari 2010. kenduri kendara februari 2010. sangat penat mase pindah tapi haku rase orang yang paling penat adalah individu2 yang akan aku paparkan kat bawah neh. sangat berterima kaseh ngan budi baik mereka2 yang membantu.

be4 balik bibah sibuk sms haku tanye balik ngan sape, ade saje orang2 dia nak soh haku bawak balik. dah tau haku nak balik kg dgn makusu (sebab miss dayah ade long call - seb baik ade event arinih, kalo x sure aku lupe datenyer), dia sibuk, tanye, x bawak ina ke, pastu suruh bawak balik anak2 cik nizam yang berat ramai ittu. ape dia ingat aku neh bawak balik bas express ker? kalo boleh sumer sedara mare dia nak mintak tolong dan nak suruh haku bawak balik naik myvi chomel ku ittew. so, last2 aku balik ngan makusu pastu amek anak2 cik nizam (azri, amar, iza ngan ct).

sangat kecoh nak pindah ok, sebab aku x tau pon mase aku balik tu nak pindah rumah terus. kejap kata siang, kejap kate malam. last2 buat 2 trip. satu trip mintak tolong anak cik timah jiran depan umah belah kiri ngan budak bujang depan umah yang memang bawak lori bawak barang2 yang nak kasi kat makusu n satu trip lagi mintak tolong paksu ngan makusu hantar barang2 ke rumah baru. sebenarnya kalo ikut haku gune 1 orang jer, bayo jer kat bebudak depan umah tue, tapi since ayah cakap pakusu ngan makusu memang bermurah hati nak tolong, so ayah ikutkan jers. sebenarnya banyak trip tapi aku cume pecahkan kepada 2 jers sebab gune orang berlainan. errmm, xder lagi kot orang pindah umah gune khidmat sampai dua individu berlainan. keh keh keh.

lepas tu, haritu jugak, pi tengok dapur, peti ais dan perabot2 lain untuk rumah. sangat penat hokeh, samapai2 terus kuar sana sini. tu x campur penat tawar menawar beli barang lagik. tapi banyak barang dah packing atas bantuan Suhaila. banyak sungguh dia tolong. yerlar, aku memang x boleh nak mengemas, kalo habuk2, sebab ade asma, memang sejak kecik, aku mak x kasik buat kijer2 mengemas nanti datang lar penyakit tue, sebab tue tiap kali rayer kijer haku memang tolong masak (tolong potong2 jerlar hehehe) walopon x tau masak.

so, malam pertama proses hantar barang ke rumah makusu. tapi sayang mase tu, aku x sempat nak snap 1 pic pon sebab mase tu aku carik2 camera x jumpe terus penyakit malas datang. sangat rugi x dapat snap pic rumah lama + anak-anak kak timah yang dulu aku tengok kecik2 pembesaran derang dan jiran depan umah tue yang hensem. aku sampai tanye bibah tu along ke? bibah cakap a'ahh. wah hensemnyer. nampak sangat haku neh kalo balik kg x tengok jirankan. malam tu baru tau derang neh ganteng2 gituh!

so, start snap pic lepas jumpe camera selepas kijer2 selesai. malam tue kitorang bebudak tido umah baru walopon xde ape2 lagik n mak ngan ayah tido umah lama (maybe nak sentimental kat rumah tempat kami berlindung panas dan ujan selama ni, yang menyaksikan tumbesaran anak2 tuan umah menjadi gadis yang amat cantek *muwahahahaha). tapi kami x bimbang sebab rumah neh be4 neh bibah ngan suhaila dah tido sini.

Pindah Rumah Baru

iza n azri


eddy ngan suhaila (orang kuat dalam proses perpindahan neh)


malam tu sebab semua orang penat (penat ke?) so, aku kene pau Mc D ngan derang. siap sanggup pi beli. haku yang malas siap cakap, "kalau nak belanja buleh tapi korang yg pi beli, aku dah penat, so aku nak tido." lepas tu sedar2 aku kene kejut suh makan. giler arr makan Mc D tetngah pagi (elleh ... macam x biaser)


muker suhaila yang macam x sabar2 nak ngap Mc D sambil berkata2 di dalam ati "lembabnyer lar bebudak neh bukak plastic, aku dah lapar neh"



dah kenyang sumer macam ular sawa .. kikiki



bagun pagi sila kemas toto



suhaila kene masak



barang2 tido malam tadi + sikit2 barang yang dah dibawa.



rilex sementara menanti 'kerja'


budak kecik neh suke membebel




padang depan umah




azri kene pakse temankan iza main buai



ok ... let's start ... 'orang kuat' kami ... adik posing poyos + seperti biase muke ngantuk .. kalo nak tau neh lar makusu n pakusu, parents my BCF miss Dayah ...


ok .. neh dah trip keberapa aku pon x ingat ... yang pasti proses neh dari malam semalam ke esoknyer sampai ke malam esoknyer ...



bebudak nie lepas penat makan mee goreng yg beli kat warung yg x sedap ...


lepas penat menagngkut barang, tinggal esok nak angkat 'lebihan2' barang yang tertinggal


adik kalo datang umah haku musti ngantuk ..



ciannyer ... penat dia yer ..


eddy pon orang kuat gak kijer2 mengemas


poyos x man of da day ni? hikhikhik


siang teu, lepas sumer barang dah bawak balik n pakusu dah siap2 cuci umah lama, ayah plak nak buat makan2 jemput orang surau, doa selamat gituh. so, penat lar kami bertungkus lumus masak.



bibah yang balik rehat. bleh nak pindah umah pon dia still kijer? x dapat cuti nak buat camno kan?


maklong pon ade aritu


tetiba pakcik makcik dari JB datang singgah sebab derang baru balik dari majlis kawen kawan anak dia. kalau aku x silap masa neh dia cakap maya kawen, penyanyi matahari tue ...



esihh berseleraknyer dapurku inni .. yg penting gambo bekas ari beli kat sarawak musti ade ... hikhikhik




maklong n paklong


aper lagikla inchik hisman neh membebel



orang pasang astro. eddy sangat bengang sebab orang pasang astro pon nak amek. 'jakun ke'. eh sukati gua lar ...


wak nak selaku pengacara x bertauliah mewawancara eddy ... sape ngorat sape ni?



makusu dengan rela hati melayan makcik sebelah umah belah kanan yang agak 'peramah' itteww .. phuhhh ..




biaserlar pakcik ni kan ..


then family fizi (budak yang mak jaga) datang



geramnyer haku tengok pipi dia ni!!!


yer, silalah melawat kawasan yer.


anak2 aziz .. bleh xnak panggil aku ngan bibah makcik, nak panggil kakak sebab x tua macam mak dia ... lalalala


ok. habis dah cerita pasal pindah rumah. ape yang aku nampak, sangat ramai yang membantu sebab keadaan mak ngan ayah yang x sihat + aku yang memang ade penyakit mengada2 x boley kene habuk. actually rumah nih biase saja, xderlar besar sangat, tapi yang aku pasti makcik pakcik yang turut membantu mahupun yang datang ziarah, macam derang turut seronok dengan perpindahan kami ni. ape pon, aku senang sekali dapat berikan mak ayah satu kediaman yang selesa dihari2 veteren (ayat manis mulut) mereka. oh ya ade jugak soalan2 bertanya kenapa x ambil rumah 2 tingkat, yerlar rege lebey kurang macam double storey jerkan, senang jer jawapan haku "mak dah x larat nak turun naik tangga". yup betul, masa tengok rumah double storey masa menyervey rumah, bila tengok rumah double storey, mak x nak naik, dia kata takut jatuh + malas yang sebenarnya. kalau ikut bibah memang dia merengek nak double storey, siap cakap dia bleh kemas tingkat atas (eceh!!). last2 aku cakap dengan diri sendiri, mak ngan ayah yang nak tinggal kat sini, bukannyer haku pon, so, baik aku follo jer ape yang derang nak. dan rumah ni pon memang pilihan mak ngan ayah jugak. macam biase alasan ayah "dekat dengan sedara dan adik beradik". ermmmmm.


Kenduri Kesyukuran

erm masa neh memang ayah tunggu aku balik baru nak buat kenduri kesyukuran. aku yang malas nak balik banyak kali, so buat pilihan CNY n aku amek coti panjang seminggu macam aku yag nak sambut rayer!!! ... jemputan dalam 200 orang. jiran tetangga + orang surau belah malam, dan kaum keluarga + jiran lama siang. dapat bayangkan x betapa penatnya aku n seperti biase kalo CNY confirm bibah x bleh coti. n aku memang dah tau lagik sekalik orang kuatnyer adalah makusu dan pakusu. cume kali ni tukang masaknye cik badek.



barang2



gigihnyer anak beranak ni basuh ayam, masa ni tetiba hujan plak. seb baik x lebat.



makusu menguasai dapur .. hahaha



cik badek ngan eppy


shidah, mak buyong yang amat rajen pada haritu. tenagh tunggu mase jek nie. penat aku soh dia duduk, degil gak nak buat, almaklumlar anak pompuan, tu yg rajen semacam.




family belah mak datang awal



beriya x pakcik ni makan? dia merupakan pengasas makan gune daun pisang, lepas tu, sumer orang kat dapur follo ...





part membungkus makanan




cik nah anak beranak



mase ni bibah balik rehat, dah malam, so aku sempat pakai baju kurung n sebab tu gambo muke aku xder. siang tu tau x aku pakai baju ape? t-shirt ngan seluar pendek aku tue. lepas hantar mak terus gi sana gi sini sampai x sempat tukar baju. eisshhh.



dah, malam, so sessi tapau ..



orang2 surau




ni lar family fizi ... kak im beriya cakap kat mak kalo mak baik dia nak hantar apiz ke rumah kami jugak ... hehehe




fizi dengan aksinyer



dah pukul 10 malam ke atas kawan2 sekerja bibah plak datang. mase nih aku dah kat dapur dah kemas ape yang patut. sampai wife abby cakap aku amek tender basuh pinggan sebab dia asek tengok aku basuh pinggan x berenti2 ...



macam samer ehk muke derang .. terutamanya part hidung ... kuikuikui


and lastly sesi tapau menapau ...

oh luper nak bagitau (ceh! macam lar ade orang tanyer) .. menu hari tue, nasi briyani, pencor, ayam masak merah, kambing masak briyani dan kueh mueh dan buah buahan ...



daaaaaa ...