Tuesday, October 20, 2009

Lega But Still Risau

- pergh!!! pepagi guwe sudah update ini blog. -
- arinih nak citer mende2 yang buat guwe rase lega tapi still risau -

Mak & Ayah
semalam call mak tanye info terkini. mak pon cerita lar macam xde benda apa2. dia cakap ayah ok, kaki dia pon ok. cume bengkak sikit jer. sikit jer? sekang nie aku dah x boley pecayer cakap mak kalo tanyer pasal kesihatan derang sebab mak akan tipu cakap ok sebab baru aku tau selama nie mak cakap ok sebab dia amat takut pi spital. kenapa eh orang tua selalu takut pi spital? sebab aku kalo sakit memang laju jer nak gi klinik. kalo ayah xnak pi, mak marah ayah, tapi hakikatnyer samer jer depa ber2 tue. mak cakap bibah x bawak gi hospital semalam tapi dia bawak gi umah mak usu cerita cerita.
lepas tu malam tu bibah call. dia cakap dia baru bawak mak gi spital malam tadi (maybe mak nak pi sebab aku dah suruh mak pegi hospital petang tue. bibah cakap mak jer jumpe doktor, dia lupe nak bawak ayah jumpe doktor sekali sebab terleka dengan maknyer kes. padehal ayah follo sekali gi spital. bleh lupe? aku pon x faham. tapi aku x boley lar nak marah kan, kang nanti dia ngamuk plak. lepas tue, doktor cakap mak kene check kat klinik kesihatan seok untuk check semua baru esok datang balik hospital doktor kasi ubat yang sepatutnya. yer, kencing manis mak amat tinggi kali ni. aku terkedu. sebab setau aku segala jenis mak nenek ubat kencing manis, darah tinggi n etc mak minum, siap tanam lagik kat depan umah. so, selama ni aku confident mak xde sakit2 nih. rerupernye baru aku tau bibah cakap mak suke minum air manis macam nescafe, teh terutamanya air kacip fatimah. kalo kacip fatimah for sure lar lagi tinggi kandungan gula sebab air tenagakan. so, skang nie mak dah kene diet macam aku lar, kene makan berpantang. dah x boley air2 manis lagik. maybe dia ingat dia makan ubat2 pahit tue, dia still boley minum manis2 kot. so, pagi nih bibah akan bawak mak ke klinik kesihatan. ayah dia cakap dia akan bawak hari lain bile ayah cuti nanti.
tentang kaki ayah plak, bibah cakap ok jer, dia jatuh sebab semua keje nak buat cepat. aku suruh bawak check jugak sebab dah banyak kali jatuh. tapi bibah cakap tengah sakit tu, tapi biler tengok wrestling bleh plak ilang sakit dia, masa nak gi keje pon dia ok jer. ntahla aku pon x faham. cumer aku berharap derang akan sihat seperti biasa balik. lepas tu aku nasihatkan bibah soh buat keje2 rumah tolong mak, jangan kasi dia berdiri sangat. bibah jawab 'tau lar aku, ko xyah cakap, aku dah 2* tahun dah, bukan budak2 lagi' eh ehh .. aku sebagai kakak cume kasik nasihat jer, tu pon nak marah ke? last2 aku cakap 'sekang nie, aku kasiktau ko, bukan masalah ko dah besar ke kecik ke, aku cumer nak kasiktau, kalo ko nak buat, buat, xnak sudah' hahahaha. terus dia cakap ok. kenapa susah yer bagi seorang kakak nak nasihatkan seorang adik berbanding dia dengar cakap kawan2 dia?. lagi sekali aku pening. kehkehkeh.
doa dari seorang anak yang berterusan 'semoga mak dan ayah akan sembuh macam dulu'.....

inchik FareeeZ
semalam kan aku macam orang meroyan sebab raser diri macam dah jauh dengan diakan. so, semalam aku cakap kat dia. lepas dia terangkan baru aku faham sekang. memang sekang dia amat bz sebab dia kene buat marketing balik. berikut perbualan aku ngan dia yang mane seperti biasa aku yang akan kene marah. hahaha.

'you, you x rase ke skang nie you dah makin jauh dengan i? you asyik bz jer skang nie'
'you, i keje you, nak buat macam mane. you macam x faham plak keje i'
'yerlar dulu you keje tapi xderlar macam skang ni'
'ok lar i bagitahu kat you nie, i terus terang kat you' aiyoohhh ... aku dah setat bedebar2.
'skang kan ni*am dah x jadik panel ce*om. so, i dah xde job skang nie. kan i dah bagitahu you haritu. job i tinggal 1 lagi jer suarasa next month. lepas tu dah xder. skang nie i kene wat marketing sane sini nak carik job. kalo x buat macam nie, x makan lar kiter nanti. you selalu cakap you faham i, tapi you still x faham i. i dah tau dah. sekang you cakap you faham, nanti lagik 2, 3 bulan you buat hal lagi, tanyer lagi'
'eh eh marah ke?'
'x marah, i cube explain kat you lar ni'
'okla sorry'

so, skang abih dah meroyan time aku. kikiki.

abes dah part Lega But Still Risau ......

ini pasal opis plak. sebetulnya kalo buleh aku nak avoid dari citer pasal opis politiking tapi maybe some of the budusss thingy bleh kot aku citer. skang nie, dah macam2 rules muncul. aku pon x faham. yer, untuk orang yang macam aku ni xberdisiplin dari zaman sekolah hingga lar sekang tetapi komited dengan keje yang diamanahkan, aku memang sangat2 nak carik kijer lain. tolonglah!!!. aku akan sentiasa berusaha dan berdoa moga akhirnya aku akan dapat kijer di tempat yang buat aku happy. kijer yang flexible hours. aku x kesah kijer sampai pukul 3, 4 pagi sekali pon asalkan ianya flexible time, kijer yang hanya aku sorang akan maintain kijer tue, dengan erti kata lain, aku akan faham from a to z semua kijer2 aku, dan bebas buat decision untuk kijer aku. bleh ke dapat? selalunye kijer2 yang macam ni hanya orang2 profesional jer yang dapat. setakat pencacai macam aku nih. huuhuu. aku memang amat x suker keje yang macam budak sekolah. masuk dan keluar kene punctual. x cool huh!!!.
opsss .. jauh plak melalut. seperti biase, aku xkan mengomel kalo beban keje banyak ker, ade colleague malas buat kijer tapi pass kat aku ker (hehehe, kalo ade orang macam nie haku lagik suker, sebab lagi banyak kijer aku buat, lagi banyak error occured, lagi lar aku pandai...kehkehkeh), tapi aku akan mengomel kalo idea2 budusss dari orang2 yang maybe mase sekolah adalah ketua pengawas atau mase sekolah dulu dia amat bercita2 tinggi nak jadik pengawas tapi x dapat, so dia implement mende2 ridiculous yang menyusahkan orang. susahkan orang tu satu. memalukan company jugak kalo dengar dek orang luar. hahaha. banyak lar idea buduss cumer 1 nih aku nak citer sebab ade citer lawak dari opismate aku.
skang nih waktu pagi, pukul 8:30 orang2 admin akan buat spotcheck every floor siapa yang x ade kat tempat duduk. kalo kosong, nama akan diambil. lawak x, lawak x? WtF. motip? maybe sebab nak carik orang yang masuk opis lambat tapi kad dah berpunch @ mencari puak2 yang suker makan kat pantry sambil bercerita hikayat dongeng merapu merapik lebih dari pukul 8:30. kan senang, kalo nak carik orang2 macam tue, xyah nak spotcheck bagai, attack jer terus, sebab selalunya kiter dah bleh marked mereka mereki yang macam nih. ni nak check setiap tempat? lawak2. beberapa insiden yang bleh aku klasifikasikan kategori lawak :

1st
masa tu, ade sorang orang admin tapi dia nak jumpe bos. dah nak dekat pukul 8:30. kak i*an dengan selamba bagitahu :
'eh, saya nak gi toilet nih. nanti jangan pulak awak tulis saya x ade kat tempat. saya dah bagitahu awal2'
hahahaha. kami semua gelak besar. merah muke budak tu sambil cakap.
'saya datang sini nak jumper en. toot lar. asal tengok muke orang admin jer, ingat nak spotcheck ker?'
'maner lar tau kan. kang x pasal2 nama saya naik pulak' jawab kak i*an.




2nd
mende nih opismate aku citer kat aku. nama dia naik xde kat tempat. so, boss admin call tanyer dia. sila bace yer :
bos* : semlam pukul 8:30 awak xde kat tempat. awak buat apa?
*a*i : semalam saya gi toilet
bos* : ada x orang yang boleh jadi saksi awak kat toilet?
*a*i : nantilah, lain kali kalo saya nak ber*ak saya bagitahu semua orang.
bos* : .....................
hahaha. padan muke ko.

nota kaki : opismate aku nih memang lawak orangnyer.

No comments: