Wednesday, July 28, 2010

EN3 Yang Miss Dayah Confirm Akan Komen a.k.a Kepoh Nak Tahu ... hihihi

erm, caner nak cakap ehk tapi nak cakap jugak sebab ati tengah panas. tapi kalo aku ati tengah panas selalunya aku akan diam jers sebab dah x terluah. tapi selalunye camtue lar. excited nak tulih pastu nanti tetiba jadik blurr. xperlar janji citer sebenar aku faham.

Yes, we are family
But why you only appeared when you get troubled and give us trouble?
Yes, we are family
But why we never see you for ages?
Yes, we are family
But why just we have to understand you and follow you but not in other way round?
Yes, we are family
But why you always make us feel sad and angry when we heard your name?
Yes, we are family
But why you always take us for granted?
Yes, we are family
But why you never show us that you love your father as it is?
Yes, we are family
But why you never love us?

persoalannyer yang perlu dijawab :
 
seorang adik ipar xnak salam abang ipar, bila dia pegang tangan, adik ipar tarik tangan.
adakah adik ipar itu berdosa besar?
 
seorang kakak memaki hamun adiknya dalam telefon tanpa bagi kesempatan adiknya bercakap, lepas tue bagitahu sedara, adik dia call dia maki dia sedangkan situasinya adalah terbalik.
adakah kakak itu berdosa besar?
 
siapa yang perlu minta maaf?
adakah si adik perlu minta maaf dengan abang ipar @ si kakak kene minta maaf dengan si adik?
 
akhir kate family kami sangat bahagia bile kamu tiada.
 
dari aku yang berdosa .....
 

New Anak Sedara

selasa haritu sempat bergegas (ceh, bergegas!) ke SJMC tengok one of my colleague lepas bersalin baby boy. sangat bz aku aritu, pagi ade seminar, petang ade meeting. bile mintak boss nak kuor jap pi spital, macam2 pesanan dapat, be4 pegi check email, siapkan kijer baru pi, balik cepat, lepas tue check email, buat kijer sampai siap. perghh. aku terpinga2 (yoyo jers), ek elleh macam lar selama nie kijer aku x siapkan. hahahah. so, dengan mase yang sangat limited tue, selamatlah kami melawat kawan kami tue sekejap cume, jadi arr janji dapat tengok baby 1 hari *teruja.

mohamad semyum simpul bile kami datang, sebab selalu dengar suara auntie2 n kakak dia nih jer, kali nih berpeluang tengok kami 'LIVE'!

buat mase nih aku declare jer mohamad sebab tanyer maknyer ape nama 'yang dah confirm mohamad jer' pastu aku cakap 'kalo ko nak aku ingat nama anak ko, letak jer 'mohamad f****, confirm aku ingat macam nama anak sue' hahahaha.




dua orang auntie yang kepoh sedang menyambung gossipping ... hahaha ... ini belog aku yang punyer, so aku bleh kutuk derang tanpa derang tahu .. muwahahahaha





wah! sesuai sungguh kaler baju aku pakai aritu ngan baby ngan environment

konklusinye hasil dari lawatan aku ke SJMC, kire spital swasta paling ok lar kalo nak bandingkan Ampang Puteri, Tawakkal bla bla bla. environment dia memang kita tahu spital urang2 kayer. untungnya kawan aku nih hubby dapat tempat kijer yang panel bersalin kat SJMC nie. aku? idok ler teman tau. < --------- motip ko dah pikir nana? kawen pon blom!

Monday, July 26, 2010

Biarkan Si Sengal Dengan Kesengalannyer

erm, pagi tadi dengar berita kat radio. ade komen dari para pengusaha kopitiam tentang sijil halal. memang sengal derang nie. boleh alasan yang diberikan proses nak dapatkan sijil halal tue rumit sebab derang kena listkan apa yang x berkaitan macam senarai bahan yang digunakan. kalau dah bodoh sejak azali memang bodoh betul! angin nih! ko ingat nak mintak sijil halal tue, isi form nama n address ko, letak gambo ko yang muker x semenggah tue, lepas tue terus dapat sijil ker? kalo macam tue baik xyah kasik sijil. ko ingat macam mintak sijil nak ternak binatang ko tue ker (eh, ade ker kene apply sijil nak ternak cik sikhinzir nih?).

nampak sangat ko bahan2 ko memang bahan terlarang, sebab tu ko takut nak bagitahu. but for us (muslims) fine, u can go to hell kalo xnak apply pon, xder paksaan pon, konyer bisnes konyer pasal, x mati pon muslims x dapat masuk kedai kopitiam ko tuh! semakin lama mesia nih semakin menakutkan. even mat salleh pon kat negara derang hormat muslims kalau berkaitan halal haram nie. bile aku bace reviews dari derang yang stay kat oversea nih, aku kagum dengan sensitiviti derang. masalah mesia adalah disebabkan penduduk yang berbilang bangsa yg x sedar diri. itu x termasuk pendatang lagik. masing2 nak claims hak masing2 yang x sepatutnya. macam ko datang rumah orang tapi ko suruh dia tukar langsir ko ikut suke derang. memang macam cilanat. uiish bahasaku. semua nih salah pemimpin! hahahaha. geram nih!
dan dengan ini aku memang declare aku xkan masuk kedai kopitiam cer2 yang xtau hormat orang nie. dan korang pon memang angkuh cakap tanpa muslims masuk kedai korang, korang x rugikan.



daaaa....

Sunday, July 25, 2010

Puisi Untuk si KERA

Ke mana pergi subsidi kami?

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...
tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..
tiada baju bergayati
tiada kediaman menteri...
tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...
tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

~ and the credit goes to ~
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.."(Taha-132)

Thursday, July 22, 2010

Old Town White Coffee

hehehe. korang pernah pi makan kat sini x? aku pernah pi tapi lepas diragui kehalalan kopitiam2 kat mesia nih aku terus macam x baper gemar nak pi lar.
tetiba teringat tentang kes colleague nak belanja makan, ade sorang tue ajak makan kat Yik Mun, sebab dia kate memang halal, lagipun pau dia sangat glamer kat Tanjung Malim. so, aku setuju jers bile nampak tanda halal tue. cumer pastu boss kitorang yang ragu2. kitorang siap pakat mase tue kalo dia xder selera nak makan, dia tengok dinding jer lar. hahaha. lepas tue, boss macam discuss arr nak pi situ lepas buleh dia cakap 'nana mesti ok jers' macam siutkan? kan? kan? yerlar, kalo dah ade tanda halal, lepas confident @ xder syak wasangka musti arr aku onn jer kan? hehehe 
berbalik pada cerita tadi, lepas dapat email tentang sorang budak makan kat situ jumpe kaki katak, terus confirm xnak dah makan situ walopon aku cume suke makan roti dia jers. untungnya budak tue siap bleh saman lagik. uish kalo aku mau berjota2 aku mintak. padan muka. n kalo x silap aku company cha ya nun alip nih aku pernah bace derang xnak kasik franchaise dorang nih kat melayu, nak kaum dia sajers. sila betulkan aku kalau aku salah company, sebab aku memang suke kalo bace @ dengar sesuatu tue aku amek ringan jer. kikiki. xtau dari paper mane derang dapat cerita nie, aku cume copy paste darik email jers, so x dapat nak kasik credit. sila mahapkan aku. huhu.

" KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.



Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.


Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.


Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.


Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.


Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.


Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar."

Wednesday, July 21, 2010

Interview

esok papa ade interview. ntah kenapa aku yang nerbes gilos!!!. sebab utama aku nebes adalah aku dah terhilangkan sijil2 dia. so, malam nie aku kene ajar dia macammana nak bagitahu sijil dia dah ilang. macam lar dia x pandai nak cakap kan.
setelah lama x update resume papa, baru resume n activekan carik kijer balik, dah panggil interview. kire okay lar dalam keadaan susah nak dapat kijer skang nie kan. aku risau sebab aku nak dia dapat kijer kat sini. senang lar, makan gaji every month ade duit. sakit makan komisyen nie. mase dapat banyak senyum sampai belakang sampai segala bende mak nenek nak beli, semua kengkawan yang muncul depan mate nak belanja, tapi bile duit dah abes dok termenung sorang2. itu lar pangai orang2 lelaki yer cik kiah cik gayah. baik sangat kat kengkawan. pastu kalo nak rasuah orang kasik komisyen banyak2 kat orang tue. aku sangat hangin 1 badan okeh. kalo ko kasik dia sikit pon dah besar tuah tau, sebab itu memang kijer dia. yang nie aku memang x faham. maybe sebab tue aku xleh buat marketing. aku sangat kedekut taik idong manis okeh. hehehe. aku doa2 moga dia dapat kerja nie. project lelain bleh dia buat part time jers. hehehe.

yang best bile tengok status jobs yang aku applykan untuk papa (walopon aku pakai taruh jer ape2 position yang aku rase berkait2), ade lar 2, 3 company yang view resume dia 2, 3 kali, so kire lega lar, aku ingat skang nie dah susah sangat orang nak amek orang kijer.



tapikan ......................


bile aku tengok akunyer status, x satu company pon yang bukak resume aku. cessss!!! aku apply 6 kijer semalam 1 company pon x bukak lagik. untuk sedapkan ati aku maybe company tue memang x tengok n pilih lagi, atau maybe kene tunggu lama sikit baru dia tengok .. bla .. bla .. bla ... hermph! hampeh. at least kalo dia ade bukak kire ok lar dari dia x bukak langsung kan. n setahu aku lepas aku masuk company nie, cume 2 kali jer aku kene panggil interview (tapi kantoi!!!!!) dan 1 phone interview (pon kantoi!!!!)  <------- oh yang ini kalo aku dapat musti aku gumbire giler seminggu x makan n lelap mate sebab suke sebab company nih memang aku berangan bercita2 nak masuk sini dari mase zaman belajar lagi. nih kire company yang aku pilih lar yer. yang BERHAD dan MNC sahaja. ekekekeke. poyo n giler berangan x haku? kuikuikui. xper. usaha itu tangga kejayaan. chaiyok chaiyok nana.

tapi aku macam dapat rase cukup susah aku nak dapat kijer sebabnya aku rase skill aku dah tumpul dan bukan in demand termasuk alasan mereka2 ini :

'boleh x kalo we hire you dengan gaji rendah sikit dari gajik skang?'
hehehe. alasan paling lawak. ade ker orang nak tukar keje tempat yang gajik lagik rendah? walopon kijer baru tue bende baru, still xnak gajik bawah dari skang kan? kalo aku sanggup kang saper nak bayo hutang piutang haku yang belambak2 tue? ohh lagi 1, jangan tertipu dengan ayat di atas tue, gaji aku bukan lar banyak pong cume derang nak kasik lagi rendah lagi. tu jers. hehehe.

'i takut u x boleh follo care kitorang kerja yang kijer x tentu mase, x macam tempat u keje skang x bz'
ehwah2. resume aku dah sah2 tulis dah banyak company aku kijerkan, so, aku dah banyak experience kijer sampai pagi pon ade tau. x cayer sila tanyer company2 lama aku tue. dah biaser dah kijer yang ala2 xder life tue. bagi aku hidup perlukan sedikit (yer, sedikit sahaja) sacrife. ko x bleh dapat semua yang ko nak. hehehe.

dan last sekali conclusion yang aku dapat setelah lama berpikir, maybe, maybe, maybe aku telah terkena sumpahan NANA. yer, sumpahan diri aku sendiri sebab dulu aku pernah cakap 'lepas company yang ke - 5 aku akan kijer situ sampai biler2.'. hermph!!! padan ngan muke aku, pandai2 cakap camtue. maner lar tau mase tu malaikat lalu terus dia aminkan. adussss. yang lain2 doa nak jadik jutawan, billionwan xder plak dia aminkan. heheheh.

dulu bile nak apply kijer aku berangan kalo dah kijer dalam 5, 6 tahun macam banyak experience macam senang nak apply tapi bile skang nie, rase macam dah tua plak bile baru nak apply kijer. hihihi.

pastu bercerita tentang hati terdetik tue. aku akui ape yang kita nak, selalu kita akan dapat tanpa kita sedari contohnya aku. memang betul kalo berdoa/detik dalam hati kene jelas/details. sebab dulu aku selalu berangan kalo dapat bf/hubby aku nak sawo matang, perangai macam bapak aku. so, papa (chewah chewah) memang memenuhi kriteria tue, cume x kayer rayer macam mc donald trump mahupun steven tan, sebab aku lupe nak include sekali kayer rayer sebab mase aku berangan tue aku belum lagik bermate duitan macam skang nie. dulu aku cakap dengan cinta still buleh hidup, tetapi ropa2 nyer, kalo ade banyak duit lagiiiiiiiiiiiii bahagiaaaaaaaaaaaaaaaa. hehehehe.  

pesanan penaja : semalam aku sangat marah dan berair mata aku mase baca pasal orang terbangkan keldai. menjerit2 binatang tue ketakutan. cube kalo bayangkan yang buat tue kene camtue. seksa binatang sungguh. syangi lar setiap ciptaan tuhan walopon sebatang pokok kecil!!!. huh emonyer haku.


Tuesday, July 20, 2010

Saye Perlu Bersyukur

dalam 2, 3 minggu nih emosi agak tidak stabil. semuanya disebabkan perasaan yang rase down disebabkan rase saya sudah tersekat disini disini dan disini. tiada perkembangan untuk kemajuan hidup. eh betulker ayat bahasa mesia saya nih? ok lar kots.

so, atas rase yang sangat sakit ati disebabkan terlalu down saya telah active balik bukak jobstreets dan mengapply segala kijer kosong yang berkaitan + update resume. tetiba tergerak ati nak tengok statistik salary. dan hasilnyer ....



statistic ini menunjukkan saya harus bersyukur!!!!! saya maseh dikalangan orang yang mempunyai nasib agak baik dibandingkan rakyat negara2 miskin lain (pinjam ayat2 pemimpin2 UMCO). hahahaha.

notakaki : dah nak puasa, saya perlu muhasabah diri dari segala anasir2 negatif dalam diri. anyway, harini saya puasa.

Saturday, July 17, 2010

Kesah di Mc D

arinih aku kijer lagie. cume semalam makan disediakan sebab ramai, arini cume aku ber 2 jer ngan colleague aku, so kami kene carik makan sendiri pastu claim kat boss. aku 'ter' breakfast kat Mc D sebab member aku nih suke minum coffee Mc D nie. tengahari plak tengah plan nak makan ape. boss belanja so mesti lar amek kesempatankan. hehehe.
lepas dah abes makan, tengah nak sedia nak chow balik opis sambil siap2 tapau air Mc D, tetiba ade sorang kakak nie datang dengan penuh bergaya siapa sunglass atas kepala dok tanyer kitorang :



si sengal : adik, boleh x bagi saya apa2, saya x makan lagi, saya lapar.
uikss. ini dah lain ni, bukan mintak duit, mintak makan, maybe memang dia susah, so aku pon kesian, tapi makana semua dah abes.
aku : alamak, saya dah habes makan plak.
sambil mase tue member aku nih dah geleng kepala. pelik plak haku selalu dia nih cukup pemurah. selalu aku angin jers sebab dia suke jer derma kalo ade yang orang buta minta sedekah tue. bukan sebab aku kedekut, tapi sebab aku tau mesia nih sindiket! tapi aku memang kedekut pon. hahaha. tapi pagi nih dia terus buat muka xnak bagi ape2.
si sengal : yerla, awak dah makan, saya belum lagi.
uikss. terkesima aku.
member : xda, xda benda nak bagi.
si sengal : xper lar, kasi seringgit pon xper, saya xde duit nak makan nie.
member : xnak, awak sihat, awak boleh cari kerja kan.
si sengal : yerla, saya tahu tapi rezeki datang dari Allah.
fuyyooo. ayat x hengat!
member : memang lar rezeki datang dari Allah tapi kita kene berusaha.
pastu sambil buat muke bengang terus dia cakap sambil nak jalan. mase nih aku dah ready pandang jers purse kat sebelah takut dia capai. seb baik dia x capai.
si sengal : xperlar, saya tahu awak nie bertopeng jers.
ewah2, dah x dapat nak maki2 kitorang plak. yang peliknya, kat orang lain ko xnak mintak, mintak kat kitorang jer terus blah. giloss arr.

Monthly Training - PBS

Jumaat lepas dapat 1/2 day coti sebab pi training bomba sukarela kat hartamas. kali nih kawad tangga. memula aku ingat kawad naik tangga bangunan, rerupenyer care2 nak guna tangga bomba nak naik atas. kalau aku x joint persatuan sukarela macam nie aku xtau pon betapa pentingnya ahli-ahli bomba nih. aku tahu derang nih merupakan orang penting pon lepas cik sikin kasitau aku dia nak carik abang2 bomba sebab derang menolong orang x kire ape pon, walopon aku memang suker tengok movie2 yang berkaitan badan beruniform nih.
yer, tepat sekali. sebelum nih aku cumer suke navy jers sebab nampak macam cool rerupenyer lepas banyak membace dan amek tahu (yer, sebelum nih aku memang pentingkan diri sendiri, xnak amek pusing hal2 lain) semua badan beruniform merupakan orang2 yang patut dihormati kerja mereka. jangan asek nak komen jers (ehehehe .. cakap depan cermin ... kikiki).
tapi macam biase sebab sebulan sekali jer kan, so, kawad aku memang tunggang langgang, sebab kan ingatan aku nih sangat kaputtttzzzz. oh, kawad tangga kali nih cumer lelaki2 yang gagah perkasa jers buat demo sebab sangat bahaya untuk pompuan2 ayu cam kami. kali nih aku terajin plak amek gambo. enjoiiceeeezzzz ....

pegawai bomba tengah tunjuk demo





pegawai bomba tengah bagi taklimat

sukarelawan yang rela pada haritu nak buat kawan nih



eypool sempat pose. kalo ade ramai anggota bomba yang macam eypool sempat kiok orang yg nak diselamatkan tue.

kalau ikutkan kawad yang betul, kene bawak tangga dari atas kete bomba tue tapi disebabkan faktor2 keselamatan kami buat yang dari bawah ni jers. tangga tue berat dia 100kg okeh.

daaaaaa....

Sunday, July 11, 2010

Emo MoDe !!!

yer, sekarang saya sangat sedih. sedih dengan diri saya. saya sekang sering tertanya tanya dan tanya dan tanya di mesia nih rasernye ade berjota orang yang gemoks2. adakah mereka ini mengalami naseb yang sama macam saya? adakah adakah adakah? saya sekang selalu kene ejek/sindir dengan orang keliling saya, baik yang selalu jumpa mahupun baru jumpa. adakah orang gemoks lain juga begitu? saya sangat2 tertekan zahir dan batin!!!. ayat2 seperti :

gemuknye sekarang?
sihat awak eh, xder main sukan ker?
budak tue gemuks macam nana ker? (henaan, cacian, makian yang paling aku xleh terima, sebabnya kalo orang tue gemoks kenapa aku yang jadik ukuran?)
tu lar beza orang makan sikit ngan makan banyak macam nana.
nih nak amek gambo dugong.
aku tengok ko nih dah macam mak orang dah.

sakit x ati korang kalo selalu kene ayat2 henaan dan cacian macam ni? setau seingat aku, aku x ejek pon orang2 gemoks. cume salu doa dalam ati jers jangan jadik cam derang .. :) .. tapi akhirnya jadik jugak. keh keh keh.

dan yang paling sedih hanya baju yang sama aku akan pakai sebab hanya baju tue jerlar yang aku muat. sangat susah nak carik baju n seluar especially suar jeans. jenas zaman skang kalo buleh nak lowered sampai tengah bon*** agaknyer. kalo macam tue for sure memang aku xder size!. sangat sadis. lepas tue kalo ade nak kasik baju2 mesti orang dah tau aku XL (tapi memang salu aku request XL untuk keselamatan :) . hehehe).

aku memang bukan ditakdirkan kurus kering macam kawan2 aku tapi kire boleh acceptable lar kelebaran tubuh badan aku zamn dolu2 berbanding skang nih. skang aku amat tertekan. body selim melim yang paling aku suke masa zaman kijer ngan brother international. mase nih bleh lar dikatakan kurus sebab aku diet, x makan lunch. hanya makan biskut ngan milo jer hari2. gambo ade cume aku malas nak scan. mase tue ade org nak ngorat siap surh aku naikkan sket berat badan. hilang akal ker? tapi skang? ok lar xnak amek beza sangat jauh. cumer beza aku mase memula masuk co skang nih samapai skang bezanya adalah sebanyak 20 kilo!! bayangkan.... meh layan gambo dulu ngan skang (ini hanya gambo2 yang dapat aku korek sahaja, malas nak scan gambo lagik kurus. hhuhu).

Be4 sekarang (-20 Kilo)

mase nih opis lama. mek lijah siap gelar aku 'Hot Babes' lagik. aku selalu tersenarai dalam individu yang 'Tn. Haji' banned atau nyampah nak tengok sebab aku suke pakai hok ketat2 tayang lurah geram bak kate mek lijah. lepas tu kalo outstation beg aku mesti kecik jer dengan kata lain lebey kecik darik beg big boss haku.
x-boss : eh nana, awak bawak beg kecik tu jer ker? mana beg baju awak?
aku : nih lar beg baju saya. pegi 3 hari jer kan?
partner x-boss : beg dia kecik jer *** **** sebab baju dia sumer kecik2, xyah nak pakai beg besor2 mcm beg ko.
yer, mas tue semua baju aku nipis2. jangan harap aku nak packing t-shirt tebal2 macam skang. huuhu.

baju nih skang aku x muat dah. kalo muat pon aku dah malu dah nak pakai sebab nampak segala tayar2 yang berdouble triple tuh! huh!!

nih masa 1st year raya kat company skang.

mas nih pon kire ade shape lagik arr body aku. ita cakap 'dulu masa pegi 1st candat nana kurus lagikan'. yer, itu dulu, so, terbukti memang dulu aku kurus bebanding arinih. banyak gak baju dulu2 termasuk baju kurung pon aku dah x muat. huuhu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sekarang (+20 Kilo)

seluar jeans dulu dah memang x muat, bukan setakat nak kancing butang susah macam citer2 dalam iklan2 kat tb, tapi peha pon x lepas.

terpakse bergambo cover babat ku itteww



dan konklusi yang aku dapat biler size haku macam nie :

  • orang selalu kutuk/ejek/hena/kritik.
  • confident level dah kurengsssss.
  • selalu rase sedih dengan keadaan diri sendiri.
  • muker bertambah kembang hidung pon follo tambah kembang (nih memang dah terbukti yer, x percaya, tgk gambo aku be4 n after + gambo juma mase kurus n kembang *ceh!! contoh nak pakai orang cunss sajers!)
  • kalo bergambo mesti nak carik angle yang x namapk triple chin haku neh.
  • kene lupekan hasrat shopping sebab memang confirm xder size kalo sales 50% ke atas tue. memang selalu derang jual baju murah untuk orang kurus sajer.
  • sentiasa menjadi mangsa diskriminasi.
  • sedih biler tengok gambo lame.
  • sedih.
  • sedih.
  • sedih.

kalo dulu aku katekan xperlar, asalkan aku bahagia, biar orang yang kutuk aku tue sakit ati sendiri, tapi kali nih tidak!!!! aku bebetul nak berubah kembali langsing seperti dulu. chewaah!!

nak kongsi ngan korang satu blog yang sangat best, blog yang buat aku bersemangat untuk diet dengan bersungguh2 tanpa mengelat (sebab aku selalu mengelat biler time diet! hahaha). paling best aku baru tau, cili sos lagik tinggi carbo than mayonis? ini sudah bagus, pasnih aku kene pandai bace info kat label makanan, selalu aku bace kalori jers, tapi aku balun gak. hahahaha.

aku try lar buat atkin diet nih. dulu lagi dah tau tapi malas nak follo. biaser arr aku. so, aku nak follo atkin + diet by blood aku. macam x synch tapi aku try tgk, lagipun dah nak puasa, kang baju raye plak x muat. :)

tapi bulan pose adalah bulan paling selalu buat diet aku kaput. kalo x gi buffet opis, balik tetiap ari gi bazar pon macam2 beli. yerlar, kalo every day memang papa akan belanjakan sampai 20 hengget untuk kami beli makan, x ker biler x abes aku jugak kene abeskan?. aku harap plan tahun nih samada aku nak masak jers atau beli hanya 1 makanan sahaja time berbuka. eh eh, aku dah sibuk cerita pasal puasa n raya?

cik nana sila berdoa untuk diri sendiri supaya diet aku nih berjalan lancar dan berjaya.





Friday, July 9, 2010

Candat Sotong & Snorkeling @ Pulau Redang

akhirnya, selepas fikir punyer lama (fikir ke kene pakse?), aku teruskan juga aktiviti tahunan aku pi mencandat kat terengganu. nak buat trip 1 family xder info yang membantu, so teruskan juga dengan opisnyer aktiviti nih. cumer untungnya dapat cuti tanpa rekod kalo joint opisnya kelab.
aku memang laju jer apply kalo dapat cuti free. hehehe. macam biase, cik ani memang laju jer kalo pasal candat. dia cakap 'kalo ko pegi, aku pegi'. lepas tue ita dok ajak aku, aku pon pi lar walopon hati memang sebenornya x nak pi. entah kenapa aku pon xtau.
so, kire ok kot this year aku berjalan banyak gak lar walopon ... hehehe ...

duit terkumpul aku ngan cik ani .. 350 staff 400 orang lain .. huuhuu habis duit ku ...

cuber tengok perbezaan size baju aku ngan cik ani .. size yang memula menjadik kontrobersi yang diciptakan aku .. cik wan tanyer size cik ani, aku pi cakap size XS .. aku ingat brand MNG @ ELLE etc ker? terus derang macam jakun tanyer tue size ape? last2 aku yg kene cakap pakai baju kecik sotong naik terus atas kapal .. cet!!!
kronologi email kami :

cik wan : Baju cap apa saiz XS…adeke?
aku : Ek elleh .. x penah tgk ker baju size xs? Duduk kat gua ke? Muwahahaha … Tu tarap model2 jers … Kalo xder size xs, s pon ok jers….
Ita : Tapi saiz XS tuh org len punyer kan..kira nana bukan model la ek..hehe..
aku : Tu dah pasti .. cumer nak kasitau kat org yg x pernah tahu ade saiz tue jer .. hahaha
cik wan : Hahaha..kalau untuk nana pun apa salahnya. Rasanya ramai tak jadi candat sotong!
aidel : bukan ke baju size xs tu biasa nye baju dalam jek… tak pun kalau lelaki baju singlet…
cik wan : Tu lah…bayangkan nana yang pakai..haru biru lautan tu..silap2 sotong tak payah candat…sotong naik sendiri atas kapal.
aidel : uuuiiiiiiii lumayan tuh…..
Is : Bgs r camtu. X yah susah2 nak candat heh
Ita : Kita pakat tadah ja..heh




kali nih pi x naik kete ku sebabnya aku sudah broke tahun ini + ita offer naik kete dia, so selamat arr duit aku nak servis kete ... hehehe .. kete ita tapi pak supirnya adalah cik abe aidel yang sangat sengal. a day be4 nak bertolak nih kami punyerlar beremail sakan cakap nak pi pukul brapa, n pak supir plak yang memang excited cakap nak bertolak 3.30 pagi, si ita plak berangan nak pau en. mus, so nak follo pukul 4.30 pagi, sanggup xnak konvoi geng orang muda ngan cheetah semata2 nak pau en. mus. yang lelain plak pagi baru bertolak sebab nak tengok bola. lagipun derang suh pi dulu sebab x terkejar kalo follo derang. pak supir cakap derang minimum 160. uiish LPT 160 minimum? terkedu aku.
nak jadik cerita lawaknyer pagi nak pegi tue. aku punyer lar sharp tunggu kat opis pada waktu yang dijanjikan walopon be4 tue bersiap macam xnak pi sampai papa yang nak menghantar aku tanyer 'mama nak pegi ke x ni?'. sampai2 cume aku ngan en. mus jer yang dah sampai opis. lepas tue bile ramai dah datang, ita x sampai2 lagi. bile call, dia baru bangun, janji 4.00 sampai 4.30 pagi kat opis nih. dia kate lupe nak kasitau aku soh kejut dia. cet! nampaknyer aku lar yg beria punctual walopon sepatutnya aku bleh tunggu kat tol gombak jer, tapi biaser arr aku malas nak susahkan orang. hihihi.
lepas tue semua orang dah ade, aidel jer x sampai lagi. ita cakap aidel cakap nak tido opis supaya senang pagi terus pi. bila call, buleh dia tanyer 'arini ker? bukan esok ker candat?' buleh? memula ingatkan dia melawak, tengok2 jugak tingkat atas tue kot2 dia main2. rerupernyer betul dia silap hari!!!. ade rase nak kasik pelempang x kat mamat yang beriya2 jawab email semalam nak pi awal? lepas tu cakap umah dia ke opis 15 minit, propa sungguh. dekat 1/2 jam arr tunggu dia. kesian dia, kene pack barang2, capai jer ape yang ade sampai berus gigi gune ubat gigi anak dia!! buleh? and macam biaser, aku akan implement arr rules aku ngan kawan2 aku, saper lambat kene pau sepanjang perjalanan. perjalanan hokeh, bukan breakfast sajork!!. hahaha.

on da way dah sampai terengganu banyak kali plak kene ketepi bile orang2 penting nih nak lalu. yang pasti kete polis kawak orang jahat. untungkan, jadik orang jahat, atleast orang ketepi bile pak polisi bawak derang.


singgah mydin KT sebab pak supir nak beli seluar + barang2 yang x sempat dia grab. seb baik set joran dia dah siapkan awal2, kalo x haru. dan yang pasti GPS pak supir amat membantu sepanjang perjalanan kitorang.

tu diaaaaa ... lunch pak supir belanja ...

siapakah gadis ayu innieww?
lepas solat jamak kat masjid terapung. aku soh singgah surau mr. pen xnak, nak jugak kat mesejid nih. so, aku kene lar pinjam tudung ita. biler tengok gambo cam okeh jer haku bertudung. hehehe.


kat jeti chendering


kedai kopi hai peng kat kemaman yang x singgah sebab dah tersinggah kat warong makan yang x sedap sebelum nie. nih semua gara2 ita yang beria nak pau en. mus. huuhu. aku suker roti bakar kat sini. aidel sibuk set kat GPS nak pi sini, aku cakap x payah, kalo setakat area terengganu tue, aku dah tau dah jalan. hehehe.

1st trip bot ke kapal

Kapal Latihan Cermin



posing sementara tunggu trip ke 2


tengah dengar taklimat kat mess kapal

makan petang time

makan petang 1st day adalah kopok lekor yer


mamat poyo nih memula cakap xyah pakai sunblock, dia ade kulit original, last2 mintak gak sunblock cik ani.

candat LED yang cik aidel sponsor

abg kapal yang tolong betulkan candat

candat lepas siap

persiapan cheetah ngan adiknyer dan pak supir

LED candat

lepas jer kapal berlabuh kat tengah laut, terus kami dengan gelojohnyer campak candat, x sabar2 nak dapat sotong..

en. rahman orang pertama dapat sotong. kire terel arr sebab selalu dia susah dapat sotong. en. rahman, orang yang bertanggungjawab menyelamatkan en. mus dari menjadi mangsa kerakusan ita. bile ita tanye kat mana, lokasi dia bagi, bile sampai derang blah. hahaha.

yeh, aku pon numpang jers biler aidel dapat sotong

sotong pertama aku. kecikkan. memang trip kali nih sotong x banyak. 2nd day baru aku dapat banyak. tu pon x sempat amek gambar sebab mase tue camera dah xder battery lepas dah abes mase snorkling... charger battery aku tue memang sengal, xleh goyang sket, nanti dia x charged, tu yg lepas snorkeling xleh gune camera aku dah + akupon malas nak amek gambo sebab dah banyak kali pegi sampai xde mende dah nak amek gambo ...
masa 1st day tue, sangat susah dapat sotong sampai aku rase nak balik umah malam tue jugak. macam nak menangis pon ade.
erm, haritu aku pakai baju argentina, semua ingat aku sokong argentina. lepas tue malam tue palk dah lar x dapat sotong, pastu argentina kene belasah 4-0 ngan german, terus derang kecoh bagitau aku argentina kalah. aku? sengih jer lar sebab aku xtau ape pon pasal bola sebenonyer. hahahaha.

ayang dapat ikan yu ..

2nd day preparation nak snorkeling

get ready ke pulau redang

posing lagik





abg li yang poyo

aku suker gambar nih, cume sayang orang yg amek nih parkinson

abe2 yang baru nak berlosyen

excited nak snorkeling sampai aku luper nak tanggal topi

aksi dalam air

kanak2 tua ribena riang ria + bapak2 orang







gambar dalam laut paling aku suke

pemandangan dari toilet pompuan

posing lagie

cantikkan langit masa nie?

ohh masa nie muke dah gelap dah


turun sauh




lauk bbq malam ke 2


lobster. aku sempat makan misai jers. tu pon seb baik ade abg tu ajar care makan macam makan ketam.


kali nih 2nd day aku ngan cik ani bleh muntah. padehal selalu pegi ok jer. rerupernyer hari tu kitorang makan asam. peringatan. kalo naik kapal jangan makan asam.


breakfast nasi dagang. ingatkan pagi nih dapat pi snorkeling kat pulau kapas lak macam biase, rupernyer x dapat. ketua rombongan kali nih x macam cik wan, pandai arrange supaya dapat 2 pulau snorkeling.



pagi tue derang sempat jugak tangkap ikan. sebenarnya 2nd day mase kitorang snorkeling para pemancing tegar pi memancing naik bot nelayan. bile tengok gambar derang hasilnya amat lumayan, so x dapat sotong pon derang puas ati ngan hasil ikan yang besar2 bagak tue.

@ engine room

kabin setelah abes kemas barang

posing sket

sesi makan terakhir. lunch terakhir di kapal. nasi ayam.

sesi dengar 'ceramah'

... dan gambo beramai2 ....



yang best kali nih trip aku dapat dah kalau nak 'pekeh' gi candat sendiri. ade anak kapal nih buat bisnes tue. so, next year maybe aku amek 'pekeh' nih sendiri jer lagik murah n maybe rezeki lagik lumayan sebab dia bawak memancing dekat pelantar minyak.



package memancing
RM6000
15 pax
4H 3M

package candat
RM1000
15 pax
1 malam. naik bot pukul 4 petang, naik darat pagi

murahkan? pada sesiapa yang nak pi nanti bleh arr kontek aku nak dapatkan 'pekeh' nie. xleh letak no phone kat sini kang x pasal2 nanti dia kene tukar no plak.

balik dari sini kitorang pi pasar payang + pasar kecik utk beli ikan + sotong sebab aidel x dapat candat banyak sotong. tapi semua aktivit yang mencuti hati x dapat nak amek gambo sebab batteri dah out time tuh. huh!!

eh betul ker aku nak pi lagi? hari bukan kemain takut masa nampak daratan hujan. aku skang semakin penakut. bebudak tue suke kalo hujan sebab sotong banyak tapi aku sentiasa mengharapkan cuaca elok. alhamdulillah cuaca elok cume 2nd day masa aku tido gelombang agak kuat, rerupenyer kat sebelah sana derang cakap ribut, seb baik bukan kat tempat kitorang. aku memang macam2 dah bace. aku xtau kenapa aku skang makin takut. macam nak idop sejota tahun lagik. huuhu.