Monday, September 7, 2009

F.I.T.N.A.H


HELLO WORLD !!!

tetiba teringat setiap kali nak test @ belajar program mesti mende nih akan dibuat. sebab tu mawi bleh glamer guna perkataan WORLD nih ...

ok back to topic ...

actually harini aku sangat sedih. yer ke sedih? yup sedih sebab apa dosa aku sampai orang buat kat aku macam ni. aku x usik dia, x kacau dia, malah tengok dia kalau dia lalu pon aku xkan toleh. tapi kenapa dia x puas ati ngan aku? aku xde kelebihan pon yang dia nak dengkikan sangat. wooo musti tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan, kan?

ceritanya bermula begini.

once upon a time ...

citer berkisar kat opis. ade sorang minah ni memang jaki ngan aku dari dulu lagi. dari bile aku x pasti cume yang aku pasti bile dia dapat sebab sepantas kilat dia terus menjalankan jarum demi jarum.

kronologinya begini :

1st - last year aku ada temankan kawan aku, mek lijah pi masuk rancangan jangan lupe lirik. dah lama kan citer ni? sedangkan jangan lupa lirik 2nd season pon dah nak abes. okeh lepas tu, kecohla kat opis. lepas tu minah ni call aku terus cakap pelampung then gelak2. aku terus buat2 x ngaku n letak talipon. maybe suara aku macam marah, yerla vocal akukan very da high note. so, aku admit yg tu maybe salah aku. tapi kalau aku marah dia sekalipun, sukati aku lar kan. kalau aku berada ditempat dia, aku akan marah masa ari tu ajerla. esok lusa aku baik jer la balik. then dari sini dia dah start. mak cik kepoh ni terus bagitahu semua orang jangan tanya aku pasal rancangan tu nanti aku marah. e, sesuka ati ko jer announce kat orang yang aku akan marah. orang lain aku x marah pon. terus geng2 dia yang dulu kenal aku macam mana terus jauhkan diri dari aku macam aku bleh makan orang. but then aku still x kesah sebab bagi aku, org nak kawan, kawan, kalau xnak kawan, aku x rugi apa2 pon. maybe ade certain part aku susah sket tapi x apa dari aku kene melutut bagai kat orangkan. ok akupun biarkan hal ini berlalu.

2nd - tapi mak cik kepoh nih still macam nak carik gaduh. dia sengaja kutuk aku depan kawan2 aku dengan intention bila kawan aku sampaikan kat aku, aku akan serang dia (nih akunyer assumption lar). pernah satu hari member opis yg close ngan aku lalu tempat dia, dia tengah makan epo. untuk makluman dia adalah bini urang kaya, memiliki husband yang ensem menurut kawan2 aku sebab aku x penah tengok dan memang aku jarang tengok husband opismate aku. x berminat lar nak tgk. suka makan macam2 ubat tapi phhleeeeeeaasse memang x cantik pon kalau ko makan selori ubat sekalipon. gaye kampung mak cik ko tue still ade. lepas tu kawan aku tegurla dia, then ade boss lain kat situ turut serta perbualan. berikut adalah perbualannya setelah diceritakan balik oleh opismate aku yang close ngan aku nie :

o : banyaknyer pil *** makan. pil apa nie?

c : epo. epo ni bagus untuk org perempuan.

o : tau, cume saya x beli2 lagi pil nih.

b : pil apa tu? untuk apa makan pil ni?

o : bagus untuk kulit, darah sumer. lepas tu dapat control kiternye angin, kurang marah2.

b : oo *** selalu angin lar nih.

c : eh xlah, saya mane ade angin. jiran awak yang selalu berangin.

b : jiran dia, siapa jiran dia?

c : jiran sebelah dia lar.

b : nana ker? setahu saya nana x berangin cume kalau saya lalu tempat dia saya bau angin wangi jer, sebab minyak wangi dia 1 bilik bau.

c terdiam dengan muka x puas ati. see ... walopon orang nak burukkan aku dia terkena balik. oh ya abbreviation bagi simbol diatas adalah :

b - boss

o - opismate

c - cleaner (bagi dia gelaran cleaner coz walopon dia pakai branded (sebab dia selalu mengklaskan diri dia dengan barang2 branded) tetap nampak sama macam cleaner opis aku pakai. muwahahahaha.

walopon ramai tau kepoyoan dia yang terjerit2 mention branded bagai tapi aku just ignore sebab itu bukan hal aku ..

3rd - kendian dia kene pindah naik floor atas, kebetulan sefloor ngan member aku jugak, belh ayat soklan dia kat member aku ni :

*** baik ngan nana ke? (sambil buat muka sinis). WTF.

4th - dulu sorang mamat nih suker kacau aku sampai aku naik angin, bleh dia sound mamat tue 'nana tue buat ko macam tu pon ko nak kacau dia lagik' tapi nasib baik baik mamat tu jawab 'ala. saya kenal nana tue. dia marah sekejap jer tapi dia ok'. giler suckkssss x dia?

5th - ade sorang boss opis aku sibuk jual air ecpi. sibuk promo kat aku. dah aku xnak xnak lar. aku dah xnak beli macam2. buat bazir duit jer. sekali minah nih lalu boss tu mention, 'tengok muke *** licin jer' bleh dia jawab dengan kuat dan bangga ' SKII' ek elleh. phleasse arr macam aku x penah guna SKII. aku gune dermalogica pon nak sorok2 tau. tapi aku just biarkan. itu ko penyer hal xde kaitan ngan aku.

6th - masa dulu ade fitting nak buat blazer. apek tu datang amek ukuran. aku cakap nak labuh sket (yerlar, prepare utk gemuk) derang semua gelakkan aku termasuk minah ni paling kuat (sakit giler ati aku, tapi aku still sabar). esoknya masa aku cuti lepas tu close opismate aku citer kat aku, nyonya tu ukur pinggang dia then cakap dengan kuat 'besarnya pinggang you' dia terus bengang sebab ramai dengar. see, cepat jer tuhan balas ape yang dia buat kat aku.

7th - yang ni aku baru dengar tadi. tapi x abes citer sebab x sempat cuma aku dapat tahu, hubby dia dpt buat iklan as a model lar. dia pon audition tapi REJECT!!! kenapa kecoh sangat bagitau orang. x malu ke? kalau aku lar aku cumer kongsi ngan org terdekat jer. physco lar minah ni. pas tu member aku cakap dia penah cakap dengan orang masa kat tingkat atas 'nana tu bukan saingan saya lar' tapi x abes lagik tengah nak korek ngan member aku. so?? ada ke aku cakap aku nak bersaing dengan ko? ada ke aku berperangai macam budak2 macam ko? ada ke aku nak overshadow ko bile ko cakap kuat2 bile sampai opis macam nak bagitahu kehadiran ko kat opis? ade ke?? aku sendiri pandang diri aku as a loser, useless, hopeless, yang ko memandai nak nak cakap aku nih bukan saingan ko kenapa? hina sangat ke aku ni? hebat sangat ke ko setakat nak bersaing ngan aku then ko rase ko menang? ko dapat pokok emas ke kalau menang?
apa yang pasti aku perasan dia cukup suke kalau ade orang cakap aku gemuk @ x lawa. aku dah lama perasan. kenapa eh? giler dia nih.

memula balik memang aku sedih sangat. after crying on his shoulder baru aku lega. dia cakap orang macam ni biarkan saja. yer aku tau tujuan dia nak aku serang dia, then bleh dia fitnah aku macam2 lagi. tapi aku bukan orang macam tu lar. serious walopon aku ni nampak jahat, selalunya kalo ade opismate yg bermasalah ngan aku, memang aku yang undur diri mengalah. contohnya macam opis lama aku, last2 aku carik kijer lain sebab aku x suke orang makin sakit ati ngan aku walopon aku x buat ape2. macam close opismate aku cakap, aku kene sabar cuma dia takut setiap manusia ada hadnya kesabaran. sampai masa akan meletus jugak. tapi selagi aku bleh bersabar, aku akan bersabar.

cuma aku harap semoga apa yang terjadi kat aku, aku akan dapat benda yang lebih baik. contohnya dapat keje tempat lain ke? macam opis lama lepas aku dapat kijer sini, keuntungan jauuuuhhh beza ngan company lama. so, aku harap akan datang macam tu lar. sakit lar dok company ade orang yang x profesional macam ni. inilah nasib aku. kalau selalu orang mengeluh pasal bos2 derang, aku plak terbalik. boss semua alhamdulillah sampai arini aku dpt yang baik2 belaka (memangla kadang berangin gak dengan derang tapi aku masih boleh klasifikasikan baik). cuma masalah aku selalu datang dari colleague aku yang aku pon xtau punca derang benci aku sangat2.

anyway, aku x terkesan sangat dengan apa yang dia buat, cuma cara dia hasut semua orang keliling dia macam aku nih monster yang makan orang biler derang tengok aku. aku x kesah dia benci aku tapi jangan buat orang lain yang xde kene mengena pon terlibat sama.

1 comment:

haku kayer said...

na, ubat utk orang cenggini kan. satu je. doakan utk dia. kita tak buleh nak ubah dia, so kita mintak dari Allah mintak dia berubah jadi lebih baik lagi.

takpe, orang bagi kita taik, kita bagi bunga kat dia.. silap salah dia, Allah je yang balas...