Monday, August 9, 2010

PotLuck @ Opis Be4 Puasa

Jumaat lepas merupakan hari yang ditunggu2 sebab plan ahli2 floor kami nak buat potluck. aku dah pening xtau nak buat ape. siap mintak kat cik mimie resepi mee bandung. kunun2 nak buat tue lar. so nih resepi yang cik mimie bagik :

Bahan2
1. Cili kisar (bergantung nak pedas mana)
2. Udang kering (perlukan banyak)
3. Serai 4,5 batang. Kalau nak masak banyak, kena lg banyak)
4. Lengkuas (jgn byk sangat, nnt leh kena cirit birit, so dalam ½ cm je kot)
5. Bawang besar (kalau nak pekat, lg banyak pon takpe..)
6. Bawang putih (agak2 la)
7. Ketumbar (dlm segenggam besar – lg byk kalau masak banyak)
8. Kacang tanah yg dh di tumbuk (or blend kering nak senang). Sket je dlm secawan camtu (kalau banyak) – optional utk pekatkan kuah ----- optional (byk sangat nieh sampai secawan)
9. Tauhu ditumbuk (dalam 2,3 keping) nnt akan ditumis skali ngan cili+bawang dll
10. Air rebusan daging (kalau nak guna air daging, substitute to air rebusan ayam pon ok) tp lg sedap daging
11. Bahan2 sparepart lain mcm ayam/daging, sawi, telur, yg lelain optional mcm udang, fishcake sumer tu

Cara2 Masak
1. Blend 1,2,3,4,5,6,7. Pastu tumis sampai garing. Nk lg sedap, tauhu tu masukkan skali masa tumis (lepas garing baru masukkan tauhu) . Garing 2 kali pon lagik ok… nak garing/keringkan dia mmg makan masa, so kena sabar byk2.
2. Masukkan garam, gula.. gula kena lebih sket walaupon harga gula dah naik.. mee bandung kena rasa manis2 sket baru la mee bandung namanya ehehe.
3. Biasanya aku akan tumiskan rempah tu semua malam ari. Esoknya, baru la wat kuahnya. Rempah ni kalau ko wat banyak2 pon takpe, leh simpan n bila2 masa ko nak buat, tinggal bancuh je.
4. Cara bancuh (wat kuah). Air rebusan daging tu, ko campur ngan rempah tu. Tgk kepekatan dia camne. Masukkan bahan2 sampingan lain (11) and tambah kacang utk pekatkan lg kuah.
5. Didihkan kuahnya.. celur mee, & sedia utk dihidang…

hehehe .. sebijik2 ape yang ko email kat aku aku paste kat sini mimie!

tapi selepas tengok timbang kati resepi yang cik mimie kasi nie + cik mimie plus suggest try sampai dapat rase yang sedap, aku raserkan amat mudah kalo aku bawak bende yang senang sangat nak buat dan terbulti kesedapannyer (chewah) menurut anak tekak papa. aku rase macam biase jer tapi papa pernah cakap aku sedap masak tue jer. sungguh kurang asam mulut papa nie? nak tau ape aku bawak ???

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;


tara .... sambal udang .. sangat minima bahan dan juga penyediaannyer .. nie merupakan lauk yang aku suke masak sebab sangat senang. huhu.


geng kami 3 orang plan, sorang masak meehoon goreng ngan rendang, sorang pulut n aku bawak lar sambal udang nie. memula masa beli aku ingat banyak dah tapinyer lepas siap sikit jers. ceh! aku bangun pukul 430 pagi ok nak masak. yerlar, udang tue sekor2 aku basuh buang urat belakang, maunyer x lama. cume kesilapan terbesar aku ialah aku gune cili yang pedas buat sambal nie. yang makan cakap sedap (chewah! ni bukan aku tanyer derang yer, sebab nanti mesti orang terpaksa jawab sedapkan tapi derang sendiri yang cakap kat aku) tapi pedas. papa pon cakap 'you nak bunuh orang ke nak jamu orang?' aiyarrk. aku memang dah silap. huhu. kesian aku tengok derang makan. huhu.

pastu colleague aku citer day be4 hari potluck tu boss lalu pastu nampak lar akunyer kueh lapis medan atas meja, bleh dia cakap kat dia '**** tengok na** nie, esok kang kek lapis ni lar yang dia bawak' cet! sungguh kurang asam. seb baik member tu tolong jawabkan 'eh en. *******, jangan pandai2 cakap, dia dah plan nak masak untuk esok tau. setakat tempah2 nie dia x main' hahahaha. terus terdiam pakcik tue. kikiki. ape dia ingat aku nih tangan bangku ker? kuikuikui.

nih kek lapis legit medan, indonesia yang aku makan tue, kalo sesapa nak order bleh order kat aku, RM45 sekilo yer :






ini antara makanan2 yang aku makan pada hari itteww :


nampak x bekas sambal udang aku tue? macam kedekut kedaungkan haku? huhu.



muffin nih sedap!





tolong kopek buah kat pantry n yang penting possing mautttssss

makanan yang aku makan

meehoon pulut rendang karipap n muffin

laksam. sebenarnya bukan laksam. orang asal daerah nih cakap sebenarnya namanye lakse, orang lain yang pandai2 letak huruf m kat belakang tue. pastu aku xtau makan, mase tanye boss (laksam ngan nasi dangang boss aku sponsor 4 orang) ape lawannyer, dia gabra kot ngan aku (huwahuwahuwa) sampai x cukup lawan, dia lupe cakap kat aku sayur sekali, so aku makan 2 kali lar kan nak dapatkan rase yang betul.


nasi dagang my favourite, bila makan nasi dagang, aku yang x makan ikan tongkol pon boley makan. huhu.

kueh mueh n cheese cakes sedap

desert2 yang aku letak kat meja sesambil wat kijer

kueh lagik

spaghetti. walopon memula macam malas nak makan sebab macam dah x lalu dah spaghetti nie, dah selalu masak, tapi bak kate ita 'nanti x menyesal' aku pon makan.

lepas tue ade yang sponsor ice cream. besar kan sizenyer?

opismate posing buat root beer letak ice cream (hehehe .. ade kes ayat nie)

wiff my best buddy makan eskrem kali ke 2. lepas abes solat jer nampak orang makan eskrem terus aku mintak nak jugak macam bebudak nampak pakcik eskrem naik moto lalu taman.

float

bibik opis ... muwahahaha .. seb baik dia xtau belog aku neh!!

apa yang aku raser aritu macam ari makan sedunia, 1 ari aku makan x berenti2 macam esok lusa dah xde makanan dah!.... best!!

No comments: