Tuesday, May 18, 2010

Kau Pergi Jua

akhirnya, isnin haritu petang mak call. aku dah gak dah.

mak : long, kalo mak cakap ni ko jangan terkejut tau.
aku : apedia? (saje buat2 tanya)
mak : jangan terperanjat tau. maklong dah meninggal.
aku : dah agak dah.
mak : mane ko tau?
aku : lar, semalam ayah cakap tenat, lepas tu mak cakap jangan terperanjat. dah boleh agak lar.

innalillahhi wainnailaihirojiunn .....

aku terdiam. nak pergi x sempat sebab nak kebumi malam tu jugak lepas isya'. lagipun ayah cakap kalo nak balik, kene papa drive sebab malam bahaya. so, aku amek keputusan x balik. bleh si bibah bongek tu cakap kat suhaila 'kenapa nak kebumi malam ni? cepat sangat'. eish. mesti lar dipercepatkan. lepas tu bibah update dia cium arwah then pergi follo ke kubur sekali. aku cume sedih sebab aku x sempat nak ziarah maklong. xde rezeki.



cume yang boleh aku katakan aku dalam keadaan sedih apabila seorang lagi, mereka yang berada disisi aku dah pergi.

Sunday, May 16, 2010

Dedikasi Buat Maklong

saya sangat sedih!!! kenapa sedih? sebab maklong saya dalam keadaan tenat sekarang nie. maklong dah 2 @ 3 tahun kot berjuang melawan kanser. kanser apa saya dah lupe. dia merupakan family yang pertama diserang kanser. saya sangat takut. so, possibility saya akan ada penyakit2 kanser, kencing manis dan darah tinggi amatlah tinggi. bukan lar saya nak jadik kebal nak hidup xnak mati2 tapi kalo dapat penyakit2 nie amat tinggi dugaannyer okeh. masa maklong dapat lawan kanser haritu saya ingat penderitaan dia akan berakhir, tetapi rupanya tidak. ayah call papa semalam suruh bagitahu saya maklong tenat sebab no phone baru saya ayah x tahu. saya berdoa moga2 saya sempat ziarah maklong @ maklong akan sihat seperti sedia kala.

kalau orang tengok saya, mesti akan nampak saya macam x peduli tentang orang sekeliling kerana jumpa pakcik makcik pon boleh dikatakan setahun sekali bila raya. namun, jauh disudut hati, saya sangat sayang saudara mara saya. banyak kenangan dari masa kecil sampai lar besar bersama2 mereka2 ini. arwah2 seperti abang ayah, cik muzir, adik2 mak seperti cik madon dan cik aman. saya sangat sedih apabila satu persatu dipanggilNya. yer, mereka mungkin tidak sedar yang kehadiran mereka saya masih terkenang2 sampai sekarang. apetah lagi maklong, merupakan saudara yang amat rapat dengan keluarga kami. next week saya akan cuti panjang (cett!! macam lar lama sangat padehal seminggu jersss) sebab nak balik kampung + gi kenduri kawen anak arwah cik aman + gi ziarah maklong. of course akan terus ziarah sekali cik markop kat pontian.

tapi walo sedih macam mane sekalipon, saya perlu terima hakikat, orang2 tersayang saya pergi, sebab saya pon akan pergi juga, tapi adakah orang yang akan menangisi dan merindui pemergian saya nanti? huuhuu. tetiba teringat arwah atuk leh, pakcik ayah, orang yang mengajar saya lipat kertas untuk buat kipas.

masa cuti panjang haritu (bleh wak hisman komen aku cuti panjang sebab cuti panjang nanti cuti abes - balik cuti lama salah, aku x balik kang tanyer2 plak bile nak balik) bila ziarah maklong, nak balik dia peluk, takut x dapat jumpe lagi katanya. aku tahan jer sedih sambil cakap 'xder lar, jumpe lagi' lepas tu cik markop pon cakap benda yang sama, aku terus cakap 'kita xtahu siapa yang akan pergi dulu' dan lega bila cik yang pon setuju ngan kata2 aku. aku x suke hokeh ayat2 macam tue sebab aku akan sedih.



sekarang hanya mampu berdoa maklong akan sembuh.

Monday, May 10, 2010

Masih Tak Dapat Nak Terima Kenyataan

bismillahhirrohmanirrahim ....

ermmm ... ermmm .. ermmm ..

sebenarnya agak lama gak aku nak taip bende nie. kejap pikir taip kejap pikir xyah. ingat nak simpan jer. tapi memandangkan blog aku nie memang blog peribadi aku + x glamer a.k.a x dikomersialkan pon kan, so aku rase x salah kot aku nak taip kat sini. at least kalo aku lupe nanti2 biler aku review balik cerita aku ni, aku tau lar aku pon pernah terkena ngan bende2 macam nie. serius aku memang kaki pelupa. bayangkan, kalo aku jumpe fara, kawan skolah aku dulu, kalo dia cerita bukak balik cerita zaman2 kegemilangan di alam persekolahan dulu, boleh dikatakan 50% aku x ingat. ini adalah serius!!. cecece....

sebenarnya sebenanrnya aku memang x percaya pada mistik2 ni. walopon pernah dialami kawan2 masa belajar dulu, walopon aku tunjuk macam aku percaya, tapi dalam ati still skeptikal dengan mende nih dan ayat2 seperti 'boleh percaya ke?', 'eh, betul ke ni?', 'xde ape tue, perasaan jer tue' ... tapi bila sekarang dah alami, baru aku macam percaya sket kot walopon stil xleh nak terima hakikat sebab terkena kat kuarga sendiri. kalo dulu kene kat orang, aku bleh lar x percaya dan abaikan tapi bila kene batang idong yang kemek ini sendiri baru aku tau. tapi sampai skang aku still x dapat terima kenyataan ini.

uishh seram sejuk aku nak cerita.


ceritanya begini. tersebutlar kisah ....

haritu bibah call. dia cakap ade mende nak cerita. akupon pasang telinga. dia cakap semalam tengah malam loceng rumah berbunyi. lepas tu, dia ngan ayah bukak pintu keluar. aku pon hangin lar dah bape kali aku pesan kalo malam2 ade bunyik2 xkire lar loceng ke baby nangis ker, jangan bukak pintu. lepas tu dia cakap, dia tau tapi ayah yang sibuk nak tengok, ade orang datang katanye. lepas tu derang tengok kat luar xde orang pon. lepas tu derang masuk balik. pastu si bibah ni tengok lar tv sampai pagi kat depan. tetiba dia cakap ayah keluar bilik sibuk nak bukak pintu dia cakap dia dengar ade orang bagi salam. ada orang datang. aku dah suspen. oh! jangan lar jadi apa2 kat ayah. aku sangat takut ok kalau ade cerita pelik2 pasal parents aku. lepas gaduh ngan bibah sebab bibah cakap dia x dengar ape2 pon, lepas tu derang pon bukak pintu tengok memang xde orang.

lepas tu esok siangnye mak cakap kat bibah badan ayah panas dan menggigil (tapi ayah x cakap kat bibah). bibah dah rasa lain. dia terus cerita pasal cerita dulu yang kitorang 'pagar' rumah tu. dia cakap orang yang buat tu cakap, rumah tu dah ok, dia dah kasi keluar ngan pagar semua, tapi yang dalam badan ayah memang susah nak keluar sebab dia asek nak masuk. lepas bibah cakap kat rumah tu kadang dengar ada cakar2 kat bumbung. 'kucing' kata aku dalam ati. lepas tu ade dengar bunyi ketuk2 kat dinding. pastu dia cakap orang yang dia syak tu, masa datang rumah kitorang masuk sampai dapur tapi xnak duduk. siap tanya 'bilik bibah mana?'. aku lagi sekali 'jangan tuduh orang, x baik'. see, baikkan aku? hahaha. lepas tu bibah cakap kalau malam ni, ayah x sihat lagi dia nak bawak berubat. aku pon ok lar.

lepas tu dah malam bibah call lagi. dia cakap memang confirm dah tau sape orang yang buat keluarga kami tu. aku x pasti aku dah cerita sebelum ni atau tak. orang tu nak buat keluarga kami porak peranda. dia nak buat mak ngan ayah selalu gaduh dan paling sadis dia nak buat kami adik beradik xkan kawen sampai bila2, kalau kawen pon dia akan buat kami sampai bercerai berai. uisshh. ngalahkan kuasa tuhan plak. anyway, walopon aku dengar benda ni, aku still percaya, faktor aku x kawen2 adalah disebabkan dah takdir dan itulah qada' dan qadar yang telah ditentukan buat kami. chewah. back to topic. pastu bibah cakap malam tu dia panggil kawan eddy yang tau pasal benda2 ni datang rumah lepas ayah setuju sebab badan ayah rasa lain macam. aku terus tanya 'ko ni jangan main bomoh2 tau. aku x suke. benda2 mamcam ni jangan percaya sangat'. bibah cakap 'eh aku tau lar. sape yang nak pakai bomoh2 nie. aku panggil budak ni dia pakai ayat2 quran lar. lagipun masa pakcik edy sakit dia yang ubatkan'. ok. lepas tu bibah cerita masa budak tu datang rumah, bila nak masuk dia cakap. 'berat ni'. lepas tu dia suruh mak ngan bibah keluar, x boleh tengok. tapi ayah tengok. biasa lar bapak aku tu kan. bila masuk rumah, budak tu terus cakap kat edy 'ko jangan tengok atas' 'kenapa?' 'dia ada kat atas kepala ko'. eish meremang bulu idungku masa nak taip nih. Lepas tu aku cakap lar ‘eh eddy kalo tengok bukan Nampak pon. Benda macam ni, orang yang ubatkan jer yang nampak’. ‘eddy boleh Nampak lar, Cuma dia x pandai ubatkan orang jer’. Oo. Rupa rupanya yang atas kepala edy adalah benda yang dok cakar2 kat atas bumbung umah tu. bila dia Nampak derang datang, dia turun kat kepala eddy. Lepas tu, budak tu pegi kat dapur ngan bilik ayah. Bibah cakap 2 benda budak tu buang. 1 yang kat dapur, 1 lagi kat bilik ayah. Dalam bilik ayah, tempat dia betul2 kat meja cermin belah ayah tido. Bibah cakap masa budak tu buat, dia dengar lar bunyi bising2 kat dapur. Kat bilik plak sejadah sumer terpelanting jauh. Masa dalam bilik bibah dengar budak yang nak ubatkan tu beri salam pastu tutup pintu bilik. Yang kat dapur nak tau dia kat mana? Dalam balang air yang aku beli kat kuching tue.


Bibah cakap nasib baik dia x minum air dalam tu, yang selalu minum ayah ngan edy. Patut lar ayah selalu x ngam ngan edy. Ceh dan dan si bibah nie. Bibah cakap benda tu rupanya kecik warna putih bentuk macam tapak Sulaiman. Cuma yang dalam badan ayah x dapat keluarkan lagi. Yang kat kaki dah ok, ayah cakap dah kurang sakit. Cuma sekarang dia stay kat tangan ayah. Dia cakap kalau ada macam x kena lagi panggil dia. Ooo aku sangat seram mendengarnya ok. lepas tu budak tu cakap lagi kena hati2 sebab tuannyer dah tahu 'benda' dia dah dibuang. tu yang x syok. confirm dia hantar lagik. huuhuu mistik.

ape yang aku nak cakap, kalau betullar benda nie. kalo betullar kami kena aniaya dengan orang tue, aku cuma mampu minta maaf kat dia kalau2 kami ada terkasar bahasa @ perbuatan yang dia x puas ati. aku pon dah pesan kat mak, kalau ada rezeki terjumpa orang tue, minta maaf jer kat dia. xyah lar cakap tau dia hantar benda2 macam nikan, cuma minta maaf kalo selama ni ada buat salah. mak cakap benda tu cuma dihantar kat bibah ngan ayah. xtau maybe derang tercakap benda yang buat orang tu x puas ati kot. aku x faham. orang tu dulu boleh dikatakan setiap hari datang rumah. selalu jual barang kat mak dan dia pon dah naik haji. kalau betul dia, alangkah ruginya penat lelah kumpul duit untuk tunaikan haji, lepas balik still berkawan dengan 'benda' macam tue. aku kesian kat dia. kesian kat family dah 1 lar kan. lepas tu kesian kat dia jugak. n then kalo ape2 jadi kat kami kalau dia datang melawat tanya2, aku akan cakap semua nih terjadi atas kuasa tuhan, kami redha terima qada' dan qadar yang dia telah tentukan. dia pilih kami untuk diuji, semoga kami berjaya mengharungi ujianNya. tidak sekali2 aku akan cakap 'ada orang aniaya kami'. sebabnya aku mastih berpegang kuat pada kuasa Allah (ayat ala2 ustazah kejap).

Rentetan

ermmhh ... kan aku dah kate aritu, arini gaduh, esok ok, lusa gaduh lagi, tulat comolot balik ... huuhuu ...

aritu adalah sessi luahan perasaan bersama papa. selepas semua kejadian selesai kitorang settlekan satu2 hari sabtu aritu. hari sabtu aku jadik driver x pasal2 okeh sebab dia still ketar lutut nak drive. alasan semata2 nak menyusahkan aku yang cam biasa aku yang baik ati nie akan buat dengan penuh keikhlasan. masa ari jumaat tu pon aku dah basuh dia abes2an. hahaha. masa balik ke rumah, ada kereta x kasi signal nak lalu depan kitorang, aku rilex jer kasik jalan, lepas tu papa membebel 'u, hon lar. dia x kasi signal. kalau i u bising'. dengan selamba aku jawab 'i x suke hon orang lar. biar lar dia. u tu i cuma nak educate u jgn jadi macam orang tue. lagipun, biar orang sakitkan hati kita, jangan kita sakitkan hati orang' ayat yang last tu aku sebut 3 kali dengan pitching yang agak nyaring. muwahahaha. padan muke baru terkena. lepas tu dia membebel marah pencuri tu, aku terus senyum tengok dia sambil cakap 'tue lar buat jahat lagi kat i' hekhekhek. huh!! memang dah tahap meroyan dah aku time nih.

haa balik semula ke ari sabtu. lepas tu kami berbual2 lar pasal 'kejadian pergaduhan' kitorang aritue :



aku : u, cuba u terus terang dengan i. siapa pompuan2 tue?
papa : u, pompuan yang tu, dulu i ada kena amek dia. i xkenal, so orang tu kasi gambar soh amek. kalau gambar betullar, i letak kat depan, xdenyer i nak selit2. budak tue bla bla bla ngan sorang bla bla bla. i rase skang macam bodoh jer dulu i buat kije amek orang camtu.
aku : eh, u biar benar. budak tu pakai tudung tau. x lawa plak tue. ade orang bla bla bla dia?
papa : gambar tu pakai tudung masa dia belajar. i pon terkejut masa amek budak tue. lepas tu dia x pakai tudung. macam orang bodoh jer dulu, bila tunggu bla bla bla dengan budak tue.
aku : abes tu, yang gambar lagi 1 tue?
papa : tu gambar masa party lar. xde mende pon, i pon x kenal sapa budak tu. dah derang soh amek gambar i amek jer lar.
aku : elleh. yer lar tue. yg buat i marah u, pompuan2 tue xder lar lawa mana. muke pecah umah cam i jers. kalo betul pon u nak carik lain, biorlar yang macam lisa surihani tue, berbaloi lar sikit. ni, idak.
papa : so, u ni muke pecah rumah ke?
aku : xlar, maksud i i lagik cun dari derang. (muwahahahaha).
lepas tue ... bla bla bla ..

diwaktu yang lain ....

papa : i dah jumpa dah orang maybank tue.
aku : abes tu, u buat ke?
papa : buat lar untuk hari tua nanti.
aku : abes tu, penama u letak nama sapa?
papa : i x letak sapa2. biar kosong jer. (sambil senyum gatal).
akupon mula lar cucuk jarum ...
aku : u, kalo x letak nama rugi nanti kerajaan amek duit u tau.
papa : x. i biar jer cume i letak nama no*****fah.
wah!! ini sudah bagus. sambil senyum ...
aku : dia bape tahun u? bila bleh dapat?
papa : masa tu i umur bla bla bla.
aku : ok. masa tue maybe u dah piap, so selamat lar kat i.
papa : x. u mati dulu. (pernah x korang ade bf macam ni? huh!!!)
aku : dia ade insurans ke u?
papa : yang u sibuk2 pasal duit i ni kenapa eh?

huwahuwahuwahuwahuwa ....

lepas tu cerita terungkit plak pasal brake aritu.

aku : tuela, aritu i nak break xnak.
papa : u nak sangat ke? ok. esok i amek barang2 i. (sambil jeling2 tengok aku gabra ker dok)
aku : betul ke? u dah x sayang i ke?
papa : haaa. tadi eksen sangat. ermm, bagus jugak. jimat duit **K aku. (sambil cakap perlahan2 puas ati).
memula aku x faham, duit apa? last2 bila dah faham, terus dengan laju cakap
aku : ok lar. ok lar. xnak dah cakap pasal break.

huuhuu. yer, sungguh mate duitan aku ni yer .....

Sunday, May 9, 2010

Aduhai Abang Polisi

sebenarnya ada en3 aku yang tertangguh sebab nak cerita en3 yang sangat menarik perhatian aku nie. apa dah jadi dengan 1 mesia nih pon aku x tau saman sana sini. aku macam dah nampak generasi2 yang akan datang xkan ade yang berkualiti macam generasi2 kami. muwahahaha. sebabnya ?

baca x cerita pasal polis tembak mat rempits tue? yer, dengan sesenang ati aku menuduh mamat yang bernasib baik tu mak rempits. yer lar. ape ke halnya kalo dah malam2 buta pagi2 buta ko kejar mengejar ngan poliskan dengan xde lesen bagai. kalo ko baru balik dari noreh getah dengan niat untuk berbakti pada mak bapak ko walopon tanpa lesen, xkan pak polisi kejar ko, ko lari kan? musti sebab ko buat salah ko lari. menurut dari papa, geng bebudak tu dah kepung pak polisi. biasa lar mat rempitans nih. tu yang dia shoot tue. walopon skang ni kita tahu ada polis yang memang sesuka suki nak tembak orang, tapi mereka menjalankan tugas. yang ni banyak kalo nak diperdebatkan tapi yang aku nak kongsi pasal mak bapak zaman skang.

mak bapak zaman skang anak kena pukul cikgu saman cikgu
mak bapak zaman skang lebih rela anak dungu dari kena pukul dengan cikgu untuk kebaikan. lebih rela tengok anak jadi samseng kat sekolah dari didik anak menjadi anak yang baik

mak bapak zaman skang anak kena saman/pukul/tembak polis saman polis
mak bapak zaman skang lebih suka tengok anak2 jadik mat rempits dari mengaku anak tu salah. pada hal kes mat rempits yang buat jenayah banyak jer, xde plak nak saman mak pak para rempitans nih. buat bazir duit tax rakyat nak bayo saman mak pak yg sangat pandai didik anak sampai jadik rempitans untuk jadik millionnaires dalam sekelip mata. wahai rakyat 1mesia sekelian, sila x payah didik anak2 anda belajar tinggi. sila belikan moto sebelum derang dapat lesen supaya derang bleh merempits malam2 buta, then polis tembak, lepas tu sila saman jota2. wah!!! bestnya hidup. yang pak menteri pulak boleh x, jangan kerana nak tunjuk anda tu mesra rakyat, pegi sokong benda2 macam ni. aku sangat meluat okeh bila ada yang datang ziarah di spital. dan mak pak plak dan dan waktu tue nak tunjuk muke kesian nak peluk2 cium anak yang selama ni menyusahkan ramai orang tue. sikit pon aku x kesian ok.

kalo dulu kita hidup aman damai. sekarang aku akui bila banyak dah kes jenayah babitkan mat rempits nih aku memang takut keluar malam. lepas ni, pak polisi x dapat nak jalankan tugas, sebabnya kita kene tengok jers mereka2 nih mengganas sebabnya kalo tindakan diambil akan kene saman.

hermmmm.

Selamat hari Ibu, Mama, Ummi, Mummy, Mak

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
 
 
yer, itu lah dia. IBU, MAK, UMMI, MUMMY mahupun MAMA. walo apa pon gelaran yang dipanggil, maksud panggilan itu tetap sama. nama yang akan dibinkan kita bila mati nanti. terutamanya anak lelaki, ingatlah untuk mendapat lesen ke syurga, para ibu perlu dihormati, dan kepada anak perempuan pula, sila harus sedar diri, kalo berkahwin, anda tiada hak ke atas suami anda kerana dia masih hak ibunya.
 
ape aku merepek nih.
 
 
 
sebenarnya just nak wish Happy Mothers Day kepada mak. aku sayang mak. sayang teramat sangat. terlalu banyak pengorbanan mak dah buat kepada 'keluarga' kami, antara kami sedar atau tidak. kadang rasa adakah kalau aku berada ditempat mak, aku berdaya menghadapi semua dugaan yang dia lalui selama ni. mak aku cuma seorang surirumah, tak berkerjaya seperti aku, tetapi aku mampu membesar menjadi seorang insan hasil dari belaian dan didikan mak selama ini. walopon mak x perfect pada pandangan orang lain, tapi bagi aku mak aku adalah segala galanya. kalau ditakdirkan mati hidup semula, aku masih nak mak aku yang sekarang juga. errrppp, jangan cakap semua orang akan cakap macamtu. x. aku pernah jumpa orang nak ibunya orang lain. dan aku terkedu bila mendengarnya. indirectly dalam hati aku terus bersyukur kerana aku mempunyai mak yang boleh membuatkan aku berbangga mempunyai mak seperti itu. masa sekolah dulu pernah ada seorang datang beri ceramah tentang kecantikan dan orang tu memang cantik. one of my friend cakap 'dia tu cantik. dah tua pon still cantik. mesti anak dia bangga ada mak macam tu'. kalo korang ade dalam situasi masa tu, pasti korang mengiyakan kan? tapi aku terus dalam hati (macam biaser lar kan aku, cakap kat dalam ati jers) 'aku pon bangga dengan mak aku. mak aku x perlu bermekap berdandan bagai. mak aku tetap cantik walopon baru bangun dari tido.' huuhuu.
 
 
 
pengorbanan mak sangat besar. untuk membesarkan kami, mak jadi baby sitter untuk anak2 pakcikku. dari anak sulongnya hinggalah anaknyer yang no. 7. yer, sila jangan x percaya. dengan keadaan rumah kami yang kecil, dengan keadaan kami yang nak membesar, mak jaga ramai sekali budak2. aku yang belom kawen ni pon plan nak anak 2 jers. muwahahaha. mak bangun pagi, buat sarapan siapkan keperluan kami nak pergi sekolah. kalau pagi2 mak solat subuh mesti susah nak khusyuk sebab asek teringat aku yang susah nak bangun. selalu aku tengok dia ulang2 solat. lepas tu, siap sediakan kismis yang cikgu ajar. 7 bijik kismis embunkan. sebab tu lar aku pandai sikit (sikit jers) sebab semua yang mak buat. kalo ikut aku yang benak ni, maybe semua exam aku failed. muwahahaha. mak akan buat apa saja untuk anak2 dia gembira. kalau ayah marah bibah, mak juga lar yang akan backing bibah sampai gaduh2 mak ngan ayah. kasih mak memang x dapat dibayangkan. masa aku belajar dulu pon, mak lar yang bertungkus lumus minta tolong saudara maranya sana sini. sebab tu, bila dah sekarang dah boleh bernafas sikit, aku memang nak bahagiakan mak. dan kepada individu yang tiba2 muncul dalam hidup kami setelah kami dapat bernafas, sedangkan selama kami susah x nampak batang hidung, sila blah dari kehidupan kami. (eh eh boleh terselit gaks. hahaha).
 
aku pernah terbaca email jangan jadikan ibu bapa kita sebagai liabiliti. oh tidak. sekalipon x pernah aku anggap mak sebagai liabiliti. malahan aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa dapat memenuhi permintaan mak walopon selalunya failed (kikiki).
 
rasanya banyak lagi nak cakap tapi kepala otakku yang x bersusun nih dah macam terbantut. so, daripada aku merepek baik aku stop.
 
 
 
I LOVE U MAK FOREVER
 
lupe nak scan gambo lama mak. kalau tengok gambo2 lama, aku sangat sedih. dulu mak gemuk, tapi sekarang mak sangat kurus. kalo dulu aku x pernah kisah mak gemuk ke kurus, tapi sekarang aku suke mak masa dia gemuk. bila dah kurus aku macam rasa kami telah menyiksa mak sampai kurus sebab nak besarkan kami + aku dah x dapat nak rembat baju2 mak. cuma bibah jer yang muat. aku sangat jeles sebab dulu aku selalu rembat baju2 mak. oh mak harap dapat maapkan anakmu ini. hahahaha. sangat rindu nak balik kampung jumpa mak. hujung bulan ni aku balik kampung lama sikit lar. cik dayah sila roger kalo nak follo.

Friday, May 7, 2010

Adusss !!!

arini meeting bahagian. so, seperti biasa dalam waktu nak tengahari papa call cakap dia nak pi kijer dah. penat aku kejut pagi2 sampai opis tapi tengahari jugak dia bangun. ok. lepas tu call balik dalam seploh menit kemudian.

papa : mama kereta papa kene curi.
aku terdiam terkesima. terus fikir lepas ni susah lar aku. mesti kene share kereta lepas tu nanti mesti dia amek aku balik kijer lambat pastu aku kene tunggu kat opis. wah. dalam beberapa saat aku terdiam begitu jauh aku berpikir. bestkan dapat aweks cam aku? bukan aku susah hati kereta hilang tapi aku susah hati tang consequence yang bakal aku hadapi start dari follow buat report polis.
aku : abes tu cane u? u tengok parking kosong lar?
papa : eh bukan. kereta ada, tapi barang dalam kereta kene curi.
aku : dia pecah cermin ke?
papa : x lar, dia bukak. alarm i x berfungsi kot. abes semua dia curi. radio, speaker ngan siren i semua abes. skang kete selerak giler.
aku : lar teruknya. u nak buat ape skang?
papa : i nak report kat management kejap.

then aku pon terus sambung meeting. then dia call balik.

papa : mama datang amek papa sekarang. (ehwah2. banyak cantek bagik arahan macam inspektor shahab)
aku : i tengah meeting. kejap lagi nak abes lar nie. lepas meeting i datang yer.
papa : ok.

so, lepas meeting aku terus amek dia gi balai polis buat report. lepas tu pegi balai lain plak sebab nak bawak polis tu datang amek gambar. so, arinih terbang lar semayang jumaat dia. dekat 2 lebih gak baru aku balik. tu pon seb baik geng properd dia ade pak polisi senang lar kawan dia tolong.

keadaan kereta sempat aku snap pic tapi agak blur macam aku sebab guna hp + suasana gelap so macam biase aku akan parkinson secara otomatik :


penyangak nih tahap super duper sengal sebabnya licin semua yang ada dia rembat termasuk sticker2 kereta. yang tinggal hanya roadtax sahaja. dashboard semua barang dia amek kosong.


radio abes dia bukak. cuma air freshener dia luper amek kot.


bawah kaki tempat letak siren ntah hape walkie talkie papa semua dia kasik bukak. alas kaki pon dia amek. pastu sampul stereng pon dia bukak amek. papa kata maybe dia nak bukak stereeng tapi x berjaya.


speaker kat dalam bonet nih pon abes dia angkut.


pendek kata semua barang dia amek. dan yang paling gerun sekang. aku tengah tunggu papa carik kunci kereta aku dia amek sekali @ x. kalo hilang jugak confirm aku kene pi perodua lepas ni.


tadi aku x terfikir tapi lepas tengok gambo2 nie aku baru terpikir. nak bukak benda2 nie mesti makan masa. xkan 2 minit buleh siap. aku dengan yakin dan bersahajanyer nak tuduh guard apartment papa terlibat sama. kalau x terlibat pon mesti dia malas ronda2.

yang paling best adalah harini papa tersasul. tengah dia seronok cerita ceriti tetiba hujung ayat dia '........... yang. ......ma' yang dot dot dot tue aku luper ayat dia. yang pasti dia terpanggil 'yang'. memang lar be4 this dia panggil 'yang' tapi dah lama dah dia x panggil 'yang'. aku dah nak gelak. 'hai. sampai tersasul nampak' aku gelak sinis. 'eh, salah ker i panggil u sayang?' 'x salah tapi u tersasul tadi' 'xdenyer. u x payah lar nak serkap2 jarang' 'ok'. fullstop. aku terpaksa zip mulut sebab tengah hangat2 nih maunyer tapak kaki sulong dia melekat kat muke aku kot. muwahahaha. lawak x hengat!!!
lepas dah reda sket aku bukak balik itu story. 'u, tadi tu betul ke u panggil i yang? ke salah orang?' 'xder lar u. cuba jangan fikir bukan2'.

apa2 pun hati aku dah lali kot.