Monday, May 24, 2010

Balik Kampung

yeeehhhhaa !! harini saya akan balik kampung sehingga 2 jun.
bawak balik cici dan jojo sekali untuk mencari ketenangan. fewwwiiiitt.



Saturday, May 22, 2010

S-E-M-P-U-R-N-A

harini saya kerja lagi. dah 2 minggu berturut2 saya bekerja weekend. ini bermakna sudah 2 minggu saya bekerja tanpa ada rehat. ini sudah seperti operator pengeluaran yang kerja straight untuk dapat OT tapi saya hanya dapat angin. hihihi. tapi xper, lepas nih saya pasti dapat cuti lama untuk mengganti hari2 kerja ini. pasti emak dan ayah yang merindukan saya dapat melepaskan rindu pada saya (ceh!! perasan). teringat perbualan dengan sorang colleague, dia nih bleh tahan kelakar jugak orangnyer.

saya : ko balik kg lama biler?
yo : bla bla bla
saya : weh, ko balik kg lama masa belum dapat gaji tue. kayer ko. aku kalo nak balik musti lepas gaji.
yo : ala. balik kg bukannyer shopping pon. duduk jerlar kat umah, xyah jalan2. dah nak tengok sangat. ha, tengok jerlar.

.
.
.
.
.
.

ayat x boleh blah!!! 1st time aku jumpe anak macam nie. macam bleh gune jers modal nih! hahaha.

sajer nak sambung citer aritu. cerita tentang mistik paranormal hak tuihh tue.


apa pendapat anda tentang sempurna?
?????????????????????????????????

apa definisi bagi seorang manusia untuk kita anggap mereka itu sempurna?
????????????????????????????????????????????????????????????????

adakah jika mereka cantik dan terkenal seperti audrey hepburn maka mereka dianggap sempurna?













adakah jika mereka berasal dari keluarga yang kaya raya, body kurus kering hidup mewah tanpa pernah merasai hidup susah seperti paris hilton, mereka dianggap sempurna?













adakah cihuahua yang hidup mewah x seperti anjeng2 lain didonia nan fana ini dianggap sempurna? oppss. ini adalah hanjeng yer, bukan manusia.


adakah jika mereka yang x berapa cantik tapi hidup kaye raye dapat laki yang sangat hensem iaitu david beckham juga dianggap sempurna?

adakah orang yang dapat tinggal di mansion, villa, banglo  yang sunyi sepi hanya didiami orang gaji dianggap sempurna?

adakah kalo ade saudara mara kita yang merantau, berkerjaya dan memiliki kereta mewah seperti BMW, MERC mahupun HONDA kita anggap mereka itu sempurna?

benarkah jika kita mempunyai PhD, Master, Degree, Diploma, gelaran Dr., Tan Sri etc kita dianggap sempurna?


benarkah ada manusia yang sempurna dalam dunia ni?

sedangkan kita semua tahu, tiada manusia yang sempurna kecuali PENCIPTA.

so, apa masalah tentang sempurna nie?

cerita yang aku nak cerita nih memang kelakar sampai buat aku gelak guling2. kalo turut hati maybe aku bleh gelak guling2 sampai batu pahat kots. hahaha. xnak cerita panjang, just ulang balik perbualan aku ngan bibah.

bibah : budak tu datang ubatkan ayah tadi. betul lar dia cakap. orang tue dah hantar benda yang lagi kuat kat ayah. tadi ayah dengar kat dapur ade bunyi bising, bile dia tanya budak tue, dia cakap biaserlar dia nak kacau tue. tapi aku ngan mak x dengar ape2.
aku : dia ubatkan tu macam mana? aku x suke kalo bende2 tahyul nie.
bibah : ko nie bodoh lar. ko ingat ayah x refer kat wak misman ker. ko ingat ayah suker ker bende2 camnie. wak misman cakap betul ape budak tue buat. dia cume urut2 tangan ayah jers.
aku : so, yang baru ni pon dia dah keluarkan ker?
bibah : dah lar tapi kene ulang2 jugak. ko nak balik bile budak tu nak jumpe ko.
aku : apehal plak nak jumpe aku? aku xde kene mengena eh.
bibah : dia cakap ayah memang dia hantar yang baru lagi kuat. pastu dia tanye kiter ade tegur2 orang tue ker? sebab dia x puas ati kiter ade tegur dia. kan dulu aku ngan ayah ade tegur dia. tu yang dia marah. budak nie nak pergi tengok rumah dia, sebab dia buat kita melalui orang, bukan dia sendiri, so budak ni nak tengok samada dia ade bela ape2 @ puja ape2 kat umah dia. budak ni bukan bleh tengok semua.
aku : memang lar bongok! diakan manusia, bukannyer tuhan.
bibah : yerlar, nanti eddy nak bawak dia tengok. lepas tu budak tu cakap kat aku. kat kitorang dah ok dah tapi kat ko memang dah lama dia buat. sebab tu dia nak jumpe ko, dia nak tengok. dia tanye aku. ko nih sempurna ker? aku jawab sempurna? sempurna lar kot sebab dia tue sihat jer, sampai gemuk badan dia (*ayat sungguh cam si**. raser2 kalo adek korang cakap macam nie, ade x nak kasik pelempang 28 kali?). lepas tu budak tu cakap, bukan macam tue, maksudnyer dia kerja bagus ker apa? sebab orang yang buat tue, dia x puas ati sebab kakak awak dia kate sempurna, belajar bagus, kerja senang (*wah maser nih haku raser macam diawang awangan. dalam aku raser aku nih very da loser, x cukup itu ini, ade orang cakap aku sempurna!!! lalalala. dalam ati aku, aku cakap orang ini memang sudah mereng). lepas tu aku cakap lar yer lar kot, sebab dia ade de****, belikan ru***, ga** banyak lar jugak (*yes!!! indirectly bibah puji haku. muwahahah). lepas tu budak tu cakap memang orang tue dengki sebab dia kata kakak dia sempurna, lepas tu adik dia kerja kat the* s**** jer tapi bleh pakai kereta, bukan kereta kecik tapi kereta besar lar jugak banding ngan kerja dia. tu yang dia buat tue, cume kakak awak rajin baca yaasin, so dia kene x teruk lar. (*disini aku sudah setart seram. wwwooooo. dah lama dia buat aku? patut arr aku x kawen2. ade jers halangan bile dah plan. ceh! dan dan ko kan nana. huuhuu)
aku : weh, dia cakap aku baca yaasin tue, ko bagitau dia ker? mana dia tau?
bibah : tu dia yang cakap lar. xde masa aku nak cakap pasal ko. ko ingat ko glamer sangat ker?
aku : weh kalo dia tahu aku baca ade yaasin, dia tahu lar ape yang aku buat? (*masa nih napas dah terhenti kat perut macam aku kene pijak2 dengan anak gajah. of course anak gajah sebab aku still bernyawa)
bibah : memang lar dia tau. naper? ko dah main ker yang ko takut sangat nie?
aku : bukan pasal tue lar. (*aku terus tersenyap sesenyap senyapnya. .........................................................)

ape yang aku nak bagitahu, aku x secantik dan seglamer audrey hepburn, x semewah dan x sekurus paris hilton, x selucky chihuahua paris, x seuntung victoria, x memiliki mansion dan BMW mahupun memiliki Master (nak abeskan Degree pon semput2 x cukop napas) pon orang nak jeles. kalau dia tahu perjalanan kehidupan haku sebenar musti dia nanges air mate darah nyesal buat bende x elok kat haku. huuhu.

cume apa yang buat hidup aku sempurna (bukan aku sempurna) adalah :

my family


my papa


my cici n jojo


my sedara maresss


my bestfriends



(harini lupe bawak thumbdrive. so cume dapat korek gambar2 ini sahaja)


tetiba teringat quotes email sikin :

Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.



Envy is a wate of time. You already have all you need.

Friday, May 21, 2010

Mari Kita Sisih

semalam dapat task dari admin suruh sisih barang. apa maksud sisih? buang segala benda yang x berkaitan dengan kerja yang ada atas meja. what??? aku merupakan orang yang paling malas nak mengemas. drawer aku kalo dah muat nak sumbat barang2 pon aku usahakan selit2 jer. tu yang spec haku sampai patah pasal aku sumbat2 gak. so, mana2 jejanz kalo tau pangai haku confirm x jadik nak minang. kehkehkeh.

semalam pi training kat bomba, so masuk kijer dah petang, aku malas nak buat, aku buat lar arinih ...

kami dibekalkan sorang satu plastik sampah. membazir duit jers nak sisih2 nih. kene beli plastik sampah plak. mahal plak tue, boleh buat baju hujan plastic tue. sebab benda2 membazir cam nie lar bonus kami dapat sket jers. hermpph.

keadaan meja sebelum kemas :



sangat serabut. selalu lepas meeting ker ape ker, nota2 tue aku selit2 jers kat celah2 fail tue.



gambar pon dah tunggang langgang ngan souvenir bersepah2.





bawah meja yang penuh dengan kasut dan 'surat khabar lama' (sila baca macam ahpek2 bawak lori nak surat khabar lama).
semalam inchik boss cakap 'biler nak sisih?' dengan confident aku jawab 'saya xde bende nak sisih'. terus dia cakap 'tue paper kat bawah tue. awak nak jual ker?'. aku terus jawab 'aa'aah'.

keadaan drawer no 2 a.k.a pantry


keadaan drawer no 1. kalo nak carik barang dekat 5 menit kecuali sikat. hihihi.


keadaan meja setelah berhempas pulas berpeluh2 (sebab weekend aircond xder) mengemas :


yang pasti gambar dah xder. ade ke masa bace email kak ida bleh cakap kat aku 'ha nana. semua barang kene buang. gambar hang tue buang'. cet!!!! ade ker soh gambar aku buang? gilo apo? dia sedar x ade muke aku kat gambar tue? at least cakap lar simpan. heishhh.

MC saje tayang atas meja.







erm. souvenir nih aku x kire, aku nak letak jugak. sebab akukan menghargai pemberian orang. hahaha. biler tengok souvenir yang banyak nie baru aku pasan, ramai sungguh staff sini training kat obersea. aku? tukang kutip souvenir darik derang!!!!


konklusinya

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
.
.
.
.
.
.

sisih ker x sisih ker hasilnya tetap sama !!!

NCIS

harini aku kerja. yer, aku memang sangat rajen sampai kijer ari sabtu n ahad 2 minggu berturut2. sangat workaholic hokeh!. muwahahaha. pagi ini aku amat bersemangat bangun pagi2 untuk pergi kerja dikala orang2 lain masih golek2 atas katil yang empuk. okeh. nih memang ayat tipu.

part aku check job dah abes, skang tgh tunggu vendor siapkan part derang sebelum aku kene buat part aku plak lepas nie.

so, banyak sangat masa terluang, aku pon ank cerita pasal Favourite drama aku. yer, aku memang kaki tb okeh. buleh duduk x gerak2 kecuali kalo nak kencing ke bilik air kalo dah ngadap tb. aku x dapat bayangkan kalo aku ade jodoh dah kawen n ade anak nanti caner aku nak manage kehidupan aku. kalo astro settle dapat bayar aku bleh sambung2 tengok cerita2 kat hbo sampai aku tertido2.

tapi cume 1 jers cerita yang memang aku akan pastikan every week aku tengok. kadang takut missed, aku sanggup bukak channel 8tv tue awal walopon tengah tayang citer cina @ korea yang kadang best kadang x best tue. cerita yang memang menambat ati aku ini adalah NCIS. woooo. sangat layan cerita nie. kalo CSI (selalunya yang paling best bagi aku Miami lar sebab boss dia Horatio Caine tue sangat berkarisma okeh walopon kureng kacak. huuhuu + suker tengok Calleigh Duquesne yang comel n lemah lembut sajers), Numbers, Criminal Minds, House, Desperate Housewife, Ugly Betty semua tue, aku still boleh jers abaikan, tapi tidak kepada NCIS. sampaikan papa pun bleh terpengaruh suke tengok citer nih lepas terpaksa tengok sebab aku beria2 nak tengok citer nie. sebab2 aku minat akan cerita 1 per 1. meh baca akunyer reviews.

sebab # 1 aku gilerkan citer nie - pelakonnyer

Leroy Jethro Gibbs



woooooooo ... special agent Gibbs .. 1st time tertengok citer nih mase x ingat tahun biler ntah, masa tengok Gibs nih aku terus merembes noksss!!!
sangat hensem memenuhi citarasa aku (matured ... ).
dia bleh blend dengan character dia yang penuh misteri. pandangan mata dia, care dia ketuk kepala Dinozzo, sejarah percintaan dan perkahwinan dia.
yer aku sangat tertarik.
adakah lelaki sehensem nie nak kat aku? kalo ade aku nakkkk jers. hehehe.



Abby Sciuto


Abby. lepas Gibbs, watak Abby nih aku memang minat gilers. dia sangat comel dengan wataknyer yang sangat weird. yer, aku memang suker orang2 yang weird. sebab x semua orang mempunyai watak macam tue. sangat cool ini minah. sampai aku berangan kalo aku segenius dia. best. sangat best.
forensic scientist yang giler2, pakai baju pelik2, sampai kalo ade outsiders datang lab derang mesti terperanjat tengok keadaan dia. dan yang paling comel, dia kasi nama pada gigi dia. very the details!!!




Ziva David


Ziva. agent berasal dari Israel yang sangat hebat berlawan. dia menunjukkan betapa didikan warga Israel tentang perang nih sangat sharp yang kadang memang xder perasaan langsung.
Ziva nih pengganti agent asal yang mati kene tembak, masa dia kene tembak, serius aku pon sedey, perghh memang cerita nih berjaya buat aku rase macam real jers. lepas tue mula2 dia ganti, aku rase dia x best sebab macam over asek sakat Tony. tapi lama2 watak dia aku dah bleh terima (cecece .. ko sape nak cakap bleh terima @ tak?)



Timothy McGee


McGee macam budak2 nerd yang selalu kena buli walopon dia sangat genius okeh. dia x perlukan kehebatan cara Tony, tapi dia selesaikan dengan cara dia sendiri. yerlar, sebab dia bahagian komputer. selalu kene peleceh ngan Tony.








Anthony DiNozzo


tony neh sangat sarcastic orangnyer. sangat menyakitkan ati terutamanya pada McGee. ntah ape masalah dia musti nak buli si McGee. kalo aku jadi McGee dah lamer aku kasik pelempang 13 kali.








Dr. Donald Mallard


Ducky, seorang pakar bedah mayat yang suker bercakap ngan mayat2 tue. skang dah ade anak buah yang dah terikut2 perangai dia. kawan baik Jethro (Gibbs) dari mude lagi.








NCIS Director Leon Vance


Dr. Leon yang memang x sebulu ngan Gibbs. masing2 simpan sejarah yang berbeza. dulu director NCIS, perempuan, ex-gf Gibbs masa muda2. tapi mati mase siasat 1 kes. tapi apa yang pasti siapa pon Director NCIS, pasti x sebulu ngan Gibbs.







sebab # 2 aku gilerkan citer nie - lawak

lawak yang sempoi. lawak yang x perlu ko buat lawak untuk orang ketawa. just lawak macam kehidupan harian kita pi kerja. sambil2 buat kijer sambil melawak. amat berbeza siri nih dengan CSI yang serius. kalo tengok cerita nih release tension haku.
lawak apabila McGee sebut terms komputer, Gibbs akan buat muke bodoh tanda x faham @ dia cakap macam terms tue untuk terms biasa, bukan komputer. masa tue muke McGee akan berkerut2 sebab nak ketawa x boleh, tapi pelik.
lawak apabila Tony peleceh McGee, lepas tu, dia makan balik apa yang dia cakap pasal McGee.
lawak apabila Tony yang suke ngumpat Gibbs tapi nanti mesti Gibbs belakang dia pastu ketuk kepala dia.
lawak apabila Abby mula bercerita benda yang selalu terpesong dari kerja. dia pencinta segala kehidupan. even ulat nak mengawan pon dia bleh, record lepas tu bagi nama kat nama ulat tue.
lawak apabila Ducky bercakap, anak buah dia akan sambung ayat dia, lepas tue muke dia tahan geram sebab ade orang lebey tahu dari dia.
aku suke lawak macam nie. lawak yang orang kurang perasan dan akan kate aku gile tengok cerita fiksyen tapi gelak2.



sebab # 3 aku gilerkan citer nie - skrip dan jalan cerita

best. kudos to panel skrip cerita nie. jalan cerita x meleret, jalan cerita yang berbeza, dan sikit2 akan bukak cerita setiap anggota tue sendiri.


sebab # 4 aku gilerkan citer nie - sebab aku suke berangan

boleh dikatakan semua watak dalam nie, aku berangan nak jadi derang. muwahahaha

okeh nana cukup setakat nie. hehehehe.


Wednesday, May 19, 2010

Mock Test @ Melaka

last weekend aku terbabit dalam DRC Mock Test kat Melaka. dapat bilik kene tido sane. herm. yang pergi sume bukan geng haku. memang buhsan. last week plak no hp aku sudah kene kick sama itu celcom. ek elleh belagak, siap terminate no aku tue. xpe2 hang yg rugi xder customer cam haku. keh keh keh. masa tu plak aku ala2 tengah kering kan, so aku x bape excited arr nak stay sebab selalu kalo outstation confirm lar haku bayo dulu baru claim kan. aku pon x menanye orang pasal bilik tue. boss cakap tunggu dia call baru pi sebab nak buat macam betul2 bile kejadian tu berlaku. so, xde time yang ditetapkan tapi sabtu tu pagi aku dah standby lar. petang jumaat pi beli no baru. maxis ler sebab bleh call papa murah. lepas tu petang tu aku email bos no baru aku tanpa inform dia aku dah tuko no baru. dengan perasan lar kan sangat boss aku tengok email aku petang tue. rerupernyer dia bz sangat sampai x tertengok email aku.

pagi tu, bangun tengok tepon xde missed call pon. ok. aku rilex lagi. papa dah sibuk tanye, keje ke x, sebab dia nak hantar kete dia, sebab aku nak bawak kete dia sebab kete aku x servis lagik. aku tunggu punyer tunggu xde call, sampai lar pkl 11 lebih, aku dapat rase macam derang x dapat no baru aku. aku sms boss bagitahu no baru. terus dia call.

boss : n***. saya dah kat melaka dah. call awak x dapat.
aku : tue lar, saya tunggu dari pagi en. m****** x tepon2. kan saya dah email no baru saya. saya dah agak dah, en. m****** x bace email nie. so, cane nie?
boss : aku pegi jer lar sekarang. tapi dah ade yang dah sampai sini dah. xper awak gerak sekarang.
aku : sekarang?
boss : haa. sekarang lar? awak tengah buat apa?
aku : baru bangun tido. ok lar saya gerak sekang.

so, aku mandi2 kelamkabut kemas apa yang patut. standby 2, 3 helai baju kalau2 kene tido kan. harus lar toiletries hanya berus gigi, ubat gigi ngan alat mekap jer yang aku bawak. seb baik sempat capai roll on perfume.
lepas tu aku pon pi ngan kete papa. papa pulak petang tu pi kuantan. seb baik minyak memang dah full + duit belanja + topup touch n go. tapi siap ade ayat 'kang u dapat claim, u bagik kat i' punyer lar x ikhlas ayat tu kan. tapi cam biase, aku claim, biler dapat aku senyap. muwahahaha.

kalut sampai lupe nak set mileage. ikut toll jalan duta sebab papa cakap x lalu jem kl. tapi rupernyer lagik jauh. 1 jam setengah baru sampai. masa aku sampai derang tengah test prob kat cawangan, so itu kijer bebudak network, akunyer part blom lagi. mas tu plak mase orang makan. pergh langkah kanan. boss soh makan dulu. best. sampai2 terus makan. masa memula nak sampai aku sesat di depan opis sendiri sebab xde signboard langsung. sebab 1st time pi. jalan ke sana senang cume opis xtau mane satu. last2 aku tengok ade banyak kete, tu lar kot. seb baik betul. sampai2 si ro**** dah membebel 'haa lambat. orang dah abes test dah. ko dah bleh balik semula'. cet. 'eish aku special. memang kene datang lambat' muwahahaah.
ding dong ding dong last2 akunyer part kene sambung esok. derang cakap kalo nak balik aritu boleh, cume kene buat part aku lepas pukul 6 lepas settle job2 yang lain. lepas tu, lepas derang sibuk pass bilik sume kat sesama derang, aku dapat tau bilik memang dah bayar, tinggal duduk jer sebab vendor dah settlekan semua. apalagi, akupon gedix arr nak stay tanpa menyedari aku kene stay sensorang!!!!. yer, akukan penakut lagi lar nak dok hotel sensorang. sms cik mimie ngan sikin ajak joint. tapi dah terlambat sebab cik mimie dah sampai seremban. so, ken lar aku beranikan diri. terkebil2 sampai pukul 3 pagi baru tido.

nih gambar bilik hotel aku stay. Malacca Straits Hotel. memang area town melaka. belakang dah dataran pahlawan tue. bleh jalan kaki dari hotel. ratenya mahal gak. bilik aku nih ratenya RM200++. padehal keadaan hotel nih biaser2 jers. kawasan jajahan ali rustam nih memang mahal banget!!!


keadaan bilik boleh tahan cantek gaks.




tu jer barang yang haku bawak


toilettries nyer

hotel ni ok bagi aku cumer breakfast macam hampeh. aku penah duduk hotel yang regenya RM100++ tapi aku still bleh berulang alik amek makanan tapi hotel nie, makanan dia sumpah x sedap + x variety. aku cume amek masa makan 5 minit saje tanpa mengulang. aku ulang ayat. tanpa mengulang + makan pon abes. amat jauh sekali perangai aku kalo makan buffet akan amek masa sebab berulang alik amek makan. maybe dia memang x pentingkan makanan kots sebab selalu orang datang melaka derang dah ade hot spot untuk makan.

Double Trouble 2010 Concert


poster dapat free mase beli baju. mintak rege kurang, dia xnak kasi tapi kasi free poster. hape ingat haku hadap sangat ker nak poster? aku mintak jugak rege kurang. kalo harap papa dia bayo jer x mintak kurang.


cerita yang dah lapuk sebab aku lambat upload gambo dari camera. ini disebabkan aku dah 'kaput' kan lappy papa aritu. huhu. kali nih gambo tunggang tebalik sebab aku malas nak susun gambo2 nie. masa upload dia x follo akunyer 'skema'. so, sendirik tengok sendirik paham.

actually aku bukan lar peminat search & wings, cume aku memang buhsan, so aku merajenkan diri pi konsert nih. tanye cik mimie, dia kata dia nak pi + tetiba papa plak macam berminat nak pi, haku pon tergedik2 nak pi sebab aku tau haku akan pergi free + indoor so aku rase macam okeh kalo indoor. hehehe. terima kaseh cik mimie atas susah payah hang pi beli tics nih. sangat mencabar okeh nak beli tics nih. online kene charged lebih. kalo beli kat klcc kene redeem kat IB plak. oh sangat berterima kasey kat cik mimie. ingatkan nak pi reramai lagi merrier tapi cik dayah tengah musim kawan2 dia mengawan n cik sikin plak x mungkin dia nak pegi kalo membabitkan ramai orang dan suasana panas nie. so, akhirnya hanya kami ber3 sahaja.


suasana selepas abes concert. uikkss. baru nak citer gambo abes concert kuor dulu. huhu. tengok punyerlar ramai manusia. tics abes beb, so dapat bayangkan betapa ramainyer manusia pada kala ini.


cik mimie hampir nak pitam.

pada mula aku dah rase macam berpusing2 dah tapi aku try ignore dan berjaya lawan perasaan nak pengsan. masa tu sibuk tengok jam biler lar nak abes. boleh? bukan sebab concert x best tapi sebab macam dah nak lemas dengan lautan manusia dalam nie. nak kuor awal, sayang sebab best, tapi dekat nak abes dalam 2 lagu kots, tetiba cik mimie cakap dia nak pitam, aku terus cakap kat papa kitorang kuor dulu. masa aku nak pengsan tu aku dah cakap dalam ati dah, "cik mimie ni ok plak, selalu dia 'out' dulu". hahaha. sila jangan marah yer cik mimie sebab aku memang selalu suke jers kalo ade orang lain yang buat aku keluar darik aku yg ajak orang keluar. muwahahaha.

dan sangat susah nak keluar sebab orang ramai + ramai gak orang yang beratur nak keluar + manusia yang memang x berhati perut boleh berdiri diam xnak berganjak x kasi laluan kat kitorang. boleh dia buat macam kitorang nie x wujud depan dia. dia bleh focus mate kat stage jers. sangat cilakak itu orang. dan orang tu plak bukannye mat2 rock yang pakai baju rock (kalo derang nie aku bleh arr ignore sebab memang macam dah sinonim dengan perangai depa kan, tapi derang nie plak ok, senang jers nak lalu) tapi macam mamat2 yang pakai baju tshirt biasa yang control hensem. huh!!! seb baik bile nak tiba kat tangga ade macam orang cakap 'perempuan dulu' so, dapat lar kitorang lepas. masa memula cik mimie macam dah give up nak duduk sebab mamat poyos tue x berganjak, tapi bile aku tengok ade jer ruang aku terus ajak mimie kuor. kalo duduk, confirm x dapat kuor nanti. akhirnya kami dapat menghirup udara segar kat luar tue.
masa lepak kat tangga luar tue lar baru nampak macam2 orang. dan yang paling aku kagum, ade minah2 yang pakai high heels gi konsert. yer, aku x silap taip. high heels yang kalo aku, aku cume mampu pakai masa gi kenduri kawen jers. tupon lepas tu, dalam kete akan terus bukak kasut. kalo yang pakai sexy x hengat tue, aku x heran lar sebab panas kan. hahaha.


tengok, punyerlar ramai manusia dan aku x faham kenapa derang semua suke videokan konsert nie. giler besar derangnyer memory, dari start konsert sampai abes derang record ngan hp derang.


yang kat tepi nih semua orang yang x dapat masuk sebab dah penuh. sampai koyak2 kain2 kat tepi tue. biler guard suluh ngan lampu baru derang keluar balik. sebab nih tempat duduk press.


manusia2 lagi


belah nih ramai personaliti2 tv kot. atas aku lupe amek gambo tempat vvip. cet!!! bestnyer lar kalo dapat dok kat ataih nih.


keadaan sebelum konsert start. mase nih awie n amy dah sampai kots cume x start lagik. ade jers yang sibuk panggil kengkawan ke depan macam mamat nie. sibuk jers panggil kawan dia sampai lambai2 topi.

lelucon

apa yang lucu pasal mamat ni?
dia pakai wig. aku pon x faham nape nak pakai wig time tengok konsert nie. dia budget nak bergambo ngan sawie kot lepas konsert. hahaha.

mamat nih plak x sempat pi beli baju, semata2 nak tengok konsert sampai lupe nak tanggal rege baju singgit neh!!! macam2.

nih bergambo mase derang nak start concert, semua bangun berdiri. tapi lama gak berdiri sebab konsert nih start lambat. penat dengor isma halil hamzah membebel. sepanjang konsert papa rilex jer nyanyi tapi xderlar goyang2 macam abang sebelah haku tue. feel sungguh dia. macam biasa papa nih macam orang xde perasaan. haku tengok bola ngan dia pon, dia rilex, gi konsert pon dia rilex jers. baju nih aku pakai sebab kene sound ngan papa. petang tu masa pi makan, papa cakap 'u xde baju lain ker nak pakai?' 'kenapa?' 'u  nak tunjuk lurah u ker?' 'eh, u xnak tengok ker?' hahahaha. 'i nak tengok lurah orang lain' ......................... macam siut x? so, terpakse tukar.

stage. seb baik kitorang x kedepan sebab kalo kat depan confirm macam sardin sebab orang bertolak2. cume aku rase konsert nih ok sebab xde orang raba2 (perkara biasa kalo tengok konsert). @ orang dah x selera nak raba haku. muwahahaha.

nih masa duduk tunggu konsert ngan dj yang membebel. ok lar untuk memeriahkan suasana.


masa menunggu nih kitorang duduk dulu. ade jers orang yang lalu lalang. yang best siap tanye tumpang lalu lepas tu tunduk macam lalu depan orang2 tua. aku pon cakap kat cik mimie 'sopan2 minah2 mamat2 rock nih'. lepas tue ade budak tu siap cakap 'tumpang lalu, rock sopan' sambil jalan tunduk2. hahahaha


nih time mase aku menunngu papa semayang. setengah jam lama ntah ape dia buat aku pon xtau.


tics konsert


keadaan mase nak parking. berderet kereta simpang siur parking. yang kat dalam nih kene bayo seploh hengget. kitorang parking kat depan ni ler. seb baik kitorang parking luar, xyah bayo, senang kuor. memula aku cuak gak nak letak sini, takut kene hangkut. papa senang lar cakap, 'xde bende lar'. senang lar cakap, sebab kete aku kan? cuba kalo kete dia? ceh!!


masa check tics. dia kasi sekali pengikat yang kat maiden tuh soh pakai. papa nyer selalu terbukak sebab papa gemok. muwahahaha


me & papa

me & cik mimie

again, me & papa. uish ... triple chinku nampak obvious. huuhuu.

konsert abes pkl 12, kami sampai umah + pi makan order ngan adek yang macam terperanjat tengok aku order dalam pukul 3 kots. pastu aku bangun tido pkl 12 tghari kots (eleh macam x biase).

sekian, dari bukit kiara melaporkan.