Friday, April 9, 2010

PASRAH

saya sudah pasrah dengan diri saya. saya hanya mampu redha dengan apa yang berlaku ke atas diri saya ini. nampak ayat ni macam sungguh menyayat hati. antara beberapa perkara membuat saya pasrah :

  1. saya sudah tidak mungkin (bukan mungkin tidak) untuk kurus kembali. ini disebabkan nafsu makan saya yang amat membuak2 ketika ini. asek nak makan saja. sekarang tengah praktikkan makan waktu siang sahaja. bila malam x nak makan. tapi ya ampun, esok paginya sampai jer opis aku dah macam gorilla kelaparan untuk carik makanan.
  2. saya selalu tido awal sekarang kerana ketiadaan ASTRO. yer, sebab x bayar bills so x dapat tgk movie2 kat HBO. sekarang nie, kecuali isnin dan selasa saya akan tido setiap hari pada jam 9:00 malam. yer, sila percaya. isnin tido lambat sebab ade NCIS. kalo ngantuk gila babas pon haku akan gagahkan diri tengok. selasa ada DESPERATE HOUSEWIFE. eh, rasenye sabtu pon lambat kot sebab ahad coti.
  3. CICI dan JOJO yang sekarang amat suker menyorok bawah telekung saya tetaip pagi sambil gegurau senda sesama mereka bercakar cakaran. sekarang nie, asal saya solat subuh mesti mereka nak berkejar kejaran. yang bestnya dulu cici suker sondol2 kepala saya masa sujud. skang neh terus masuk dalam kain. kekadang saya yang tengah khusyuk (ayat x boley blah) ni terkejut tetiba rase ade bende atas peha. lepas dia dah masuk, si jojo dari luar tercari2 sambil mencakar2. lepas tu si cici akan berlari sampai belakang, which is time saya nak berdoa. haa, masa ni lar derang bergelut, sorang kat luar sorang kat dalam. yang saya tengah berdoa ni, sesambil lar menarik telekung jangan terbukak. heiiishhh. apa dia ingat telekung saya nih kondo mainan derang agaknya.
  4. kehidupan yang sangat mono sekarang nie. sangat bosan. gi kijer, balik kijer. seb baiklah ada aktiviti2 sampingan seperti men badminton ngan aerobics. maybe saya nak kehidupan seperti zaman2 naive dahulu. gi kijer, balik kijer dating. xder lar dok umah tengok semua siaran tv yang ada kat rumah tue. seperti loser plak rasenye.
  5. kurangnya interaksi bersama si DIA. kurang interaksi, bukan komunikasi. ini kerana dia amat bzzzzz yang sendiri x faham ntah apa yang dibzkan sampai susah benar nak jumpa. everyday hanya telefon telefon telefon. sampai saya rase malas nak angkat tepon. balik2 tanya soalan yang sama, kat mana, dah makan, buat apa, bla bla bla. kadang tue rase bazir bills tepon cakap lelama (eh, saya pulak yang dah x suke cakap kat tepon lama2. dulu bukan main gedik suke gayut kat phone).
  6. sudah selalu rasa sakit2 badan. sekarang nie, asek rase sakit. kalau salah makan, rasa angin kat ulu hati, rasa sakit itu lar, ini lar. kadang2 rase, saya ni dah nak sampai waktu untuk 'piap' ker? ohh tidak. mintak2 diberi kesempatan saya bertaubat sebelum 'piap'.
  7. rase macam dah x cun. hahaha. skang nie macam banyak plak jerawat tumbuh. sabo jer ler. tapi maybe sebab nak pe'ot kot. sebab tanda2 dah nampak. yerlar, orang macam saya memang x boley nak predict time pe'ot sebab x regular macam orang lain. sangat susah hoccay. lepas tue rase nak ubah style plak untuk nampak gorjes. hihihi. nak potong rambut macam agnes monica. masa tengok ABPBH dengan papa aritue, tengok stacy kot. rambut dia macam berkenan, so saya pon cakap 'eh nak potong rambut macam stacy lar, cantik' terus spontan orang tua tu jawab (macam lar saya ngan dia kan), 'kalo pakai tudung lagi cantik' sambil senyum simpul. teeeeetttt. senyap seketika sebab kurasekan umpama kena penampar 2 das. tetapi disebabkan saya memang terlatih untuk menjawab sebarang sarcastic words dengan pantas, secepat kilat kujawab 'elleh, nak soh i pakai tudung. nih sumer salah u lar i x pakai tudung. sape suruh lambat sangat nak kawen' muwahahahahaha.




konklusinye saya memang x tau adakah perkara2 diatas amat relevan dengan tajuk pasrah ini.

daaaaaa ...

No comments: