Friday, May 7, 2010

Adusss !!!

arini meeting bahagian. so, seperti biasa dalam waktu nak tengahari papa call cakap dia nak pi kijer dah. penat aku kejut pagi2 sampai opis tapi tengahari jugak dia bangun. ok. lepas tu call balik dalam seploh menit kemudian.

papa : mama kereta papa kene curi.
aku terdiam terkesima. terus fikir lepas ni susah lar aku. mesti kene share kereta lepas tu nanti mesti dia amek aku balik kijer lambat pastu aku kene tunggu kat opis. wah. dalam beberapa saat aku terdiam begitu jauh aku berpikir. bestkan dapat aweks cam aku? bukan aku susah hati kereta hilang tapi aku susah hati tang consequence yang bakal aku hadapi start dari follow buat report polis.
aku : abes tu cane u? u tengok parking kosong lar?
papa : eh bukan. kereta ada, tapi barang dalam kereta kene curi.
aku : dia pecah cermin ke?
papa : x lar, dia bukak. alarm i x berfungsi kot. abes semua dia curi. radio, speaker ngan siren i semua abes. skang kete selerak giler.
aku : lar teruknya. u nak buat ape skang?
papa : i nak report kat management kejap.

then aku pon terus sambung meeting. then dia call balik.

papa : mama datang amek papa sekarang. (ehwah2. banyak cantek bagik arahan macam inspektor shahab)
aku : i tengah meeting. kejap lagi nak abes lar nie. lepas meeting i datang yer.
papa : ok.

so, lepas meeting aku terus amek dia gi balai polis buat report. lepas tu pegi balai lain plak sebab nak bawak polis tu datang amek gambar. so, arinih terbang lar semayang jumaat dia. dekat 2 lebih gak baru aku balik. tu pon seb baik geng properd dia ade pak polisi senang lar kawan dia tolong.

keadaan kereta sempat aku snap pic tapi agak blur macam aku sebab guna hp + suasana gelap so macam biase aku akan parkinson secara otomatik :


penyangak nih tahap super duper sengal sebabnya licin semua yang ada dia rembat termasuk sticker2 kereta. yang tinggal hanya roadtax sahaja. dashboard semua barang dia amek kosong.


radio abes dia bukak. cuma air freshener dia luper amek kot.


bawah kaki tempat letak siren ntah hape walkie talkie papa semua dia kasik bukak. alas kaki pon dia amek. pastu sampul stereng pon dia bukak amek. papa kata maybe dia nak bukak stereeng tapi x berjaya.


speaker kat dalam bonet nih pon abes dia angkut.


pendek kata semua barang dia amek. dan yang paling gerun sekang. aku tengah tunggu papa carik kunci kereta aku dia amek sekali @ x. kalo hilang jugak confirm aku kene pi perodua lepas ni.


tadi aku x terfikir tapi lepas tengok gambo2 nie aku baru terpikir. nak bukak benda2 nie mesti makan masa. xkan 2 minit buleh siap. aku dengan yakin dan bersahajanyer nak tuduh guard apartment papa terlibat sama. kalau x terlibat pon mesti dia malas ronda2.

yang paling best adalah harini papa tersasul. tengah dia seronok cerita ceriti tetiba hujung ayat dia '........... yang. ......ma' yang dot dot dot tue aku luper ayat dia. yang pasti dia terpanggil 'yang'. memang lar be4 this dia panggil 'yang' tapi dah lama dah dia x panggil 'yang'. aku dah nak gelak. 'hai. sampai tersasul nampak' aku gelak sinis. 'eh, salah ker i panggil u sayang?' 'x salah tapi u tersasul tadi' 'xdenyer. u x payah lar nak serkap2 jarang' 'ok'. fullstop. aku terpaksa zip mulut sebab tengah hangat2 nih maunyer tapak kaki sulong dia melekat kat muke aku kot. muwahahaha. lawak x hengat!!!
lepas dah reda sket aku bukak balik itu story. 'u, tadi tu betul ke u panggil i yang? ke salah orang?' 'xder lar u. cuba jangan fikir bukan2'.

apa2 pun hati aku dah lali kot.

No comments: