Sunday, March 21, 2010

PerasaanKu PerasaanMu


walla!!! kenape gambo yang dah berkurun lamer neh nak diulang tayang balik macam cerita ceriti ceritu dalam astro ?? ade sebab musababnyer .. susah senang sisi kehidupan aku akan aku kongsikan di blogku inney .... huuhuu ...

soalan demi soalan bermain difikiran .....................

  1. apakah perasaan anda sewaktu majlis ini berlangsung tatkala menyarungkan jubah ini?
  2. apakah perasaan anda apabila menggenggam segulung ijazah?
  3. pernahkah anda berasa bangga @ berasa anda cukup berjaya dan sudah mendapat tiket untuk berlagak sehingga tidak memijak bumi, menongkat langit?
  4. apakah perasaan anda apabila parents anda diperlakukan sewenang wenangnya umpama pengemis sedangkan peristiwa itu berlaku di rumah anaknya sendiri?
  5. apakah perasaan anda, apabila orang yang memang jauh dari hidup anda tetapi anda tetap menyayangi disebabkan ikatan kekeluargaan yang ada, anda doakan kebahagiaan untuk dirinya tanpa jemu tanpa diketahui oleh orang itu, tetapi anda dimaki hamun seolah-olah anda langsung tidak mempunyai perasaan?
  6. and lastly ......................... apekah perasaan anda, apabila anda mula nak bernafas, hidup selesa (belum kayer rayer lagik macam donald trump) tetapi orang yang maki hamun anda dengan angkuh mengatakan tidak memerlukan duit anda tup tup menjelma kembali x sampai sebulan nak minta duit anda?
  7. and betul2 last ..... apekah perasaan anda apabila ade ahli keluarga yang selama kita susah x pernah menjelmakan diri, walopon kiter x minta tolong kat dia, tetiba asal kite dikurniakan rezeki yg sedikit (syukur alhamdulillah) dia hadir dengan mengatakan dirinya sudah berubah?
  8. kali neh betul2 last ... betul .......... x tipu .......... apakah perasaan anda, apabila bertemu manusia yang mate duitan, tetapi x tahu nak usaha sendiri, tahunya nak kayer cepat kalau boleh duit jatuh berkepok2 dari langit .... dan yang paling sadis sudah tua, dimana kita patut fikir dah nak mati xkan dapat bawak duit tue masuk kubor still x berubah2 perangai?

hek hek hek ... banyak betul soalankan?


cume ape yang pasti kini aku dah bertekad, x kirelar orang nak cakap aku berdendam ker, xberperikemanusiaan ker, xtahu cerita sebenar tapi nak emo ker aper ker, aku dah berjanji dalam diri sendiri, keluarga bahagia yang aku miliki hanyalah terdiri dari 4 orang insan yang akan terus mempertahankan kebahagiaan dan kerukunan (insyaAllah) keluarga kami iaitu mak, ayah, adikku, dan aku. tiada lagi orang lain yang akan tersenarai. semoga lepas neh kepalaku yg x tersusun neh dah x susah payah, x semak otak fikir prob orang lain dan waktu doa pon bleh dipendekkan (bleh? hahahah).

aku akan sentiasa pegang, ibu bapa xkan pernah berdosa terhadap anak2 mereka. kalopon agama x mewajibkan anak2 menyayangi dan menghormati ibu bapa, aku tetap akan berbuat begitu kepada mereka dengan ikhlas (ayat macam poyokan kan kan), kerana pengorbanan mereka amat x ternilai. kadang2 ade terbace anak2 biler dah melahirkan, biler rase keperitan bersalin, time tue lar teringat jasa2 mak, tapi aku entah kenapa kalau ingat jasa mak ngan ayah, memang aku akan syahdu sesyahdu syahdunyer(maybe aku memang anak yag nakal). xperlu iklan ditv2 untuk memberi kesedaran, aku memang sayangkan mereka, harta xternilai Allah berikan kepada kita.

akhir kata,

saya sayang mak saya, saya sayang ayah saya dan saya sayang adik saya.
syyyyyy ... harap2 adik saya xjumpe blog saya ini. kalo dia jumpe musti dia kembang kempis idong sebab tau saya sayang dia ... huuhuu ...

No comments: