Wednesday, May 19, 2010

Double Trouble 2010 Concert


poster dapat free mase beli baju. mintak rege kurang, dia xnak kasi tapi kasi free poster. hape ingat haku hadap sangat ker nak poster? aku mintak jugak rege kurang. kalo harap papa dia bayo jer x mintak kurang.


cerita yang dah lapuk sebab aku lambat upload gambo dari camera. ini disebabkan aku dah 'kaput' kan lappy papa aritu. huhu. kali nih gambo tunggang tebalik sebab aku malas nak susun gambo2 nie. masa upload dia x follo akunyer 'skema'. so, sendirik tengok sendirik paham.

actually aku bukan lar peminat search & wings, cume aku memang buhsan, so aku merajenkan diri pi konsert nih. tanye cik mimie, dia kata dia nak pi + tetiba papa plak macam berminat nak pi, haku pon tergedik2 nak pi sebab aku tau haku akan pergi free + indoor so aku rase macam okeh kalo indoor. hehehe. terima kaseh cik mimie atas susah payah hang pi beli tics nih. sangat mencabar okeh nak beli tics nih. online kene charged lebih. kalo beli kat klcc kene redeem kat IB plak. oh sangat berterima kasey kat cik mimie. ingatkan nak pi reramai lagi merrier tapi cik dayah tengah musim kawan2 dia mengawan n cik sikin plak x mungkin dia nak pegi kalo membabitkan ramai orang dan suasana panas nie. so, akhirnya hanya kami ber3 sahaja.


suasana selepas abes concert. uikkss. baru nak citer gambo abes concert kuor dulu. huhu. tengok punyerlar ramai manusia. tics abes beb, so dapat bayangkan betapa ramainyer manusia pada kala ini.


cik mimie hampir nak pitam.

pada mula aku dah rase macam berpusing2 dah tapi aku try ignore dan berjaya lawan perasaan nak pengsan. masa tu sibuk tengok jam biler lar nak abes. boleh? bukan sebab concert x best tapi sebab macam dah nak lemas dengan lautan manusia dalam nie. nak kuor awal, sayang sebab best, tapi dekat nak abes dalam 2 lagu kots, tetiba cik mimie cakap dia nak pitam, aku terus cakap kat papa kitorang kuor dulu. masa aku nak pengsan tu aku dah cakap dalam ati dah, "cik mimie ni ok plak, selalu dia 'out' dulu". hahaha. sila jangan marah yer cik mimie sebab aku memang selalu suke jers kalo ade orang lain yang buat aku keluar darik aku yg ajak orang keluar. muwahahaha.

dan sangat susah nak keluar sebab orang ramai + ramai gak orang yang beratur nak keluar + manusia yang memang x berhati perut boleh berdiri diam xnak berganjak x kasi laluan kat kitorang. boleh dia buat macam kitorang nie x wujud depan dia. dia bleh focus mate kat stage jers. sangat cilakak itu orang. dan orang tu plak bukannye mat2 rock yang pakai baju rock (kalo derang nie aku bleh arr ignore sebab memang macam dah sinonim dengan perangai depa kan, tapi derang nie plak ok, senang jers nak lalu) tapi macam mamat2 yang pakai baju tshirt biasa yang control hensem. huh!!! seb baik bile nak tiba kat tangga ade macam orang cakap 'perempuan dulu' so, dapat lar kitorang lepas. masa memula cik mimie macam dah give up nak duduk sebab mamat poyos tue x berganjak, tapi bile aku tengok ade jer ruang aku terus ajak mimie kuor. kalo duduk, confirm x dapat kuor nanti. akhirnya kami dapat menghirup udara segar kat luar tue.
masa lepak kat tangga luar tue lar baru nampak macam2 orang. dan yang paling aku kagum, ade minah2 yang pakai high heels gi konsert. yer, aku x silap taip. high heels yang kalo aku, aku cume mampu pakai masa gi kenduri kawen jers. tupon lepas tu, dalam kete akan terus bukak kasut. kalo yang pakai sexy x hengat tue, aku x heran lar sebab panas kan. hahaha.


tengok, punyerlar ramai manusia dan aku x faham kenapa derang semua suke videokan konsert nie. giler besar derangnyer memory, dari start konsert sampai abes derang record ngan hp derang.


yang kat tepi nih semua orang yang x dapat masuk sebab dah penuh. sampai koyak2 kain2 kat tepi tue. biler guard suluh ngan lampu baru derang keluar balik. sebab nih tempat duduk press.


manusia2 lagi


belah nih ramai personaliti2 tv kot. atas aku lupe amek gambo tempat vvip. cet!!! bestnyer lar kalo dapat dok kat ataih nih.


keadaan sebelum konsert start. mase nih awie n amy dah sampai kots cume x start lagik. ade jers yang sibuk panggil kengkawan ke depan macam mamat nie. sibuk jers panggil kawan dia sampai lambai2 topi.

lelucon

apa yang lucu pasal mamat ni?
dia pakai wig. aku pon x faham nape nak pakai wig time tengok konsert nie. dia budget nak bergambo ngan sawie kot lepas konsert. hahaha.

mamat nih plak x sempat pi beli baju, semata2 nak tengok konsert sampai lupe nak tanggal rege baju singgit neh!!! macam2.

nih bergambo mase derang nak start concert, semua bangun berdiri. tapi lama gak berdiri sebab konsert nih start lambat. penat dengor isma halil hamzah membebel. sepanjang konsert papa rilex jer nyanyi tapi xderlar goyang2 macam abang sebelah haku tue. feel sungguh dia. macam biasa papa nih macam orang xde perasaan. haku tengok bola ngan dia pon, dia rilex, gi konsert pon dia rilex jers. baju nih aku pakai sebab kene sound ngan papa. petang tu masa pi makan, papa cakap 'u xde baju lain ker nak pakai?' 'kenapa?' 'u  nak tunjuk lurah u ker?' 'eh, u xnak tengok ker?' hahahaha. 'i nak tengok lurah orang lain' ......................... macam siut x? so, terpakse tukar.

stage. seb baik kitorang x kedepan sebab kalo kat depan confirm macam sardin sebab orang bertolak2. cume aku rase konsert nih ok sebab xde orang raba2 (perkara biasa kalo tengok konsert). @ orang dah x selera nak raba haku. muwahahaha.

nih masa duduk tunggu konsert ngan dj yang membebel. ok lar untuk memeriahkan suasana.


masa menunggu nih kitorang duduk dulu. ade jers orang yang lalu lalang. yang best siap tanye tumpang lalu lepas tu tunduk macam lalu depan orang2 tua. aku pon cakap kat cik mimie 'sopan2 minah2 mamat2 rock nih'. lepas tue ade budak tu siap cakap 'tumpang lalu, rock sopan' sambil jalan tunduk2. hahahaha


nih time mase aku menunngu papa semayang. setengah jam lama ntah ape dia buat aku pon xtau.


tics konsert


keadaan mase nak parking. berderet kereta simpang siur parking. yang kat dalam nih kene bayo seploh hengget. kitorang parking kat depan ni ler. seb baik kitorang parking luar, xyah bayo, senang kuor. memula aku cuak gak nak letak sini, takut kene hangkut. papa senang lar cakap, 'xde bende lar'. senang lar cakap, sebab kete aku kan? cuba kalo kete dia? ceh!!


masa check tics. dia kasi sekali pengikat yang kat maiden tuh soh pakai. papa nyer selalu terbukak sebab papa gemok. muwahahaha


me & papa

me & cik mimie

again, me & papa. uish ... triple chinku nampak obvious. huuhuu.

konsert abes pkl 12, kami sampai umah + pi makan order ngan adek yang macam terperanjat tengok aku order dalam pukul 3 kots. pastu aku bangun tido pkl 12 tghari kots (eleh macam x biase).

sekian, dari bukit kiara melaporkan.

No comments: