Wednesday, March 24, 2010

Hak

ermmm ...

harini nak story mory pasal HAK ... naper eh tetibe nak citer pasal HAK? hik hik hik ...

sebenarnya xde tujuan ape pon cume pagi tadi, mase bukak radio Sinar (yer, pepagi memang saya akan buka SINAR sampai pukul 1000 pagi, kat opis dengar ERA sampai waktu balik n then setiap sebulan beberapa kali bukak HITZ untuk tau perkembangan lagu2 terkini internasional - perghh ejaan sangat patriotik) mase tu tengah time ape eh, tazkirah kot, by Dato' Dr. Fazilah Kamsah dan topicnya adalah HAK. sangat menarik dan saya saya setuju dengan ape yang dia cakap.

zaman millenium neh kiter dah macam amat serasi dengan stressed sebab bagi saya zaman nih terlalu laju manusia bergeak, kereta bergerak, lrt bergerak apetah lagi bumi sehingga setiap ari ade jer cerita gegar di sana sini sinun sampaikan malaysia, tanah tumpah darah ku ini pon turut bergegar sana sini sinun. yer, stressed dalam mengejar kualiti kehidupan yang saya sendiri tidak pasti apakah kualiti yang dicari. eh eh macam ayat motibasi plak arinih.



berbalik pada topic HAK tu, kalau kiter faham HAK setiap insan kita pasti xkan stressed. setiap insan waima haiwan sekalipon mempunyai hak masing2. bile sampai masa hak itu milik kita, kita akan dapat juga, so x perlu nak gelojoh mengimpikan sesuatu yang x pasti itu terlalu awal tanpa kesabaran. ok, sekarang ni, memang saya nak cari satu kerja part time yang boleh mendatangkan income yang lumayan secara cepat. so, dipendekkan cerita, saya follo mek lijah pi dengar 1 talk. sebenarnya dari awal saya memang dah dapat hidu something fishy dengan program ni sebab bile tanya nama company, produk sepatah haram dia x cakap, soh follo jumpe kengkawan dia dulu nanti dia cakap. maybe dia xtau kot saya dah tahap PHD dah kalo setakat ponzi scheme, pyramid, MLM, direct selling, bla bla bla, so, sebab saya terajin aritu sampai terlupa isnin malam ade citer NCIS di 8TV saya pon joint dia pi event nih. yer, kalau orang2 macam ni, macam2 kisah teladan yang dicerita sampai buleh buat kite insaf dan nak memperbaiki diri. tapi disebabkan kekebalan diriku ini, saya dapat menepis semua tu sambil berkata2 dalam ati, 'elleh tau dah' walopon kekadang cakap 'betul jugak ni'. tapi conclusion saya x joint lar sebab saya dah nampak terang2 atas tu cha ya nun alip tapi nak feeling2 bagitahu nak naikkan kaum bumiputra, pastu bebudak yang muda2 semua bercita2 besar nak untung cepat. WTF. tiada orang yang berjaya tanpa usaha, cuma bergantung cepat @ lambat. main lotery kalo memang berjota2 pon idop x tenteram tau. macam salah 1 citer CSI ade kes pasal orang2 yg menang lottery. orang kafir pon percaya duit yang x berkat akan memebawa kesengsaraan. kalau direct selling @ MLM bagi saya ok lagi sebab dia ade produk, kite kene usaha, ni kalao setakat carik orang bleh dapat duit (mcm program menjana pendapatan AC), kite sendiri curious ke'halal'an duit tue. yup. saya bukan orang baik sangat, tapi ade jugak sometimes saya ambil berat tentang benda2 macam ni. eh panjangnyer mengomel.

back to the topic - hak, saya dah jump into conclusion, kalau kite sabar dan berusaha pasti 1 hari ia akan jadik milik kiter, umpama kalau BOSS sekarang xnak kasik bonus, xnak usaha kasik staff dia bonus, lengah2kan pemberian bonus, x per, insya Allah kalau panjang umur, kita still di company tue, BOSS tue dah habis kontrak, maybe BOSS baru bleh bagik bonussss lagik masyuk. huuhuu. bestnyer contoh nie. kuikuikui. dan beberapa contoh yang Dato' bagi pagi tadi saya dah alami (eh. bukan saya yang alami, saya nampak hasil dari orang lain alami, @ saya alami tapi saya x sedar? wat eva lar cik nana oii). bebrapa kes yang saya dah nampak dan akan nampak berbelit2  :



ada satu cerita tentang sesiapa saje lar yer. macam ala2 mengumpat tapi x sebab saya x sebut pon siapa nama orang tu. Dato' pagi tadi cakap, kita akan stressed kalau kita berlumba2 nak rebut jawatan tinggi @ nak rampas jawatan orang, tapi kalau kita sabar, kalau ade hak kita disitu, kita kerja ikhlas, akhirnya kita akan dapat juga hak kita. yer betul. dan kenapa pulak kita nak nafikan hak seseorang itu kalau dia berjawatan tinggi walopon kita rase dia x layak sedangkan hanya DIA yang berhak menilai bila masanyer seseorang itu berhak mendapat sesuatu. ada orang dia dapat naik pangkat dengan cepat hasil dia membodek sana sini tanpa perlu bersusah payah buat kerja macam orang lain. then bila dia dah dapat jawatan tu, baru dia tau dia kurang ariff dengan kerja itu. adakah adil untuk orang lain yang lagi lama bekerja dari dia dan claim dia kerja keras selama ni tapi x dapat naik pangkat. adakah DIA x mendengar? tidak. DIA amat memahami, maybe kalau dia yang naik, dia akan angkuh, so dia memerlukan masa untuk naik. tapi dipihak orang yang naik dengan membodek pon dia musti rase kekurangan diri dia kan? n then cerita bersambung, orang bawahan dia, sebaya, yang rase ketua dia xtau ape2 tension sepanjang masa sebab dia buat semua kerja tapi boss dia x buat apa2 sambil mengungkit2 perbezaan gaji yang tinggi tapi sang ketua hanya duduk rilex. dan x segan silu mengadap boss lagik atas beritahu kedudukannya. ok, memula boss atasan mendengar dan terus memisahkan dept tersebut kepada dua, dimana pada pandangan saya amatlah tidak logic jika dept ini dipisahkan kerana mereka memang saling berkaitan. so, dia dah feeling2 dia boleh jadi ketua dept tempat tu. tup tup, benda tu x lama, dept yang dipisahkan, digabungkan dengan dept lain yang memang dah ada ketua. harapan tinggal harapan. see, kalau belum sampai masanyer, walau ape pon kita buat, HAK itu still x menjadi milik kita. belum sampai masanyer.
sama juga dalam hal bercinta dan berkahwen. kalau dia bukan lagi HAK kita, tunggu jerlar (hehehe. nih nak sedapkan diri sendiri jer).

ok sampai sini jersssss. penat dah membebel. yang pasti orang x faham ape aku merepek diatas nih. xperler asalkan aku faham. hik hik hik.

No comments: