Wednesday, October 28, 2009

Ayah & Ibu & Mistik (poyo jer ayat)

~ Ayah dan Ibu, Ayah dan Ibu ... Itulah permulaan kami ~

yup! entry kali nih memang nak citer tentang mak dan ayah. eh, knape lagu sudirman ni ayah setat dulu ehk, bukan ibu patut dulu ker?? rasernye dah lame bebeno x update my i-diary nih. huuhuu.
last entry ade citer pasal mak ngan ayahkan, so nak sambung itu storyyyy ...
last week ade banyak jugak jemputan open house selepas raya. motif citer pasal open house? hehehe. memula dah plan ari sabtu nak pi umah kak ina ngan cik ani, open house + besday anak dia. pastu ahad nak pi umah opismate ngan umah kak noma. seb baik aku x confirm lagi ngan cik ani nak pi. sekali jumaat tue bibah sms cakap mak maybe kene warded nak operate kaki dia. akupon kelam kabut pi carik public phone nak tepon bibah. yes! akulah satu2nyer manusia dijaman teknologi maju nih yang still gune public phone. seb baik area umah haku memang belambak besepah2 public phone yang still in good condition. so, call bibah. itu ari dia cakap dia bawak mak gi klinik kesihatan, pastu nak tunggu result kene 2 minggu baru datang balik. tu yang aku terkejut tetiba malam tu plak cakap kene warded. rerupenyer klinik kesihatan tu, doktor pelatih! patut lar, ubat yang dia bagik pon berbeda sekali dengan ubat hospital bagi. lepas tu, aku dah plan nak balik dah. enchik fareez tepon aku, dia soh balik esok sebab lagipon dah malam, x elok aku balik sensorang sebab esoknya inchik fareez kijer. so, dia x dapat nak follo. akupon janji ngan bibah nak balik esok pagi lepas subuh. then lepas dah siap2 kemas + siap tido awai lagik! (pakse mata tido awal, padehal aku memang susah nak tido awal). tetiba inchik fareez cakap, 'you nak balik pagi, cici ngan jojo caner?' bleh aku cakap 'i tinggal jerlar, i balik sini ari isnin' then dia cakap 'eish x elok you. lama tu you tinggal. kesian kat derang. esok you hantar kedai lar baru balik umah. i x dapat nak hantar sebab i pagi2 lepas subuh dah kene keja. kalau i ada, i boleh tengokkan derang.' so, sabtu tu, lepas hantar cici n jojo baru aku balik. bibah dah macam nak marah2 sebab aku balik lambat. bukan aku x risau pasal mak, tapi kene lar settle kan ape yang patut dulu.
dalam pukul 2 petang aku sampai BP sebab petshop bukak pukul 11, tingtong tingtong lepas settlekan cuti sumer dekat2 pkl 12 jugak aku gerak ke BP. masa aku sampai xdan baper minit, mak kene dibawak ke operation room. mak cukup takut nak operate. ntah dari manusia bongek mane ntah cerita kat mak, operation doktor x bius! x ker sangat bongeknyer manusia tue! mak siap tanye doktor. nurse pon cakap, 'mane boleh x bius, cumer kami bius kawasan yang nak operate jer, tapi makcik still sedar'. lega mak dengar. aku rase tu lar sebab mak ngan ayah takut gi spital. sebab dengar manusia2 yang x gune nih buat cerita ikut sedap mulut jer. macam biase lar, mak ngan ayah aku mane nak dengar cakap anak2. cakap orang lain yang memang sah2 xder iktiraf ISO tu jugak dia dengar. ayah pon xnak jumpe doktor sebab takut kene cucuk. berangin jer aku dengar. bukan marah sebab x sayang. sebab sayang lar aku marah. lepas tu mak cakap masa operate doktor cakap 'makcik punyer operation saya buat special punyer' hehehe, dia nak ilangkan gabra mak tue. nanti aku story part ayah.
kali nih aku sangat puas ati dengan environment wad yang mak duduk berbanding yang ayah duduk dulu. masa aku datang jer, tengok care nurse dia buat keje, layan kitorang (aku x harapkan layanan 1st class, cumer layanan sebagai manusia biasa sahaja yer. almaklumlar wad kelas 2, tapi wad kelas 2 hospital BP ok pada pandangan aku. ayah soh aku tukar masuk wad 1 tapi bibah cakap x payah sebab wad 2 tu dah ok, orang x ramai sangat. kalo wad 1, mak duduk sorang. kalau kene stay lama, nanti lagi lar mak takut dok sorang2. 'ko x kesian ke?' tanye bibah. so, seperti biasa aku pon ok jer sebab mak jenis takut jugak kalo sensorang. aku tanye mak, mak pon cakap ok.) aku terus cakap kat bibah 'eh ok2 la nurse kat sini'. sebab aku ade experience masa ayah dulu, nurse asyik nak marah2 jer, lepas tu nak inject pon asek salah urat sampai menjerit2 ayah sebab sakit. bile doktor buat, ayah cakap tak sakit pon. sekali aku tengok wad tue memang dapat banyak appreciation letter from patient dan ade jugak menang anugerah antara wad macam kaunter ceria lar, bla bla bla. maybe wad tu, terdiri dari mereka yang memang minat dengan kerja2 kejururawatan termasuk doktor yang x garang. sebab dah banyak aku bace report pasal hospital BP yang teruk. tapi pasal doktor pelatih memang betul. punyer lar ramai.
bercakap pasal nurse dan doktor, memang kene orang yang betul2 minat dan ade keikhlasan nak bantu orang sakit jer yang layak buat keje macam ni. kalau rase nak kaya cepat SILA JANGAN JADIK DOKTOR. yer, ada jugak aku terbace keluhan doktor2 (yang baru2 jadik doktor kene ikat ngan gomen) yang kata, penat lar, x cukup kakitangan dengan gaji yang sikit. lepas tu frust tengok kawan2 lain sudah kaye. sila jadik engineer (merujuk pada engineer yang betul2 engineer yer, bukan hanya pada title...kehkehkeh) atau businessman jika aim hidup anda hendak jadik kaye raye. bukan maksud aku, keje doktor x hebat. keje seperti doktor dan nurse menuntut pengorbanan yang besar dan mulia okeh!. setuju x kalau aku cakap selalunya doktor2 kebanyakkannnya mesti lawa2 + hensem! kuikuikui. jarang nak jumper orang muke pecah umah banding engineer yer ler. hahahaha. yer, derang selalu muke lembut ala2 ayu gituh! pergh giler aircond aku ngampu para doktor. hahaha. tapi nih pendapat aku. maybe nih salah satu kelebihan yang tuhan berikan kat derang sebab membantu orang sakit. NUAIM, anak cik nizam, cik murni cakap kalau result matrikulasi dia bagus, maybe bleh jadik doktor. kami memang x sangka dia bleh ade cecita nak jadik doktor, sebab masa kecik dulu dia lar paling penakut berbanding adik2 dia yang lain.
ok sambung citer mak semula.
lepas mak dah abes operate, cik mam, sepupu mak yang kijer doktor kat hospital bp (tapi kat tempat lain) datang tengok ngan husband dia pakar tulang kat hospital bp gak. dia pon soh ayah x-ray sekali kaki ayah sebab x baik2 kakinye tue. lepas jer cik mam balik, bebudak nurse tupon tanya kat mak (masa aku ngan bibah keluar kejap), 'makcik, dr akmam tu, dengan makcik siapa?' mak pon jawab 'ayah dia ngan mak makcik adik beradik' 'ooo. kire sepupu makcik lar ni'. cik mam ade jugak offer kalau nak mandi ke semayang ker, gi lar umah dia sebab umah dia dekat jer ngan spital, kat taman soga jugak. aku yerkan ajer. yerlar, malas nak susahkan orang. lagipon kat spital tupon aku bleh mandi dan kebetulan bilik solat dia memang dekat dengan wad emak. ceh! wad mak tue .. hehehe.
aku tido temankan mak. pelik kan, masa aku jaga ayah dulu ramai gak orang teman pesakit, tapi bile wad pompuan, aku sorang jer yang stay 2 malam. so, natijahnyer kalo orang lelaki sakit sang isteri setia menemani, tapi kalo pompuan sakit belum tentu sang suami nak menemani. itu adalah lumrah.
pagi ahad doktor bukak balutan kaki mak yang sebesar2 amat dia balut tue. aku tengok sikit punyer ngeri, dalam dan lebar, tapi aku buat muker cool jer lar. dalam ati hanya tuhan yang tahu. lepas doktor pelatih tu tengok, dia cakap arinih dah boleh balik. tetiap ari kene cuci kat klinik kesihatan. aku baru ingat nak bawak mak balik kl. senang sikit aku jaga. tetiba biler doktor betul (hahaha ... mane ade doktor mainan ... bukan pelatih yer maksud gue...) datang check, dia kata, x boleh balik sebab dia still nak investigate. maybe esok. baru aku paham skang spital kerajaan kat BP nie, doktor sebenar akan round semua wad tengok keadaan pesakit sambil guide doktor pelatih yang teramar ramai tue. kire ala2 supervisor cum QC. hehehehe. so setiap ari doktor berlainan datang. aku belikan mak polleney ikan haruan n ginseng untuk cepatkan sembuh luka. isnin, pon ingat dah boleh balik, dah plan lepas hantar mak ke rumah aku balik ler BP. tapi doktor tu cakap still x boleh balik sebab derang still x sure samada nanah mak tu sebab lain, tapi kebetulan kencing manis mak tinggi @ memang kencing manis, sebabnya daging kaki mak elok dan lepas operate tue, kaki mak clear jer, nanah dah xder. alhamdulillah doktor cakap mak x perlu makan ubat kencing manis lagi, cume kene kawal makan. aku punyerla suker. yerla, tu tanda mak still ok. alhamdulillah. lepas tu doktor suggest susu. aku tanyer doktor 'kalau susu anlene boleh x?' dr tue jawab soklan aku dengan jawapan yang buat aku blur 'anlene untuk tulang'. ler, aku tau lar untuk tulang, soklannyer buleh ker dok? so, aku yang terpinga2 dengan jawapan yang x memenuhi soalan terus diam jer. kalau dia orang biasa dah lama aku kutuk dalam ati exam mesti dia failed sebab x memenuhi soalan, tapi disebabkan dia dr, dan aku tau bukan calang2 orang pandai yang bleh jadik dr, aku diam jer lar ... hahaha.


susu nie dr suggest untuk mak

hari ahad tu, kakak aku datang tengok mak, bleh dia balik awal x tunggu ayah dengan alasan ade orang nak datang umah. nampak muke ayah sedih mase tue. ayah cakap 'yerlar, dia nak datang tengok orang sakitkan, bukan nak datang tengok bapaknyer. biarlar' sedih x sedih x kalo korang dengar ayat tu keluar dari mulut ayah? ok skang nak citer part ayah.
ina (cucu ayah) nak follow aku balik kl sebab mase dia balik kampung dia tumpang jijun (abang dia). dia nak balik ahad sebab isnin syif petang, aku soh amek el balik hari senin ngan aku. x pasal2 sister dia kasik 2 ari sebab alasannyer nenek sakit. siut jer siap dapat cuti terlebeh. aku plak memang x dapat stay lama sebab cuti memang dah abes untuk sampai bulan oktober. cesss!.
lepas cucu dia tengok atuknye takut nak jumpe doktor, dia terus ajak pi emergency untuk x-ray. sebab dia nurse, dia tau lar prosidurnya. aku cakap 'bleh ke dapat terus x-ray?' sipandai ni jawab 'ala. pandai2lar tipu, cakap baru tadi jatuh sekang sakit sangat, x boleh jalan'. aku ngan bibah gelak macam setan sebab lawak tul anak sedara aku ni. pastu siap tanyer kat ayah macam2. pastu aku sound dia 'ko interbiu atuk ko nih untuk dialog yang ko nak tipu ni nanti ker?' kehkehkeh. so kirenya ayah kene paksa. rerupernyer registrer kat spital tu ayah kenal, x sempat cucu dia nak bukak mulut ayah dah beramah mesra ngan org tue. memang gelak sakan lar time tue. almaklumlar inchik hisman kan ala2 mat kaypo gak. hehehe. lepas tue kawan ayah tu siap suggest duduk atas wheelchair. dia cakap 'kalau jalan [akai tongkat macam ni, dia xkan layan sangat. kalau pakai wheelchair nie, cepat jer bleh x-ray'. alhamdulillah, dipermudahkan lagi jalannyer. lepas tue memang sepanjang proses tu kami gelak jer. tapi biler x-ray, xder ape2, pelikkan padehal punggung ayah memang selalu sakit. dah lama plak tu jalan pakai tongkat. dr yang nie macam mude lagik lar. dia pun mesti pelik, bawak orang pakai wheelchair tapi ketawa2 macam nak mampus mase kat luar. aku x perasan mase kat luar tu dia ada, ina yang cakap dia kat luar tadi dok sebelah ina tengok tb. hahaha. skang aku kene tengok, kalau sampai hujung tahun, lepas dah banyak ubat ayah pakai abes, kalo x baik lagi memang kene ubat care kampung. skang pon ayah berurut ngan orang yang biasa dengan ayah, dia cakap ayah ni ade orang tumpang. aku macam biase x pecayer kan, KOLOT. tapi kalau dah x-ray xde ape2 tapi still jalan pakai tongkat tu yang buat aku pelik. ayah cakap masa malam dia balik umah ngan mak usu lepas hantar mak kat hospital, ayah bau kemenyan kuat giler kat depan rumah. ayah cakap ngan mak usu, tapi mak usus jawab 'ala, buat x tahu jer'. lagi lar aku seram. tapi aku cakap kat ayah ayat yang memang terang2 sungguh buduss alasan tue. 'ala mesti lar ade orang yang bakar kemenyan. kan ade orang memang suker bakar kemenyan' ayah terus cakap 'mane ade orang kat situ bakar kemenyan long, tengah2 malam pulak tue'. betul gak, setau aku kalau kat kampung2 dulu, orang bakar kemenyan time2 maghrib pukul 8 macam tuekan? ni tetengah malam? lagi satu, kalau mak usu cakap dia x bau ok jugak, aku kire lega lar, nih mak usu jawab macam dia pon ade bau. cik dayah, jika hang yang banyak berehat ade bace story ini sila confirmkan dengan mak hang yer, dia ade bau x?. aku sebenarnya x suker involved bende2 mistik ni, tapi kalau dah memang betul, aku kene bawak mak ngan ayah berubat lar.



skang aku cumer harap kaki mak ngan ayah sembuh cepat terutamanya mak, sebab kalau x jaga betul2 setahun baru bleh baik doktor cakap. dan aku juga harap kawan baik aku, alice cepat sembuh dari penyakit virus yang doktor sendiri xtau virus apa, sembuh cepat. sayu sangat hati aku masa abang call bagitahu alice dalam operation room untuk deliver. 'nana, abang mat nak bagitahu ni, alice tengah operation untuk deliver baby, sebab blood pressure dia tinggi. nana tolong doakan alice yer, abang mat xtau nak cerita kat siapa, sebab tue abang mat call nana'. lepas tu abang mat update dah selamat semua. cume aku terkilan x dapat nak call dan hantar sms sebab hp aku kene barred. apa yang aku mampu hanya hadiahkan al-fatihah untuk mereka.

3 comments:

hied said...

pada amatan saya.. kalau mak saya jawab macam tu maknanye die pon bau jugak. sebab selalu-selalu kalau benda-benda yang agak mistik dan misterius ni, itu jawapan standard nak bagi semua orang tutup mulut.. takkan nak jawab "aahlaaa..ada bau laa" karang mesti cuak kan.. kalau dia tak bau jugak dia akankata "mana ade". sekian. hehe.

haku kayer said...

owhh sori na, aku dah lama tak melawat blog ko nih. blog sendiri pon dah jarang jenguk.. tsk tsk..

baru ni aku tau pasal mak ko. sian.. jgn bg dia minum anlene na.. tak elok utk org ada kencing manis.

kat BP ada terapi letrik tu tak? soh mak ko cuba. insyaallahh.. terapi letrik tu segala penyakit dia leh rawat. sbb dia betulkan perjalanan darah.. cuba la. mak aku skang alhamdulillah dah leh jalan. tapi takleh lama2. kena ada org jaga.. tp ada la improvement...

selamat mencuba.. cewahhh

Otak Yang Tak Tersusun said...

cik mimie!!!
yup .. anlene skang kasik ayah aku yg minum jer ..
thanx 4 your advice ..