Friday, May 21, 2010

NCIS

harini aku kerja. yer, aku memang sangat rajen sampai kijer ari sabtu n ahad 2 minggu berturut2. sangat workaholic hokeh!. muwahahaha. pagi ini aku amat bersemangat bangun pagi2 untuk pergi kerja dikala orang2 lain masih golek2 atas katil yang empuk. okeh. nih memang ayat tipu.

part aku check job dah abes, skang tgh tunggu vendor siapkan part derang sebelum aku kene buat part aku plak lepas nie.

so, banyak sangat masa terluang, aku pon ank cerita pasal Favourite drama aku. yer, aku memang kaki tb okeh. buleh duduk x gerak2 kecuali kalo nak kencing ke bilik air kalo dah ngadap tb. aku x dapat bayangkan kalo aku ade jodoh dah kawen n ade anak nanti caner aku nak manage kehidupan aku. kalo astro settle dapat bayar aku bleh sambung2 tengok cerita2 kat hbo sampai aku tertido2.

tapi cume 1 jers cerita yang memang aku akan pastikan every week aku tengok. kadang takut missed, aku sanggup bukak channel 8tv tue awal walopon tengah tayang citer cina @ korea yang kadang best kadang x best tue. cerita yang memang menambat ati aku ini adalah NCIS. woooo. sangat layan cerita nie. kalo CSI (selalunya yang paling best bagi aku Miami lar sebab boss dia Horatio Caine tue sangat berkarisma okeh walopon kureng kacak. huuhuu + suker tengok Calleigh Duquesne yang comel n lemah lembut sajers), Numbers, Criminal Minds, House, Desperate Housewife, Ugly Betty semua tue, aku still boleh jers abaikan, tapi tidak kepada NCIS. sampaikan papa pun bleh terpengaruh suke tengok citer nih lepas terpaksa tengok sebab aku beria2 nak tengok citer nie. sebab2 aku minat akan cerita 1 per 1. meh baca akunyer reviews.

sebab # 1 aku gilerkan citer nie - pelakonnyer

Leroy Jethro Gibbs



woooooooo ... special agent Gibbs .. 1st time tertengok citer nih mase x ingat tahun biler ntah, masa tengok Gibs nih aku terus merembes noksss!!!
sangat hensem memenuhi citarasa aku (matured ... ).
dia bleh blend dengan character dia yang penuh misteri. pandangan mata dia, care dia ketuk kepala Dinozzo, sejarah percintaan dan perkahwinan dia.
yer aku sangat tertarik.
adakah lelaki sehensem nie nak kat aku? kalo ade aku nakkkk jers. hehehe.



Abby Sciuto


Abby. lepas Gibbs, watak Abby nih aku memang minat gilers. dia sangat comel dengan wataknyer yang sangat weird. yer, aku memang suker orang2 yang weird. sebab x semua orang mempunyai watak macam tue. sangat cool ini minah. sampai aku berangan kalo aku segenius dia. best. sangat best.
forensic scientist yang giler2, pakai baju pelik2, sampai kalo ade outsiders datang lab derang mesti terperanjat tengok keadaan dia. dan yang paling comel, dia kasi nama pada gigi dia. very the details!!!




Ziva David


Ziva. agent berasal dari Israel yang sangat hebat berlawan. dia menunjukkan betapa didikan warga Israel tentang perang nih sangat sharp yang kadang memang xder perasaan langsung.
Ziva nih pengganti agent asal yang mati kene tembak, masa dia kene tembak, serius aku pon sedey, perghh memang cerita nih berjaya buat aku rase macam real jers. lepas tue mula2 dia ganti, aku rase dia x best sebab macam over asek sakat Tony. tapi lama2 watak dia aku dah bleh terima (cecece .. ko sape nak cakap bleh terima @ tak?)



Timothy McGee


McGee macam budak2 nerd yang selalu kena buli walopon dia sangat genius okeh. dia x perlukan kehebatan cara Tony, tapi dia selesaikan dengan cara dia sendiri. yerlar, sebab dia bahagian komputer. selalu kene peleceh ngan Tony.








Anthony DiNozzo


tony neh sangat sarcastic orangnyer. sangat menyakitkan ati terutamanya pada McGee. ntah ape masalah dia musti nak buli si McGee. kalo aku jadi McGee dah lamer aku kasik pelempang 13 kali.








Dr. Donald Mallard


Ducky, seorang pakar bedah mayat yang suker bercakap ngan mayat2 tue. skang dah ade anak buah yang dah terikut2 perangai dia. kawan baik Jethro (Gibbs) dari mude lagi.








NCIS Director Leon Vance


Dr. Leon yang memang x sebulu ngan Gibbs. masing2 simpan sejarah yang berbeza. dulu director NCIS, perempuan, ex-gf Gibbs masa muda2. tapi mati mase siasat 1 kes. tapi apa yang pasti siapa pon Director NCIS, pasti x sebulu ngan Gibbs.







sebab # 2 aku gilerkan citer nie - lawak

lawak yang sempoi. lawak yang x perlu ko buat lawak untuk orang ketawa. just lawak macam kehidupan harian kita pi kerja. sambil2 buat kijer sambil melawak. amat berbeza siri nih dengan CSI yang serius. kalo tengok cerita nih release tension haku.
lawak apabila McGee sebut terms komputer, Gibbs akan buat muke bodoh tanda x faham @ dia cakap macam terms tue untuk terms biasa, bukan komputer. masa tue muke McGee akan berkerut2 sebab nak ketawa x boleh, tapi pelik.
lawak apabila Tony peleceh McGee, lepas tu, dia makan balik apa yang dia cakap pasal McGee.
lawak apabila Tony yang suke ngumpat Gibbs tapi nanti mesti Gibbs belakang dia pastu ketuk kepala dia.
lawak apabila Abby mula bercerita benda yang selalu terpesong dari kerja. dia pencinta segala kehidupan. even ulat nak mengawan pon dia bleh, record lepas tu bagi nama kat nama ulat tue.
lawak apabila Ducky bercakap, anak buah dia akan sambung ayat dia, lepas tue muke dia tahan geram sebab ade orang lebey tahu dari dia.
aku suke lawak macam nie. lawak yang orang kurang perasan dan akan kate aku gile tengok cerita fiksyen tapi gelak2.



sebab # 3 aku gilerkan citer nie - skrip dan jalan cerita

best. kudos to panel skrip cerita nie. jalan cerita x meleret, jalan cerita yang berbeza, dan sikit2 akan bukak cerita setiap anggota tue sendiri.


sebab # 4 aku gilerkan citer nie - sebab aku suke berangan

boleh dikatakan semua watak dalam nie, aku berangan nak jadi derang. muwahahaha

okeh nana cukup setakat nie. hehehehe.


No comments: