Friday, September 4, 2009

Novel Novela Boleh Blah ....

‘Jem!! Jom teman kita pegi kedai pak daud kejap’ ujar Sal yang meluru ke arah Jem yang tengah menuju ke tempat mandi berbekalkan tuala dan kain batik. ‘Eish, saya dah nak mandi ni. Kan dah pukul 6:30. Nanti kalau tak mandi saya kena pukul dengan mak cik’ jawab Jem keresahan sambil menoleh ke arah rumah meninjau-ninjau samada kelibat ibu tirinya, puan Sue ada di pintu rumah atau tidak. ‘Eleh, awak nak takut apa, bukannya saya ajak buat apa pun, temankan pergi kedai je. Lagipun awal lagi ni. Cerah lagi, cuba awak tengok langit tu, cerah lagi, tak ada tanda gelap pun lagi. Tak caye, tanye ngan langit. Saya belanja awak kacang, awak nak tak?’ Sal cuba memancing minat rakan karibnya sejak kecil itu. Jem berfikir sejenak. Tak sampai sepuluh saat pantas Jem jawab ‘Tak nak la. Setakat makan kacang free awak tu, lepas tu kenyang sekejap jer, tapi kalau kena bantai dengan mak cik seminggu saya nak tahan sakit tau’ sambil terbayang-bayang kejadian dipukul dengan hanger sebab tersalah beli barang yang mak ciknya pesan. Itu semua gara-gara melayan kerenah Sal. Mak cik Sue pesan beli asam jawa, dia beli belacan. Mahunya tak mengamuk orang tua tu. ‘Tak pe la kalau awak tak nak ikut. Saya ingat nak beli aiskrim sekali makan sama-sama awak sambil jalan, tapi awak tak nak tak pe la. Lagipun, kalau awak tak buat salah pun nanti awak kena marah jugak’ ujar Sal sinis dan masih cuba memujuk.
Ye la, siapa tak kenal mak cik Sue dalam kampung tu. Mak tiri Jem yang berkahwin dengan ayah Jem semata-mata kerana nakkan hartanya. Kadang-kadang Sal rasa nak tampar je perempuan tua tu bila dia kenangkan nasib Jem. Tapi apakan daya mereka. Sal menyayangi Jem sepenuh hati sebab mereka berdua banyak berkongsi suka duka bersama-sama. Bila mengenangkan nasib Jem, kadang-kadang Sal macam bersetuju dengan apa yang orang kampung cakap. Orang kampung semua tahu yang mak cik Sue menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan ayah Jem sebab ayah Jem agak berada di kampung tu. Selepas jer mak kandung Jem meninggal terus dia menjalankan strategi untuk mengorat ayah Jem. Jem pernah cerita kat Sal ayahnya Pak Taha pernah beritahu pada Jem ‘Aku tahu mak cik kau tu, bukannya nak aku sebab sayang kat aku, tapi nak harta aku. Cuma masa tu aku nampak ko suka kat dia Jem, tu yang aku kawin dengan dia, supaya dia boleh jaga kau’. Ye la, masa mak Jem meninggal Jem baru berumur 4 tahun. Apalah yang dia tahu erti kasih sayang sangat. Apa yang dia nampak siapa yang datang buat baik dengan dia, itulah orang yang dia suka.
‘Oi mak nenek. Kata tadi nak pegi kedai. Nak makan aiskrim la, nak makan kacang la. Ni yang dok tercegat depan saya lagi ni kenapa?’ sergah Jem bila dia tengok Sal diam termenung. Kedua-duanya tertawa mengekik-ngekik lepas Sal tersedar dari lamunan. ‘Jem’ laungan suara yang amat lantang dah kedengaran. Satu kampung tau milik siapakah suara itu. ‘Tak mandi lagi? Dah petang ni. Cepat mandi. Nak kena bantai lagi ke?’ laungnya umpama Jem berada jauh dikampung sebelah. ‘Nak mandila ni. Sal ni ajak pegi teman kedai pulak. Ok, Jem mandi sekarang’ umpama lipas kudung Jem berlari ke arah bilik air meninggalkan Sal terpinga-pinga. ‘Sal, ko tak nak balik ke? Dah petang ni, tak payah nak main lagi’ herdik mak cik Sue. ‘Nak balik la ni. Tak payah halau-halau, orang tau la nak balik’ ujar Sal geram sambil meninggalkan mak cik Sue dengan omelannya.
Seperti rutin biasa, lepas balik mandi, sediakan makan malam untuk keluarga, kemudian Jem dan Sal akan bersama-sama adik beradik tiri Jem yang lain-lain dan kawan-kawan akan pergi mengaji bersama-sama. Rutin biasa bagi kanak-kanak di kampung itu. Kemudian, tidur awal untuk ke sekolah esok paginya.
Pagi-pagi lagi Jem dah minta mak cik Sue untuk membelikannya pensel sebab penselnya dah habis diguna sehingga kontot. Tapi dimarahi pula oleh mak ciknya. Ayahnya, Pak Taha mula bersuara ‘Awak ni. Cuba la kasi dia duit beli pensel dan buku. Macam mana dia nak belajar kalau tak ada benda tu semua?’ sambil menjeling kasihan memandang ke arah muka Jem yang menahan sedih. ‘Ala. Tak payah belajar pandai-pandai. Nanti besar kawin duduk kat dapur juga’ bentak mak cik Sue. Jem kehairanan. Sebenarnya bukan sekali nih dia rasa hairan malah dah berjuta-juta kali dia hairan. Kenapa ayahnya selalu kalah bila bergaduh dengan mak ciknya itu. Dia tahu jauh dalam hati Pak Taha, memang amat bencikan mak cik Sue tapi Pak Taha seolah-olah tak berdaya nak menegakkan kebenaran. Cuma apa yang Jem ingat, setiap kali mereka bergaduh besar, terutamanya yang berpunca dari dirinya, mak cik Sue akan bawa Jem ke satu rumah nenek tua dihujung kampung. Berubat alasannya dan diberi Jem minum air yang kononnya untuk mengubati sakit Jem. Bila balik dari rumah nenek tu, mesti Jem rasa sayang dekat mak cik dan Pak Taha akan lembut hati semula kat mak cik Sue.
Dengan langkah yang berat Jem berjalan kaki menuju ke sekolah dengan ditemani siapa lagi kalau bukan Sal yang becok bercakap-cakap sepanjang jalan. Sebagai sahabat Jem mendengar semua cerita Sal tanpa jemu sambil otak berfikir apa yang perlu dibuat di sekolah nanti kalau cikgu suruh menulis. Tiba-tiba Sal berhenti bercakap. Jem terasa pelik sebab selalunya pegi dan balik sekolah Sal akan bercakap tanpa henti. Ada-ada saja ceritanya yang mencuit hati. Jem pandang Sal yang diam. ‘Awak ni ada masalah ke Jem? Mak cik Sue pukul awak lagi ke? Orang tua ni memang dah melampau tau. Kalau saya jadi ayah awak dah lama saya kasi penampar jepun kat dia’ gerutu Sal sambil menjuihkan bibirnya. Gayanya yang lucu membuatkan Jem terhibur sampai terlupa masalahnya sendiri. ‘Tak la. Tak ada apa-apa’ sembunyi Jem. ‘Cakaplah. Aku dah lama kenal ko Jem. Sebelum ko lahir lagi aku dah kenal kau tau. Lagipun..’ belum sempat Sal menghabiskan ayat-ayat sumpah seranahnya mereka dikejutkan penunggang basikal yang sengaja lalu ke sebelah mereka dengan laju ‘kring kring’, bunyi loceng basikal dibunyikan. ‘Setan kau’ sumpah Sal ke arah Ana, anak bongsu mak Cik Sue, adik tiri Jem. Ana hanya tersengih-sengih macam kerang busuk dan menjulurkan lidah ke arah mereka. Hampir-hampir mereka terjatuh untuk mengelak dari basikal Ana. Jem hanya memandang Ana dengan muka yang lesu. Lesu dengan gelagat mereka anak beranak. Jem berazam untuk belajar pandai-pandai untuk meninggalkan mereka. Jauh dari dunia mereka.
Kriiiinnnng. Bunyi loceng menandakan semua pelajar kena masuk kelas untuk belajar. ‘Selamat pagi cikgu’ ‘Selamat pagi murid-murid. Hari ini kita akan sambung soalan matematik semalam. Buat latihan muka surat 35. Buat sekarang, kalau ada soalan boleh tanya saya’ ujar guru kelas, Puan Murni sambil berjalan mengelilingi kelas meninjau anak murid kesayangannya membuat latihan. Tiba-tiba pandangan cikgu Murni terarah ke Jem. Jem kelihatan resah sambil berpura-pura membuat kira-kira. ‘Kenapa lagi ye, dengan anak kecil ini’ desis cikgu Murni. Jem semakin resah apabila sedar dirinya diperhatikan cikgu Murni seraya berdoa didalam hati semoga cikgu Murni tak perasan yang dia di dalam kegelisahan. Cikgu Murni menghampiri Jem. ‘Jamiah, kenapa awak tak buat lagi latihan? Awak tak faham ke? Awak boleh tanya saya’ ujarnya lembut. Alangkah bertuahnya kalau cikgu ni yang jadi mak tiri aku. Ngomel Jem di dalam hati. ‘Saya tengah buat la ni cikgu. Tengah mengira ni’ ujar Jem untuk menyembunyikan masalahnya. ‘Satu soalan pon awak tak buat lagi. Mana pensel, pemadam awak?’ soal cikgu Murni macam pegawai penyiasat. Jem tertunduk malu seraya menjawab ‘Dah habis cikgu. Saya tak ada pensel nak buat latihan’ air mata mula bergenang kerana malu. Malu kerana menipu cikgunya sebentar tadi. Malu kerana diri tak mampu memiliki pensel seperti kawan-kawan yang lain. Yang paling memalukan sekarang adalah, semua rakan kelas sedang memandang ke arahnya. Terdengar suara-suara nakal dibelakangnya, ‘dia malas nak buat latihan la tu’, ‘dia nak perhatian cikgu tu’, dan macam-macam lagi omelan dari kawan-kawan sekelasnya. Dia terasa kalau boleh mahu meninggalkan planet bumi ni serta merta. Cikgu Murni yang simpati dan tahu keadaan Jem terus memberikan penselnya kepada Jem. ‘Nah, pakai pensel cikgu. Awak kena siapkan latiahn ni sama macam kawan-kawan awak yang lain. Nanti lepas kelas ni jumpa cikgu di bilik guru’. ‘Terima kasih cikgu’ balas Jem terus tertunduk. Malu untuk memandang wajah rakan-rakannya. Tak tahu dimana nak letak mukanya.

Bersambung ……………………………

No comments: