Friday, September 25, 2009

Episod Ngeri, Sedih, Gembira & Geram di Hari Raya

yer, en3 kali neh memang aku citer semua mende yang berlaku sepanjang merayakan aidilfitri 2009 dimana aku perlukan semua ni untuk kenangan aku dimasa akan datang. xtau samada nak definisikan raya paling poyo, best @ xbest walopon banyak best cume 1 kejadian jer yang buat aku berpikir sampai skang x abes, samada salah aku @ salah orang lain. so, banyak bende nak ditaip.


yer, lebeh kurang begini lar keadaan kete BLM tue, cume aku x sempat nak snap gambor. gilo nak snap. mau aku kene penampor sulong.

episod ngeri
memula plan cakap kat mak nak balik petang, lepas tu x jadik, mak call tanya aku cakap x jadi, maybe dalam pkl 3 nak balik, nak bersahur kat umah, x jadi then mak call lagik cakap x jadi. last2 aku balik kg pkl 9:00 pagi. masa tue la aku kelamkabut kemas ape2 yang patut dan say good bye to CICI & JOJO sebab derang nanti encik fareez akan hantar boarding di petshop. so, lepas dah kuor semua aku isi minyak dulu. masa nak kuor umah puas pikir macam ada bende tertinggal tapi x pasti apa. lepas dah isi minyak v-power (sebab nak balik kg aku memang pakai v-power), dah nak sampai jalan duta baru aku tingat aku tertinggal baju raya yang 2 helai itu sebabnya aku gantung jer, x masuk dalam beg. kata orang kalo nak jalan jauh, kalo dah gerak x boley nak patah balik tapi disebabkan aku nih x berapa pecayer ngan bende2 macam tu, aku pon patah balik dengan susah payah + kalo x, x beraya ngan baju baru lar aku, walopon ade standby sepasang dalam beg tue. so, lepas semua selesai akupon apelagi, pecut ke tol sg. besi. pecut disini tidaklah sampai 120kmsj cuma 100 kmsj sahaja yer. tengah syok layan lagu raya, tetiba masa atas flyover lepas jalan istana nak ke tol sg besi tue, aku gagal kawal stereng. memula aku perasan dia lari sikit ke kiri, so aku pusing la stereng sikit ke kanan, tapi dia tetap ke sebelah kiri, then biler aku ke kiri dia ke kanan, bile aku ke kanan dia ke kiri sampai satu masa tue hampir nak langgar divider kat tepi. masa tu aku dah terbayang aku akan langgar divider tue dan jatuh terjunam kat bawah dan dapat rasekan lepas nih i akan passed away. aku gamble tekan brek dan main stereng kekiri dan kekanan. kereta sampai berpusing 160 darjah. serius 160 darjah. jangan x pecayer. nasib aku baik masa tu memang xde kereta kat tiga2 lorong tue. kalo ade lori memang dah ji'un lar aku. aku cuma cakap masa tue 'ya allah .. ya allah .. ya allah' then tingat nak bace al fatihah. dan dan lepas abes jer aku bace bismillah kereta terhenti macam xder ape2. semua kereta yang baru datang terpanjat tengok kete aku sebab melawan arus. aku slow2 pusing balik ke arah yang sepatutnya. bile aku kedepan sikit, dah ada satu kete BLM bumper dia dah remuk. maybe dia langgar divider. lepas tue jalan pelan2 menuju ke cheras. sure lar dia kalo nak balik kg x jadikkan sebab bumper dia crashed teruk. masa tue aku menggigil dan bersyukur sebab still selamat. dan dan tu jugak aku macam insap nak balik kg sellow mellow, tapi biler dah separuh jalan aku lupe diri gak. keh keh keh. aku syak cuma 2 kemungkinan samada angin lintang masa tu @ ada minyak kat jalan. ala2 drift lar kete aku masa tue. aku dah dapat rasekan pengalaman orang2 yang gagal kawal kereta derang. oo lupe nak cakap, masa sebelum bertolak aku memang dah bace semua doa yang sepatutnya. maybe itu pon dapat menolong. dalam kes ini aku percaye pada guardian angel. samada korang nak percaya @ x, aku x kesah. ada aku kesah? bak kata azwana alia poyo tue. yer, aku pecaye sesetangah orang memang ada guardian angel mereka. aku banyak kali jugak alami pengalaman hampir2 ji'un walopon bagi orang lain biase2 jer tue. masa kecik which is biler dah besar nie aku terpikir kalo dulu aku terus ji'un confirm aku akan senang lenang kat syurga sebab xde dosa lagikan, tapi maybe allah lebih mengetahui, DIA kasi aku peluang untuk merasai nikmat dunia nih yang sementara. masa kecik, aku pernah lemas masa mandi kat air terjun, masa tu pon aku dah ingat akan mati tapi alhamdulillah aku selamat akhirnya. yang lelain, ada asma yang amat teruk, skang nih pasal kereta ni plak. pasal kereta bukannye aku x pernah kene teruk2. pernah ada tue aku brek sampai berbunyi tayar sebab nak elak lori yang potong kete lain walopon dah nampak kete aku. tapi tu x mengerikan sangat berbanding yang hari tu. bukan cakap besar, cumer mengingatkan diri, peristiwa ari sabtu aritu memang giler teruk arr. cakap kat ayah, dia kata tue maybe angin lintang. cume apa yang aku raser, masa aku berpatah balik untuk ambik baju tue membantu aku jugak, sebab katalah kalo aku x patah balik amek baju, maybe aku orang yang pertama masa angin tue teruk sampai jadi macam kete BLM tue. so, aku memang sentiasa amek part positif. aku x anggap yang aku patah balik tu x elok, tapi ia membantu menyelamatkan nyawa aku.




episod sedih
episod sedih seperti biasa adalah time beraya. sedih time ayah bersalam ngan adik badik dia sambil nangis2. sedih tengok pakcik yang menangis sebab kaki dah kene potong. dua2 belah mak ngan ayah pakcik aku ade yang kene potong kaki sebab kencing manis. sangat sedih dan mengerikan okeh. pakcik sebelah mak dari last year dah kene potong, tahun nie baru dapat pkai kaki palsu. lagi 200 10K regenyer. yang paling nampak sedih adalah pakcik sebelah ayah yang baru kene potong. masa dia nampak kami datang jer, dia terus melalak sebab sedih abang dia datang. isteri dia cakap, dia sibuk tanya mane adik beradik dia x datnag tengok dia time raya. yerlar, time raya, apa nak expect orang datang tengok kiterkan. cume apa yang aku pelik, lepas aku ber2 jer ngan pakcik aku tue, dia cakap, dia sedih ngan perangai bini dia, kadang tue jerit dari pintu 'mana adik beradik awak x datang tengok pon'. which is aku pecaya cerita dia sebab aku memenag KENAL sangat makcik aku tue. kenapa dia nak keruhkan keadaan orang yang tengah sakit? cukup aku x faham. aku faham perasaan pakcik aku yang sakit dan memerlukan orang untuk menguatkan semangat dia untuk terima kenyataan kaki dia dah kene potong. dia cakap kat mak 'saya sedih kaki saya dah x ada'. at the same time aku pon faham perasaan orang lain yang x sempat pegi melawat dia awal2 dihari raya, yerlar, masing2 ade family sendiri dan tanggungjawab sendiri. peringatan buat diri aku jugak, kalau sakit @ susah jangan terlalu mengharap dengan orang, sebab masing2 ade bahagian masing2, dan sentiasa bersyukur, xmau mengeluh kalo x cukup duit ker, putus cinta ker, nasib x baik ker, sebab at least aku dikurniakan dan masih mempunyai tubuh badan yang lengkap dan sempurna untuk bersyukur. alhamdulillah. oo yang paling sedih adalah ayah beraya dengan bertongkat tahun ni sebab aritu dia jatuh masa tengah kerja, so punggung dia sakit. aku bawakan bantal panas untuk ayah. tapi alhamdulillah, masa aku nak balik ayah cakap dah ok sikit punggong dia. dah xpayah pakai tongkat.




episod gembira
aku gembira raya tahun nie sebab boleh dikatakan separuh keluarga mak ngan ayah aku pegi ziarah. raya 1 kat umah tunggu tetamu dengan kepenatan memasak malam tadi (ceh!!! macam poyo statement nih), raya ke 2 ke JB untuk perjumpaan hari keluarga belah mak dan ziarah sedara mara belah mak, dan raya ke 3 ziarah rumah sedara sebelah ayah. sikin call masa raya pertama dengan suara yang ceria bagitahu dia kat BP. yerla, orang makan buffet catering siap2 katakan. mustilah seronok. aku jer rase penat nak mampus. ekekekeke. dan lagi satu alasan x relevan aku nak kata aku gembira tahun nie adalah aku dengan pemalasnya telah membeli air kotak sahaja untuk kanak2 yang bertandang ke rumah. so, aku dah x penat nak buat air, tuang air ngan basuh gelas. so, aku akan teruskan ditahun2 akan datang. sebelum ni paling teruk pon aku kasik air gas sebab senang cuma tuang dalam cawan. tapi tahun ni aku kasik air kotak sahaja. lagi satu, yang aku faham, hari raya adalah merupakan saat yang gembira buat kanak2, bukan orang tua kan, tapi kenape eh, kenapa eh, jejiran aku termasuk jiran sebelah rumah (ada cerita kejap lagi) yang sombong nak mampos budget ala2 kaya gituh tutup pintu dan sanggup duduk diam jer dalam umah x jawab salam biler budak2 datang beraya? apakah namanya ittew? dia kan ada anak? dia xtau ke hukum karma? yer, maybe dia letak anak dia ke kelas yang tertinggi, x kasik jalan2 beraya sendiri kutip duit raya, tapi bukanker biler kanak2 tue gembira kita pun gembira? aku bukan orang baik mahupun mulia, tapikan, boleh dikatakan kat lorong umah aku, rumah2 yang berhampiran aku, cuma rumah aku yang kasik budak2 masuk untuk beraya. said x cerita aku ni? bagi orang lain maybe benda biasa tapi bagi aku satu kepelikan sebab masa aku kecik dulu, kumpul kawan ramai2 beraya. percayalah, walopon niat untuk kutip duit raya tu yang utama tapi keseronokan beraya untuk dikenang tu yang lebih utama dan aku sentiasa percaya Allah xkan menjadikan bumi ni bulat sekadar bulat saja, tapi juga menunjukkan betapa kitaran hidup manusia akan berpusing atas dan bawah sama sahaja. ada masa susah, ada masa senang. ada masa kiter tengok kenapalar orang tu macam tu, nanti kita pulak macam tue. betul x? betul3 bak kata upin ipin. eh eh dah melalut macam ustazah plak aku nie.




episod geram
yang ini memang geram yang teramat sangat dan raya tahun nie merupakan kemuncak kegeraman aku. aku cerita kat sini mungkin akan membuka pekung didada tapi aku cuma nak luahkan apa yang terpendam. yerlar, dah aku anggap blog nih adalah diari harian aku, yerlar, kalo tulis diari aku nih memang tahap pemalas nauzubillah. cuma biler menaip aku laju selaju lajunya (eh macam ayat ustad adnan. ahakzzz). tapi seperti biasa aku akan menyesal biler aku dah buat benda tu sebab aku selalu akan rase aku yang salah. tapi aku memang dah x boleh nak tengok langsung muke derang. alhamdulillah, sebabkan derang aku belikan mak ayah aku rumah baru yang kami akan pindah masa raya aji nanti. walopon rumah tu x semewah @ sebesar yang aku angan2kan, tapi aku bersyukur akhirnya nanti aku gembire bila nak balik kampung. xderla kalo sebelum ni, asal nak balik kg jer, asal sampai jer aku mengeluh sebab mempunyai jiran yang serius macam gam*an*. yer, aku sanggup pindah mengalah, memang pangai aku, aku akan mengalah, dari segi kirja mahupun jiran. hopefully jiran kali nih ok. ok, aku akan mulakan peristiwa dihari raya. kawasan perumahan aku adalah kawasan perumahan rumah murah yer, diulangi, rumah murah, bukan rumah kampung yang laman besar mahupon rumah banglo mewah okeh. dimana keadaan jalanraya depan umah kami kalo orang yang parking kete kiri kanan memang amat sempit. so, cerita bermula adalah dari mercun. aku memang pantang kalo orang main mercun dekat umah aku sebab bising. tapi aku sabarkan jer malam tue sebab selagi belum pukul 12 malam, ko nak main mercun ker, nak tergolek ker, sukati ko lar, janji pkl 12 ke atas suasana mesti senyap sebab aku nak tido. dan memetik kata kawan aku 'buat apa main mercun. dari nak mintak maaf ngan jiran boleh jadik gaduh kalo main mercun'. so, x salah kalo aku meroyan biler budak main mercunkan. untuk pengetahuan jugak, pakcik aku tue jual mercun jugak dan anak2 bakal kakak ipar aku tue pon main mercun gak. derang main depan umah sendiri dan siap sapu semua sampah lepas main okeh. dan kawasan derang memang ramai main mercun dan luas. sajer cerita nasik tambah, sebab aku nak mention aku bukannyer ortodhok sangat sampai nak ban mercun. bagi aku, saper nak main ko punyer pasal. berbalik pada cerita tadi, malam tue aku biarkan jer derang main berserta bapak derang sekali which bapak dia merupakan seorang cikgu asalnya cikgu lulusan maktab tapi biler dengar aku sambung belajar, derang pon sambung belajar kat UPSI dan menggelupor tampal sticker kat kete nak kasitahu 1 donia 'aku belajar kat UPSI, aku ni budak U tau' . keh keh keh. then lepas tue belajar lambat abes, bile bapak aku tanye, kenapa x abes2, bleh dia jawab sambung master. WTF. aku selamba kodok jer masa extend sem kat UTM cakap kat sedara mara aku failed. nak jaga standet lar kununnnn. eh melalu jauh plak. lepas dia dah syok2 main, lepas tu aku ingat tarap2 cikgu cikgi pendidik anak bangsa (untuk pengetahuan jugak, derang hanya cikgu music okeh!!!) ni taular berbahasa. tengok2 bersepah bekas2 mercun yang dah terbakar depan umah aku. aku tau lar umah aku buruk (nanti aku citer lagik), tapi x bermakna ko bleh buat suka suki ko jer sepah2kan depan umah aku. dah tau nak main mercun mainlar bebetul depan umah ko, nih nak jugak menyenget sikt ke depan umah aku dan buat sepah. dah nak start ngamuk tapi sebab aku penat aku diam jer lar. last2 adik aku yang sapu sampah ittew. apakah namanya ittew? esoknya raya pertama disiang hari. main lagik mercun. kali ni letak mercun dalam tin susu so nanti tin susu tu akan melambung. kereta aku aku park kat depan. kereta aku bukan kereta mahal, tapi kalo kereta dia yang buruk tu pon dia akan sayang jugakkan. adik aku dah start membebel takut nanti kene kete aku, sebab kete adik aku park kat hujung jalan. so, aku cakap biarkan jerlar, selagi x kena, diam jerlar. sekali sampai 1 ketika bunyi mercun tu meletup kuat giler tapi x kene kereta aku lar, cuma bunyi kuat giler. bapak aku menjerit 'woii. jangan main mercun!!' lepas tu adik aku plak gi gatal cakap bende yang sepatutnya xyah lar cakap kalopon geram. ade ke dia bleh cakap 'ee mak bapak x pandai ke ajar anak jangan main mercun depan kereta orang. mak bapak kerja bagus2 tapi x ajar anak betul2. bla bla bla' seperti biasa aku luper lar kan ayat2 seterusnya. lepas tu sumer senyap. lepas tue derang adik beradik diri depan umah nak jumpe adik aku. abang man cakap kat ayah 'pak man panggil bibah'. lepas tue bleh si bibah nih xnak keluar. tahu plak dia takut. so, aku sebagai kakak yang bertanggungjawab walopon aku xde kaitan dalam ini cerita (cumer berbuku dalam ati dah banyak sangat!!) keluar tanya, 'ada masalah ker?' berikut adalah perbalahan bertikam lidah antara aku ngan derang :

aku : kak nora kan belajar tinggi kak nora, xtau ke nak jaga ati jiran?
bab* nora : x, baru 1 hari main mercun. yang cakap x pandai jaga anak semua tu kenapa?
aku : yerlar bising, at least saya xder lar meroyan macam kak azie dulu2, terjerit2 suruh orang diam diam macam orang gila (masa nie mak aku jaga cousin2 aku seramai 6 orang, si bab* azie ni tetiap ari terjerit macam orang giler soh bebudak tue diam. biler mak aku tanya cousin aku kenapa derang bising, cousin aku cakap, derang x bising pon. orang sebelah tu yang gila. last2 mak aku paku, tutup ngan kayu ruang yang ada antara umah aku ngan dia.)
bibah menyampuk : mak bapak aku masih hidup lagik tau. (akupon xtau motif dia cakap bende nih. agaknyer sebab mak bapak derang dah meninggal kot)
bab*azie : astagfirullahhalazim. at least aku marah anak sendiri tau, aku xde marah anak orang belum kawen bawak balik jantan tido rumah. (kaitan antara mercun ngan jantan? tuela kalo orang bodoh amek SRP 2 kali, SPM cukup2 makan - bukan ditujukan pada semua orang, hanya ditujukan untuk family mereka sahaja.)
walopon dalam ati aku terpikir, marah anak sendiri? hellooooo. yang ko terjerit terpekik terlolong sampai buat mak aku kecik ati tue, ko maki budak2 yang mak aku jaga tau!!!)
aku : xpayah nak berastagfirullah, keluar hadis bagai lar kak azie, saya dah faham sangat perangai korang adek beradek. ko pon dulu bawak balik jantan masuk rumah jugak. (sambil senyum sinis). masa nie abang man hanya mampu terdiam memandang aku.
bibah : at least aku ada dara lagi dari adik ko yang kawen ngan pompuan xder dara. (motif cakap macam ni? aku x sure derang dengar atau x si bibah kepoh nih cakap)

- terdiam ketiga2 beradik tu melopong dengar aku cakap. tu pon aku x sambung 'bawak balik jantan masuk rumah time orang xade'. mahu menetes air mata darah korang depan anak2 korang rahsia terbongkar. tapi aku masih ade otak, aku terus diam dan masuk umah. abang man plak cakap ngan ayah dia xtau nak cakap apa. bende macam ni susah dia cakap. bapak aku senang jer jawab, bukan ape, pasal mercun nih pon selain ganggu ketenteraman, kerajaan dah haramkan.
lastly, aku x rase hebat pon aku dapat patahkan kata2 derang. tapi rase bersalah sebab gaduh. tapi nak buat caner, bende dah terjadi. cume aku puas sebab aku x hena derang sebagaimana derang hena family aku, aku cume patahkan kata2 derang dengan bende yang memang dah terbukti dia buat.
tapi bende tu x abes kat situ. lepas tu adik bongsu derang datang. lepas tue aku pon gi lar sidai kain tapi muke x nampak lar. derang dok kat luar borak2 tapi aku xtau saper yang berborak tue. cuma tuduhan hati aku berat mengatakan yang bercakap tu adalah laki bodoh ikut cakap bini bab* azie. hahaha. dia cakap kat budak bujang depan umah kitorang 'ni, ada bohsia ko xnak pakai' budak depan umah tu pekak agaknyer dok tanya 'ahh?' yerlar x faham soklan yang xde kaitan kan. dia ulang 'ni, ada bohsia ko xnak pakai. bleh jer nih kalo ko nak'. hangin x kalo dengar? nasib baik bibah x dengar. aku memang sakit ati teramat sangat tapi aku bleh senyum sebabbbbbbb. aku xnak perasan, so, aku anggap dia tujukan that words kepada adik ipar dia yang baru datang tue. kuikuikui. sebab adik ipar dia dulu bekas bohsia. lagi 1, zaman sekang mane dah org sebut perkataan bohsia lagik beb. nampak sangat pemikiran ko terlalu jumud. so, aku simpan jer dalam ati. then budak umah depan tu x layan apa yang dia cakap. yerlar, budak depan tue kawan anak kak timah. derang memang jenis baik2 and selalu borak ngan bapak aku dan lagik 1, satu lorong tempat aku kenal pangai derang adek badek. lepas budak tu xlayan, dia bakar mercun 1 persatu. geram lar tue xde geng. lepas tu derang keluar naik kete gi kedai beli mercun kot. balik tu kunun nak tunjuk terel parking, last2 kete dia langgar ampai jiran depan belah kanan aku. bapak aku nak gi tengok. aku cakap 'jangan yah. derang nak tunjuk hebat. bior'. haa kan tuhan dah tunjuk. padan muker. weeekk.
tapi akhirnya aku puas ati atleast selama ni apa yang terbuku aku keluarkan walopon x semua.

dulu, family aku susah, xderla susah sangat cumer x cat rumah sebab ayah x pandai nak cat sendiri. lainlar derang adik badik ade kaum adam leh cat umah sendiri. bleh masa cat derang berborak ngan arwah mak derang mak aku dengar sebab tengah sidai kain (oh, ya kami hanya ok semasa arwah bapak derang ada jer, lepas jer bapak derang meninggal sorang2 tunjuk perangai).
mak derang : cat jugak rumah kita nie. tiap2 tahun cat rumah. ade orang tue dah 10 tahun x cat rumah. sebab x pandai nak cat rumah(yer, masa tue memang dah 10 tahun kami x cat umah dan kami sikit pon kesah, sebab cat rumah bukan menunjukkan kiter ade duit. kalo cat umah tapi lepas tue gaduh siapa kuar duit lebih, sadis lar tuekan namanyer)
bab* azie : ala orang buta pon tau cat. (agak2 korang kalo di dramakan situasi neh sadis x ayat henaan ke atas bapak aku tue?). aku simpan.

dulu kami xder kereta, derang adek badek ramai dah besar2 jadik kerani, beli kancil sorang 1, parking depan umah kitorang bleh dia cakap
bab* nora : rumah kita nie banyak keretakan?. aku simpan.

macam macam lagi lar. henaan demi henaan. aku simpan. aku x cakap apa pon. derang jenis berlagak walopon xder duit. pernah bergaduh sesama adek badek sampai nak berbunuh2. pernah bapak aku jumper makcik derang, makcik derang sendiri pon x suker derang sebab berlagak derang cakap. fyi makcik derang amat kaya bisnes sendiri pakai kete mewah okeh!!. kalo org kaye cakap simiskin belagak apa maknanyer tue? kalo dulu masa edy still couple ngan bibah, biler tukar rim ker, ape ker, laki bab* azie yang budus tue siap bakar2 soh buat itu ini untuk ngabeskan duit. edy jawab senang 'xyah lar nak buat bende2 tue semua. nanti nak makan kang x cukup duit lagik susah.' terdiam terus. nak tunjuk kaya tapi gi keje bawak motor bawak bekal, biler nampak bapak aku siap sorok bekal kat bakul dengan windbreaker. bagi aku x salah bawak bekal sebab kadang akupon bawak bekal kalo ade masak lebih. tapi kalo orang berlagak dia sendiri raser terhena. dalam adek badek dia memang dia pangai paling teruk dan aku x sangka kak nora bleh terikut pangai dia. cume abang man jer ade waris sikit2 pangai arwah cik aris. belum lagik adek derang kena kejar along berhutang. gambar ditampal setiap tiang. tapi orang diamkan jer. pak abu, orang yang pernah derang hena sebab pak abu ngan kak azah x kawen, so selalu gi keje sama2 bleh kak nora cakap 'tu, pasangan kekasih dah balik' (kureng ajo x?). pak abu bleh tanggalkan lagik gmabar adik dia yang along tampal kat tiang depan umah dia. x insap2 lagikker? lepas tu, yerlar kalo orang x berduit nih, biler dapat beli barang jakun sakan. ade sekali tue, dia beli stroller kot untuk anak dia, dia letak kat depan nak tayang kat pakcik aku, yerlar time petangkan pakcik aku nak amek anak dia, padehal beza gajik ngan pakcik aku tue jauuuuuhhhh beribu batu bezanya ngan gajik dia. tapi no respond (yerlar, dia nak lar orang tegur tanya, cantiknya, beli kat mana nie?) sebab pakcik ngan makcik aku gelak2 cerita ber2 pasal bende opis. terus dia masuk dalam ngan anak2 sekali dia panggil masuk. kuikuikui.
tentang jantan yang bab* azie tu cakap. kadang aku rimas jugak sebab dulu edy salu datang umah, yerla, dah dia hantar bibah balik makan mestilah masuk dalam. tapi edy datang mak aku ade dalam rumah ok. bab* azie dulu bawak masuk jantan siap tutup lampu masa mak dia xde sebab bab* nora bawak jalan. bapak aku nampak tapi diamkan sebab dia tau dia pon ada anak perempuan and kenangkan jaga nama baik bapak dia. bab* nora pon ape kurangnya, jiran2 dulu ade nampak kat bandar bepeluk2 sakan tapi kitorang diamkan jer biler orang ngumpat2 ko. ini, biler ko dah kawen, dah lepas mende2 tu semua nak jelas kat kitorang yang still bujang ni? phleeeeaaasseee lar.
sikap derang yang x bertimbangrasa dan x boleh lebih kurang semua saudara mara aku pon perasan and incik fareez pernak cakap 'balik umah u x best lar sebab jiran2 u lain macam'. hahahaha. ko sundrik nampakkan.

p/s : sebenarnya saya xnak kutuk orang dalam blog saya nie tapi dah tersasar sebab terlalu geram. xkan nak cerita kat orang perangai jiran kiterkan? so, luahkan kat blog jer ler. oleh kerana dah melalut terlalu jauh sampaikan kemeriahan aidilfitri x dapat dirasai pada entry kali ini, esok jer lar aku post entry khas untuk hari raya.

1 comment:

hied said...

peningla aku bace... banyak noo. skip terus. karang cite. hehehe