Thursday, July 22, 2010

Old Town White Coffee

hehehe. korang pernah pi makan kat sini x? aku pernah pi tapi lepas diragui kehalalan kopitiam2 kat mesia nih aku terus macam x baper gemar nak pi lar.
tetiba teringat tentang kes colleague nak belanja makan, ade sorang tue ajak makan kat Yik Mun, sebab dia kate memang halal, lagipun pau dia sangat glamer kat Tanjung Malim. so, aku setuju jers bile nampak tanda halal tue. cumer pastu boss kitorang yang ragu2. kitorang siap pakat mase tue kalo dia xder selera nak makan, dia tengok dinding jer lar. hahaha. lepas tue, boss macam discuss arr nak pi situ lepas buleh dia cakap 'nana mesti ok jers' macam siutkan? kan? kan? yerlar, kalo dah ade tanda halal, lepas confident @ xder syak wasangka musti arr aku onn jer kan? hehehe 
berbalik pada cerita tadi, lepas dapat email tentang sorang budak makan kat situ jumpe kaki katak, terus confirm xnak dah makan situ walopon aku cume suke makan roti dia jers. untungnya budak tue siap bleh saman lagik. uish kalo aku mau berjota2 aku mintak. padan muka. n kalo x silap aku company cha ya nun alip nih aku pernah bace derang xnak kasik franchaise dorang nih kat melayu, nak kaum dia sajers. sila betulkan aku kalau aku salah company, sebab aku memang suke kalo bace @ dengar sesuatu tue aku amek ringan jer. kikiki. xtau dari paper mane derang dapat cerita nie, aku cume copy paste darik email jers, so x dapat nak kasik credit. sila mahapkan aku. huhu.

" KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.



Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.


Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.


Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.


Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.


Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.


Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar."

2 comments:

hied said...

erk...Dry Egg Noodles??? Orang pernah makan. Luckily takde kaki katak. kalau ade pon mane nak perasan, tak pernah plak orang belek2 makanan bersungguh-bersungguh dan boleh terbayangkan daging tu kaki katak kan.. tinggi sungguh imaginasi. hehehehehehe

Otak Yang Tak Tersusun said...

hehehe .. mase ko makan tue adakah dengan kekasih hati ko KIM? kalo yer, confirm bukan setakat kaki katak, kalo katak pon ko x perasan. huuhu.