Sunday, May 16, 2010

Dedikasi Buat Maklong

saya sangat sedih!!! kenapa sedih? sebab maklong saya dalam keadaan tenat sekarang nie. maklong dah 2 @ 3 tahun kot berjuang melawan kanser. kanser apa saya dah lupe. dia merupakan family yang pertama diserang kanser. saya sangat takut. so, possibility saya akan ada penyakit2 kanser, kencing manis dan darah tinggi amatlah tinggi. bukan lar saya nak jadik kebal nak hidup xnak mati2 tapi kalo dapat penyakit2 nie amat tinggi dugaannyer okeh. masa maklong dapat lawan kanser haritu saya ingat penderitaan dia akan berakhir, tetapi rupanya tidak. ayah call papa semalam suruh bagitahu saya maklong tenat sebab no phone baru saya ayah x tahu. saya berdoa moga2 saya sempat ziarah maklong @ maklong akan sihat seperti sedia kala.

kalau orang tengok saya, mesti akan nampak saya macam x peduli tentang orang sekeliling kerana jumpa pakcik makcik pon boleh dikatakan setahun sekali bila raya. namun, jauh disudut hati, saya sangat sayang saudara mara saya. banyak kenangan dari masa kecil sampai lar besar bersama2 mereka2 ini. arwah2 seperti abang ayah, cik muzir, adik2 mak seperti cik madon dan cik aman. saya sangat sedih apabila satu persatu dipanggilNya. yer, mereka mungkin tidak sedar yang kehadiran mereka saya masih terkenang2 sampai sekarang. apetah lagi maklong, merupakan saudara yang amat rapat dengan keluarga kami. next week saya akan cuti panjang (cett!! macam lar lama sangat padehal seminggu jersss) sebab nak balik kampung + gi kenduri kawen anak arwah cik aman + gi ziarah maklong. of course akan terus ziarah sekali cik markop kat pontian.

tapi walo sedih macam mane sekalipon, saya perlu terima hakikat, orang2 tersayang saya pergi, sebab saya pon akan pergi juga, tapi adakah orang yang akan menangisi dan merindui pemergian saya nanti? huuhuu. tetiba teringat arwah atuk leh, pakcik ayah, orang yang mengajar saya lipat kertas untuk buat kipas.

masa cuti panjang haritu (bleh wak hisman komen aku cuti panjang sebab cuti panjang nanti cuti abes - balik cuti lama salah, aku x balik kang tanyer2 plak bile nak balik) bila ziarah maklong, nak balik dia peluk, takut x dapat jumpe lagi katanya. aku tahan jer sedih sambil cakap 'xder lar, jumpe lagi' lepas tu cik markop pon cakap benda yang sama, aku terus cakap 'kita xtahu siapa yang akan pergi dulu' dan lega bila cik yang pon setuju ngan kata2 aku. aku x suke hokeh ayat2 macam tue sebab aku akan sedih.



sekarang hanya mampu berdoa maklong akan sembuh.

No comments: